CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 716|Reply: 11

[Jenayah] Tiga doktor gigi 'haram' warga Indon ditahan…iya kami bisa cabut, ngertik ya buk…dan bapak2 sekalian

  [Copy link]
Post time 9-12-2022 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Petaling Jaya: Tawar rawatan pergigian menerusi TikTok dengan harga serendah RM100 sehingga RM1,400.

Itu perkhidmatan disediakan 'doktor' warga Indonesia yang tidak mempunyai sebarang tauliah rawatan pergigian.

Bagaimanapun tindakan tiga lelaki itu terbongkar selepas premis di Sungai Way di sini, diserbu Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, semalam.

Ketua Penolong Pengarah Kanan (Amalan Kesihatan Pergigian) Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Dr Izwan Abd Hamid berkata, serbuan pada jam 12.10 tengah hari itu dijalankan pihaknya dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Menurutnya, operasi khas itu berjaya menahan tiga lelaki Indonesia yang disyaki menjalankan dan menawarkan rawatan pergigian di premis tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Siasatan awal mendapati kegiatan itu beroperasi sejak tahun lalu.

"Suspek dikatakan mempromosikan perkhidmatan mereka di TikTok dengan tawaran harga sekitar RM100 hingga RM1,400 bergantung perkhidmatan yang diberikan," katanya.

Dr Izwan berkata, pihaknya turut mengesan penggunaan 'Dental Clinic' di dinding rumah berkenaan dan itu adalah dianggap satu penyamaran.

Katanya, soal siasat mendapati kira-kira lapan pelanggan hadir ke rumah suspek dalam tempoh seminggu untuk mendapatkan perkhidmatan.

"Seorang daripada suspek juga menawarkan khidmat datang ke rumah pelanggan selain sekali perkhidmatan di Johor dan Pulau Pinang setiap sebulan," katanya.

Menurutnya, semua suspek yang berusia antara 18 hingga 36 tahun itu kini disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (KPJKS) 1998 kerana menyediakan klinik pergigian tanpa pendaftaran selain Seksyen 62(1) Akta Pergigian 2018 kerana menjalankan amalan pergigian oleh orang yang tidak berdaftar.

"Tindakan juga diambil mengikut Seksyen 63(1)(e) Akta Pergigian 2018 iaitu secara palsu menyamar sebagai pengamal.

"Pihak imigresen turut mengambil tindakan terhadap ketiga-tiga suspek kerana disyaki melanggar Akta Imigresen 1959/63," katanya.


https://www.hmetro.com.my/utama/2022/12/913245/tiga-doktor-gigi-haram-warga-indonesia-ditahan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2022 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
pak..pokoknya...pak
bukan pokok....gigi...la
            
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2022 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Waduh waduh…kok gampang gitu
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni bilik treatment gigi haram ke bilik urut b2b?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2022 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 9-12-2022 08:36 PM
Ni bilik treatment gigi haram ke bilik urut b2b?

2 in 1…sambil cabut sambil urut…
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Leluhur parashit
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Suku sakat leluhur juara klaim terpaling
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni bangsa hamba abdi @Friska lah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2022 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Scammer keturunan friska
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Khidmat utk indons je ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada cleaner kat opis aku bangsa priska buat braces kat spa. Terkejut aku untuk servis maintain braces 30-50. Jadi tunggu apa lagi kkm redah blog, sopee, fb, twitter semua utk saman depa ni. Bahaya untuk rakyat Malaysia. Kalau rakyat bangsa priska lantak deme, eh tapi nanti deme menyemak jugak kat hospital gomen ambik portion rakyat malaysia lepas tu lari wad.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Lupa nak cakap, buat braces pun boleh ye cara illegal kat spa. So pi serbu spa area kl
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-1-2023 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.095492 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list