CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 364|Reply: 5

[Politik] Dana judi: DUPP sifatkan dakwaan Anwar dangkal, jauh meleset

[Copy link]
Post time 7-12-2022 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


SHAH ALAM - Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) menyifatkan dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dana pilihan raya daripada syarikat judi itu sebagai dangkal dan jauh meleset.

Ketuanya, Datuk Ahmad Yahya turut mempersoalkan bagaimana Anwar menjustifikasikan dakwaannya sekadar ‘membayangkan’ wujud penerimaan dana tersebut dan bukan berdasarkan bukti yang jelas serta nyata.


“Usah jadikan kerajaan tempang yang dibentuk pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai Kerajaan Pak Pandir.

“Komitmen kerajaan Perikatan Nasional (PN) sangat jelas dalam isu perjudian. Kerajaan negeri Kedah pimpinan PN tegas dengan komitmen menutup premis perjudian di seluruh negeri ini bermula tahun 2023.

“Ia menuruti langkah yang diambil Kelantan dan Terengganu. Sejak bila syarikat perjudian sangat mesra dengan PN sehingga sanggup mendanai perjalanan pilihan rayanya?” soalnya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada Isnin, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

Menurutnya, Kementerian Kewangan juga mendapati ‘pelanggaran’ dalam pemberian kontrak berjumlah RM600 bilion tanpa tender.

Ulas Ahmad, DUPP turut menyokong langkah yang diambil oleh PN dan Pas untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Anwar atas dakwaan tersebut.

Sementara itu, beliau berkata, persoalan paling mustahak adalah penerimaan dana asing oleh Pakatan Harapan (PH) yang telah mencetuskan kebimbangan ramai sebelum daripada ini.

“Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Presiden International Republican Institute (IRI), Daniel Twining pasca PRU14 yang lalu.

“Dakwaan ini lebih berbahaya kerana mendedahkan kedaulatan negara kepada kepentingan asing. Ironinya masih tiada siasatan mahupun jawapan yang tuntas terhadapnya,” ujarnya.


https://www.sinarharian.com.my/article/235051/berita/politik/dana-judi-dupp-sifatkan-dakwaan-anwar-dangkal-jauh-meleset

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2022 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tt duit ke tabung pru dppp.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 02:52 PM | Show all posts
PM10 jangan komen politik lagi...buat kerjalah sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 7-12-2022 02:52 PM
PM10 jangan komen politik lagi...buat kerjalah sekarang

Tu lah pasal. Yg terbaru xmau org panggil dia Papa...

Weyyyy...buat kerja lah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 03:28 PM | Show all posts
dah jadi PM pun dok kempen lagi. bila nak buat keje juburi ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 03:33 PM | Show all posts
dia cam ni as a government bukan senang2 keluarkan statement pas tu rectify back. as a governemnt kita ada banyak protocol as once we announce something its already became official. so kita kene betul2 bgtau fakta yg betul bukan zaman kita jd ahli politik senang je cakap.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-2-2023 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.093518 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list