CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1456|Reply: 21

[Tempatan] 7 tahun azab di jel Bangladesh kerana emas

  [Copy link]
Post time 8-12-2022 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: “Saya rendah diri memohon ihsan kerajaan agar tolonglah bebaskan anak saya. Dia sudah tujuh tahun sengsara,” rayu Siti Fatimah Hanafi dengan penuh sebak.

Wanita berusia 69 tahun itu malahan jelas tidak dapat menyembunyikan kesedihannya apabila menitis air mata pilu mengenangkan nasib malang anaknya, Mohd. Azwan Salihin.

Lelaki berkenaan yang kini berusia 28 tahun antara tiga orang warga Malaysia yang dihukum penjara seumur hidup kerana membawa masuk emas ke Bangladesh pada 2015 lalu.

Turut dikenakan penalti berat sama ialah Johari Harun dan Hee Wool Khong dengan mereka bertiga bakal menghabiskan sisa hidup serta meninggal dunia di penjara negara itu.

Anehnya, ramai rakyat negara lain yang melakukan kesalahan sama bahkan berat logam bernilai itu jauh lebih berat pula hanya dikenakan tempoh hukuman penjara cukup ringan.

Kesal dengan sikap dwistandard Bangladesh ke atas rakyat negara ini, Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO) tampil cuba membantu semua mangsa terbabit.

Hari ini, organisasi tersebut diketuai Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim hadir bagi menyerahkan memorandum berhubung isu itu kepada pihak Kementerian Luar.

“Kami bukan cuba campur tangan soal perundangan Bangladesh, tetapi merayu agar diberikan pertimbangan atas dasar perikemanusiaan,” kata beliau ketika ditemui pemberita.

Memorandum tersebut diterima wakil Wisma Putra yang berjanji akan membawa perkara itu kepada pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka untuk bantu mangsa sewajarnya.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa pihak MHO menerima kes itu pada mula setelah dihubungi kakak Mohd. Azwan yang cuma mahu dikenali sebagai Su baru-baru ini.

Mereka sekeluarga cuba pelbagai cara termasuk menghabiskan banyak wang dan tenaga pergi terus ke Bangladesh untuk mengupah peguam bagi membebaskan mangsa.

Malangnya, usaha keluarga yang berasal dari Kedah itu ternyata sia-sia apabila mereka ditipu banyak pihak di negara tersebut yang mengambil kesempatan ke atas warga asing.

Pada masa sama, mereka juga ada meminta pertolongan daripada pejabat misi diplomatik Malaysia di Dhaka dan Unit Konsular Wisma Putra namun maklum balas agak perlahan.

Justeru, Hishamuddin yang bersimpati dengan permasalahan keluarga itu mula mencari jalan dan mendapati ada dua lagi warga Malaysia yang turut menerima nasib buruk serupa.

“Kami juga mohon jasa baik Menteri Luar baharu, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir untuk manfaat saluran diplomatik dan hubungan baik Malaysia dengan Bangladesh,” katanya.

MHO turut akan meminta bantuan wakilnya di negara rantau Asia Selatan itu bagi cuba berunding dengan pelbagai agensi dan mempercepatkan misi pembebasan tiga mangsa ini.

Dalam pada itu, isteri Johari, Maiza Mohd. Nor, 48, yang juga hadir bersama enam anak mereka berkata, beliau sedih mengingatkan azab ditanggung suaminya di penjara sana.

Pasangan itu yang merupakan peniaga pasar malam di Semenyih, Selangor menambah, anak-anaknya terutama yang kembar bongsu amat merindukan bapa mereka selama ini.

Malahan ketika mula dipenjara, kedua-dua anak kecil itu baru berusia tiga tahun dan tidak sempat merasai kasih sayang bapa mereka kecuali menatap dari gambar-gambar lama. – UTUSAN



WARIS keluarga mangsa berkumpul di pekarangan Wisma Putra pada penyerahan memorandum berhubung kes warga Malaysia yang dipenjara seumur hidup di Bangladesh. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/12/7-tahun-azab-di-jel-bangladesh-kerana-emas/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2022 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Inb4 ramai puji bangla dapat kaut 800k bawak balik. Lol
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga perkara ini mendapat perhatian kerajaan Malaysia dan bangladesh
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangla datang sini boleh jadi boss..dapat dato sri lagi...
Apa lagi melayu mau???
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Bawak emas sebab apa?
Seludup ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 09:22 AM | Show all posts
harap2 kat sana diorang berkelakuan baik
harapan untuk dipertimbangkan lebih cerah
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Dahsyat sungguh hukuman.sana..
Tapi ye lah..tu negara orang...ada peraturan dia..
Naseb ko tak.seludup.kat korea utara bang..
Kalauntak...tulang pung blom tentu dpt jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 10:24 AM | Show all posts
byk kali kau seludup buat duit haram.. dh kene baru ko tau langit tinggi rendah.. tp aku tk agre lah kenapa nk bg seumur hidup.. bukan bawa dadah... bg jela 10 tahun ke pun... rajin sgt nk bela org luar kt penjara kau kan.. dasar bangla tk sedar diri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2022 03:10 PM | Show all posts
adm7 replied at 9-12-2022 08:46 AM
Bawak emas sebab apa?
Seludup ke?

Bangladesh dan India emas heavily tax. Jadi kalau pergi sana janganla bawa emas termasuk emas perhiasan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 03:15 PM | Show all posts
banyak sgt ke emas yg dibawaknya tu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 03:21 PM | Show all posts
Moga dapat penyelesaian yang baik.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 03:25 PM | Show all posts
seludup ke tu...emas luar lagi berharga ke camne..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
sendiri cari pasal kat negara orang kenapa..kan dah padan muka!
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sini kita manggala kasi bodoh sini undang2..kita tada ikut pon-abangla
Abangla 21....Msian 0
            
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 03:57 PM | Show all posts
bawa emas penjara seumur hidup??? undang undang kejam & tak adil
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 05:02 PM | Show all posts
Simunggu replied at 9-12-2022 03:57 PM
bawa emas penjara seumur hidup??? undang undang kejam & tak adil

seludup itu haram di sisi undang2 dunia dan undang2 islam..sesuai hukuman dari negara islam bernama bangladesh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2022 05:09 PM | Show all posts
45 kg emas ya yang dibawa masuk. Takkan utk perhiasan. Memang berniat jahat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 05:10 PM | Show all posts
apech replied at 9-12-2022 05:09 PM
45 kg emas ya yang dibawa masuk. Takkan utk perhiasan. Memang berniat jahat.

Bukan 4.5kg. Empat puluh lima kilogram
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 05:14 PM | Show all posts
45kg = 45,000 gram.
Katakan lah 2015 harga emas RM130 segram.

Nilai dia bawak masuk tu shj dah dekat RM6 juta pada masa tu. Pastu katanya di bagi upah RM300. Choiii sgt menipu
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Travelo replied at 9-12-2022 05:02 PM
seludup itu haram di sisi undang2 dunia dan undang2 islam..sesuai hukuman dari negara islam bernama ...

Kat sskjp malaysia je seludup tu tak hare sb bukan unde unde tuhan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-2-2023 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.112724 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list