View: 559|Reply: 3
|
[Tempatan]
"Rezeki ditangan Allah”, selepas dipecat UMNO, KJ dipinang TMJ
[Copy link]
|
|
Tunku Mahkota Johor memuat naik gambar baginda bersama Khairy di Instagram dan berkata “Bakal CEO JDTFC dan penasihat belia Johor.”
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memberi bayangan bekas menteri belia dan sukan, Khairy Jamaluddin mungkin akan menabur bakti di bumi Johor.
Dalam satu hantaran di Instagram, Tunku Ismail memuat naik gambar baginda bersama Khairy dan berkata “Bakal CEO JDTFC dan penasihat belia Johor.”
Khairy kemudiannya membalas hantaran itu dengan berkata “satu pintu ditutup, pintu lain akan terbuka”.
“Rezeki ditangan Allah,” katanya.
Bekas ketua Pemuda Umno itu dan bekas ketua Umno Selangor Noh Omar dipecat daripada Umno selepas Majlis Kerja Tertinggi mendapati mereka melanggar disiplin parti semasa PRU15.
Khairy dan Noh sebelum ini menggesa Ahmad Zahid meletak jawatan sebagai presiden parti berikutan prestasi buruk Umno dan Barisan Nasional pada PRU15.
Turut dikenakan tindakan adalah bekas naib presiden, Hishammuddin Hussein; bekas ketua penerangan, Shahril Hamdan; bekas Ahli Parlimen Jempol, Salim Sharif; dan pemimpin Umno Tebrau, Maulizan Bujang yang digantung keahlian selama enam tahun.
Terdahulu, Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau tidak bersetuju dengan ketetapan parti itu kerana terdapat kecacatan nyata dalam proses membuat keputusan.
Menurut bekas perdana menteri itu, keputusan tersebut juga tidak mematuhi proses perundangan dan bertentangan dengan konsep ‘natural justice’ seperti hak membela diri. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 28-1-2023 11:57 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Allah is everything Wak.. hidup kj eh ke tmj  |
|
|
|
|
|
|
| |
|