View: 3801|Reply: 38
|
[Politik]
Siapa gagal, Tun M jawab Anwar…Takkan dia (Anwar) nak puji saya, dia yang rosakkan negara…Dia hanya fikir mahu jadi Perdana Menteri saja
[Copy link]
|
|
KOTA KINABALU: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata banyak kejayaan dilakukan ketika beliau menerajui kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan walaupun disifatkan sebaliknya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menjawab kritikan Anwar terhadap pentadbirannya, Dr Mahathir berkata ada beberapa perkara yang tidak dapat dilakukan ketika itu kerana kekangan tertentu.
"Takkan dia (Anwar) nak puji saya, dia yang rosakkan negara. Sebenarnya kita capai banyak kejayaan dalam 22 bulan itu tapi ada perkara dalam manifesto yang tidak boleh dilaksanakan kerana bercanggah dengan perlembagaan.
"Kita perlukan dua pertiga baru boleh melaksanakannya tapi kita tiada dua pertiga itu dan Anwar tidak menolong sama sekali.
"Dia hanya fikir mahu jadi Perdana Menteri saja. Konon dia banyak penyokong tapi mana dia penyokong itu bila kita tak cukup orang (sokongan)," katanya pada sidang media selepas melancarkan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) Sabah, di sini, hari ini.
Anwar yang juga Pengerusi PH dilaporkan menyalahkan Dr Mahathir di atas kegagalan kerajaan PH ketika diketuai oleh bekas perdana menteri itu.
Anwar berkata Dr Mahathir tidak berupaya membawa perubahan selepas PH memenangi PRU14 menyebabkan rakyat tidak puas hati.
Ketika diminta mengulas mengenai dirinya yang sekali lagi menjadi calon di kerusi Langkawi pada usia yang sudah lanjut, Dr Mahathir berkata ia bukan untuk mempertahankan Langkawi tetapi bagi menentukan agar GTA dapat menggantikan kerajaan sekarang yang disifatkannya banyak salah guna kuasa.
Katanya, beliau tidak peduli berapa umurnya dalam melakukan sesuatu terutama bagi menukar yang buruk kepada yang baik.
Mengenai janji parti lawan mahu menghapuskan tol lebuh raya, Dr Mahathir berkata tawaran itu tidak boleh dilaksanakan.
Beliau berkata, tol diperlukan untuk mendapatkan duit bagi menyelenggara, membaiki kerosakan atau membesarkan jalan kerana kerajaan tidak mempunyai wang yang cukup untuk membiayai aspek berkenaan.
Katanya Gerakan Tanah Air (GTA) yang diketuainya tidak akan menawarkan manifesto seumpama itu, sebaliknya hanya menumpukan perkara yang boleh untuk dilaksanakan.
"Kita nak buat benda yang boleh buat, bukan nak hapuskan tol. Hapus tol, (nanti) jalan tak boleh dibaiki kerana kerajaan tak ada duit baiki jalan kerana semua duit diguna untuk bayar hutang," katanya.
Mahathir turut mengulangi pendiriannya mengenai manifesto bukan kitab suci yang pernah disebutnya ketika dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini apabila ada perkara dalam manifesto gabungan itu tidak dilaksanakan.
Katanya manifesto bukan Al-Quran kerana apabila disebut kitab suci ia merujuk kepada kitab suci bagi umat Islam itu, sebaliknya manifesto adalah janji yang dibuat orang tertentu.
"Manifesto itu adalah hasil daripada orang tertentu buat janji, mereka bukan ahli politik tapi kadang-kadang kita mahu buat juga tapi tak boleh.
"Kita tak boleh hapus tol, kita perlu duit untuk baiki, untuk membesarkan jalan. Sebab itu saya kata manifesto bukan kitab suci. Kitab suci itu al-Quran. Takkan kita anggap manifesto setaraf dengan al-Quran," katanya.
Mengulas lanjut, calon kerusi Parlimen Langkawi itu berkata GTA tidak berjanji dalam perancangan parti itu untuk negara jika berjaya membentuk kerajaan selepas PRU15, berbeza dengan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).
Katanya, kerajaan pimpinannya sebelum ini pun tidak membuat janji, sebaliknya terus melaksanakan apa yang dirancang meskipun perkara terbabit tidak dijanjikan kepada rakyat.
"Dulu pun kita buat antaranya membina Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan status bebas cukai di Langkawi. Kita tak janji (perkara itu) tapi kita buat.
"Yang janji ini hanya untuk pancing undi," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1021912/siapa-gagal-tun-m-jawab-anwar |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by stingergrumpy at 9-12-2022 08:15 PM
Coming from seorang negarawan....
Patutler bini ko dah kubur kata mari masih tak terdidik utk berhijab.
