CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1816|Reply: 29

[Tempatan] Dr Barjoyai Bardai kata patut dikelaskan B40 menjadi B70, M40 kepada M10 dan T20 jadi T5.anda setuju?

  [Copy link]
Post time 7-12-2022 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 7-12-2022 10:04 PM

Kuala Lumpur: Pengelasan pendapatan isi rumah B40, M40 dan T20 perlu didefinisikan semula bagi memastikan bantuan yang akan disalurkan kerajaan benar-benar sampai kepada golongan memerlukan.


Ahli Ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak, Prof Dr Barjoyai Bardai berkata, disebabkan pandemik Covid-19, perubahan data terhadap golongan terbabit mungkin menyebabkan B40 menjadi B70.

"Sekarang kemungkinan B40 sudah menjadi B70, M40 kepada M10 dan T20 jadi T5.

"Oleh itu kita perlu tahu data terperinci setiap mereka ini sebab bantuan harus diberi kepada yang memerlukan iaitu mereka yang pendapatannya rendah sehingga tidak cukup untuk menampung kos sara hidup.

"Di Malaysia, kos sara hidupnya RM2,500 dan sebenarnya lebih 50 peratus kumpulan pekerja, mempunyai gaji kurang RM2,000.

"Terdapat 16 juta individu bekerja di Malaysia dengan lapan juta dipercayai dibayar gaji kurang RM2,000. Ada antara mereka bekerja sendiri, menjadi nelayan, petani serta pekerja gig ekonomi.

"Semua ini ada yang memerlukan bantuan. Jadi kita perlu pergi kepada kumpulan yang sangat memerlukan dan perlu tahu bagaimana untuk bantu mereka.

"Masalah kita sekarang adalah data mikro (data terperinci) untuk setiap keluarga di mana kita perlukan data ini supaya dapat memahami siapa yang memerlukan bantuan

Contohnya mungkin dulu dia T20 tapi selepas hilang kerja dia memerlukan bantuan sementara mencari pekerjaan.

"Itu tiada masalah kerana kita mempunyai MySejahtera dan 40 juta pengguna telefon di Malaysia dan penduduk kita baru 33 juta.

"Semua rakyat Malaysia mempunyai MySejahtera, maklumat juga boleh didapati melalui aplikasi itu," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, penggunaan analisis data besar juga boleh dilaksanakan bagi menentukan jenis bantuan yang diperlukan dan hasil keputusan itu, kerajaan boleh jadikan mekanisme untuk menangani setiap masalah rakyat.

Menurutnya, antara pendekatan lain yang boleh dibuat adalah dengan menubuhkan institusi memerangi kos sara hidup di mana ia perlu disertai semua kementerian yang ada.

"Institusi ini akan menjadi penggerak untuk melaksanakan program bantuan secara meluas di seluruh negara dan bantuan akan disalurkan oleh institusi ini melalui Jabatan Perdana Menteri atau menerusi belanjawan setiap kementerian.

"Ini termasuklah membabitkan subsidi seperti minyak masak dan petrol, kalau boleh distrukturkan semula dan disalurkan melalui institusi khas itu.

"Selain itu, mekanisme (menubuhkan institusi khas) sebaiknya boleh mendapat akses untuk menghubungi seluruh rakyat tidak mengira golongan T20, M40, B40 atau miskin mutlak.

"Semua mesti dihubungi dan maklumat mereka perlu diproses dalam 100 hari.

"Kalau dapat dicapai dalam tempoh 100 hari, kita mampu menjadi negara yang hebat," katanya.

Secara umum, isi rumah berpendapatan RM4,850 sebulan dan ke bawah dikategorikan sebagai B40, manakala golongan M40 adalah dalam kalangan isi rumah berpendapatan antara RM4,851 hingga RM10,970 sebulan.

T20 pula merujuk golongan kaya yang mana gaji dan pendapatan isi rumah mereka melebihi RM10,971 sebulan.

Disiarkan pada: Disember 6, 2022 @ 4:19pm

https://www.hmetro.com.my/bisnes/2022/12/912180/b40-mungkin-sudah-jadi-b70

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2022 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
15 lagi masuk kategori mana
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 10:26 PM | Show all posts
bakingsoda replied at 7-12-2022 09:42 PM
15 lagi masuk kategori mana

Professor belum fikir lagi ke mana hilang lagi 15%.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahla .den xtau nk setuju ke x sbb den mls nk fikir..tp yg den tau...den ni thp papa kedana je klu nk dibandingkan dgn kekayaan ahli2 politaik Msia ni .itu den sgt setuju dgn diri den sndr.. kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
patutnya B90...M8 ...T2...semua rakyat gembira
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Pensyarah nenek tua dah nak mampos Universiti Ini Tengking Melayu tersenyum sinis



Tutup phone

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 7-12-2022 10:26 PM
Professor belum fikir lagi ke mana hilang lagi 15%.

Kategori bergentayangan kot.


Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena ikut bilangan anak juga kot. Baru lbh tepat. T20 tu patut lbh byk cabangnya..kayangan is T1, bukan under T20 yg sebenarnya high income je.  Jadahnya T20 anak 5@6 orang dah serupa mcm m40 je n parents both keja canpur gaji br dpt jd T20, yg m40 or b40 kdg sorg je keja...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2022 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 7-12-2022 11:31 PM

Takuasa nak amek pot classification sebegini yang hanya berfungsi sebagai rujukan LHDN sajork..

Yang penting ada rumah, ada transport, nak travel kemana2 takde hal.. nak borong emas 916 ka, nak kelek hermes chanel dior ka..  nak makan wagyu seminggu skali takde hal walo orang nak chop M40 B80 ka apa ka
Hutang minimal commitment, and tak mintak duit orang

My money my decision girtuuhhh

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi memeningkan.. tak menjadi masaalah besar pun.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 7-12-2022 11:30 PM
Takuasa nak amek pot classification sebegini yang hanya berfungsi sebagai rujukan LHDN sajork..

Ya ...

kan. mcm takde beza pun nak tuka ape kejadah kasta ni sume. yg penting ade income ade tmpt berteduh ade kete nk keluar carik rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
namieamuro replied at 7-12-2022 11:46 PM
kan. mcm takde beza pun nak tuka ape kejadah kasta ni sume. yg penting ade income ade tmpt bertedu ...


Pernah terpengaruh dgn classification sebegini.. hanya menyakitkan hati orang je... yang untung LHDN
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 12:24 AM | Show all posts
lagi 15% tu dipenuhi oleh babi ke?

b70 = bottom70
m10 = middle10
t5= top5
p15 = pig15 ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi 15% rakyat dok dalam category mana? Apa bongok sangat komen Dr tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 12:52 AM | Show all posts
so sapa kategori b70 layak dapat bantuan ke dek?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 01:08 AM | Show all posts
ada macam tak kena je dengan matematik prof tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2022 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
i tak tergolong dalam mana2 kategori
i takmau berkasta kasta cmtu
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
selevel la kita semua lps ni..toksah korg nk acah2 T5 tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk sgt fikir, simple math pun xpass
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena ikut tanggungan juga. Yg golongan middle income ni kalo anak ramai boleh jatuh kpt golongan b. If pengasingan kasta income ni bg tujuan bantuan bersasar, ada kasta m yg terdesak juga.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-2-2023 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.112793 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list