View: 512|Reply: 10
|
[Tempatan]
Pertahan hak bersuara, namun ada batas: Fahmi Fadzil
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menegaskan bahawa beliau akan mempertahankan hak bersuara untuk rakyat negara ini, namun ia haruslah berdasarkan undang-undang sedia ada.
Beliau berkata, kebebasan bersuara tidak boleh sehingga sampai ke tahap menyebarkan fitnah dan mengeluarkan tohmahan tidak berasas.
"Kita tetapkan batas, saya sendiri sebagai seorang ahli politik, Ahli Parlimen dan sekarang Menteri, memang mempertahan hak bersuara, tapi bila kita teliti undang-undang termasuk undang-undang lain seperti Akta Komunikasi dan Multimedia, memang ada batas-batas di mana sekiranya dilakukan juga (kesalahan) ada tindakan undang-undang.
"Biarlah apa kita sebut itu berasas dan boleh dipertahankan di mahkamah,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri taklimat dan membuat lawatan di Angkasapuri, Jabatan Penyiaran Malaysia hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Seri Mohammad Mentek.
Sehubungan itu, Fahmi berkata, antara fokus kementeriannya kali ini ialah menjalin kerjasama erat antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan penyedia platform media sosial, dalam memastikan hasrat kerajaan untuk menjaga hak bersuara, namun pada masa sama memastikan batas undang-undang sentiasa diawasi dan dipatuhi.
"Sekiranya berlaku perlanggaran (undang-undang) maka perlu ada tindakan,” katanya. - Bernama
https://www.sinarharian.com.my/article/235244/berita/nasional/pertahan-hak-bersuara-namun-ada-batas-fahmi-fadzil |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 8-12-2022 06:51 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Dulu jd pembangkang takdak pulak batasnya...pakai tembak saja... |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Huhuhu biasa la tu dh jadi kerajaan
Buat la kerja cara kerajaan
So mana reformasi nye ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Time dia pembangkang, siap fitnah Rosmah join masuk hutan untuk bom Altantuya lagi.....
Inilah PH.. Hipokrit & double standard. |
|
|
|
|
|
|
|
susah bila biasa "create perception" tetiba nak "jalan lurus".
mcm kisah gembala kambing & serigala |
|
|
|
|
|
|
|
Mslhnya ko sasarkan tik tok. Nape ko x sasarkan twitter. Sbb geng2 ko byk kt twitter kan |
|
|
|
|
|
|
|
Bila politician berkata2 ...  |
|
|
|
|
|
|
|
amboi. depa over the top mengeji dan memfitnah sedari jd pembangang tak pe. Bile dia jg kerajaan, org lain x leh lak? double standard sungguh.
Hujung2 ciri2 pengurusan Bang non tak tumpah ibarat Mahadir zaman PM4. X sangka dlm benci ada sayang di situ |
|
|
|
|
|
|
|
Silap2 porem cari kena katup  |
|
|
|
|
|
|
|
Masa jadi pembangkang lagi teruk korang. Guling atas jalan  |
|
|
|
|
|
|
| |
|