Your biggest failure, sir
|
|
|
|
|
|
|
|
Org kata Tun M ni dah tak relevan, tapi apa yg keluar mulut dia lebih realistik dr our PM |
|
|
|
|
|
|
|
Innrukia replied at 9-12-2022 08:15 PM
Org kata Tun M ni dah tak relevan, tapi apa yg keluar mulut dia lebih realistik dr our PM
Realistik or not...he is not the one leading the nation now, anwar is...that is what matters... |
|
|
|
|
|
|
|
Innrukia replied at 9-12-2022 08:15 PM
Org kata Tun M ni dah tak relevan, tapi apa yg keluar mulut dia lebih realistik dr our PM
setuju sangat |
|
|
|
|
|
|
|
zaman atok pm4, kelantan smpy skrg xdo highway..berpuluh puluh terkorban.. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang pun nmpk sangat gelojoh tak menyempat masa langkah kajang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekurang kurangnya anwat baru jadi sekali
Ada sorang tu tak tau malu mak jadi 3 kali |
|
|
|
|
|
|
|
jalan sabah ke sarawak pun xbuat
kne najib juga yg buat....tu pun kne sabotaj zaman dia la 
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau boleh jgn sentuh tun m... Dikhuatiri peperangan akan bermula nanti.. Wallahu'alam..
|
|
|
|
|
|
|
|
Innrukia replied at 9-12-2022 08:15 PM
Org kata Tun M ni dah tak relevan, tapi apa yg keluar mulut dia lebih realistik dr our PM
Setuju sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by stingergrumpy at 10-12-2022 04:26 AM
Ko mungkiri dan mengkhianati janji utk menyerahkhen jawatan piyem pada nya.......and have that audacity utk turn around now and says that he is hardup for that post? If he is indeed hardup for that post.....you wouldnt even be the piyem for the 2nd time in history....
Ko hewan atau manusia? |
|
|
|
|
|
|
|
berita lama... 6 nov 2022..... tak relevan langsung dah dengan keadaan sekarang, masa kempen politik dah habis... orang dah move on. Ini hanya berita masa lepas, jika naik kembali maka itu sebagai satu propaganda sahaja...
sepatutnya mereka buat thread statement dari ketua pembangkang kalau ada... jika tak ada maka statement serangan dari muhyiddin dan hadi kepada kerajaan sekarang, bolehlah kita banding dengan statement mahatir ni bermutu ker tak..
selepas ini kita semua mungkin nak tengok mahatir dah move on dari poltiik atau masih nak ikut campur selepas dimalukan dan ditolak oleh seluruh rakyat malaysia dalam pilihanryara lepas sehingga hilang deposit...
dia memang boleh jadi pembangkang yg bagus kerana boleh bercakap isu-isu pembangunan kebajikan rakyat, halatuju etc... tidak spt pembangkang sekarang, setakat ini, hanya modal peribadi perkauman dan merintih menyalahkan sistem sebab tak jadi pm.. |
|
|
|
|
|
|
|
Atok ni ckp x relevant ms dia ckp .akan jd relevan lps bertahun2 dr pe yg dia ckp..tgk je dl dia nk bt klcc segala bagai..mmg x relevan ms tu..Lg pun tgk Pok Non skrg ni nampak nau gelojoh nye.. menuju ke arah kuku besi pun ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 9-12-2022 10:00 PM
jalan sabah ke sarawak pun xbuat
kne najib juga yg buat....tu pun kne sabotaj zaman dia la
Najib jugak yg buat half highway kat kelantan kan? Yg Mempaga tu. Najib najib, kenapa la ko boleh terciduk dgn jho low?? Byk2 pm, heols bijak ekonomi |
|
|
|
|
|
|
|
Tum kena terima...rakyat malaysia dah tolak dia..legasi dia dah tamat.kalau tak parti pimpinan tak kalah semua kerusi dan tak hilang wang pertaruhan...better diam. |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 12-12-2022 03:42 AM
Najib jugak yg buat half highway kat kelantan kan? Yg Mempaga tu. Najib najib, kenapa la ko boleh ...
Kannn.. iols suka UTC, klinik 1malaysia yg dia perkenalkan.. even gst yg menyakitkan mata bila nampak kat resit pun kita takleh deny
Sayangnya lahai dapat anak bini nafsu besau & dia senang2 pi pecaya jho low tu |
|
|
|
|
|
|
|
ina_na replied at 10-12-2022 07:31 PM
Atok ni ckp x relevant ms dia ckp .akan jd relevan lps bertahun2 dr pe yg dia ckp..tgk je dl dia nk ...
Setuju sangat2 dengan Ina
|
|
|
|
|
|
|
| |
|