CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1582|Reply: 20

[Tempatan] Tangguhkan dulu hasrat bercuti di Hatyai

  [Copy link]
Post time 6-12-2022 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Tangguhkan dulu hasrat bercuti di Hatyai

https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... -bercuti-di-hatyai/

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
6 Disember 2022, 8:15 am


PERKHIDMATAN kereta api State Railway of Thailand (SRT) ditangguhkan susulan insiden pengeboman yang berlaku pada Sabtu lalu.

KANGAR – Bimbang keselamatan diri dan keluarga, rata-rata penduduk di negeri ini memutuskan untuk menangguhkan sementara perancangan mereka untuk bercuti di Hatyai, Thailand berikutan insiden pengeboman baru-baru ini,

Dalam kejadian pukul 2 petang Sabtu lalu, satu kejadian pengeboman dilaporkan berlaku berhampiran Stesen Kereta Api Klong Ngea, Sadao, Thailand dan mengakibatkan perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) ditangguhkan.

Penduduk Bintong di sini, Zuraini Mustaza, 42, berkata, dia terpaksa melupakan hasrat untuk membawa tiga anaknya ke Hatyai menggunakan kereta api dari Padang Besar dekat sini pada cuti sekolah atas faktor ke­selamatan.

“Bimbang juga mahu pergi Hatyai naik kereta api, mungkin saya akan lihat dulu keadaan se­bulan dua ini sebelum merancang semula ke sana,” katanya.

Katanya, keputusan itu dibuat berikutan rasa takut melihat keadaan kereta api kargo yang terbalik akibat letupan bom itu.

“Nasib baik bukan kereta api penumpang, kalau tidak, mungkin insiden berkenaan akan melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa,” ujarnya.

Penduduk Kuala Perlis, Zaidi Che Harun, 55, berkata, dia sekeluarga sememangnya merancang untuk ke Hatyai pada cuti sekolah ini dengan menaiki kereta api bagi memberi pengalaman baharu kepada anak-anak.

“Perancangan membawa anak-anak naik kereta api klasik sebab mahukan kelainan bercuti memang ada tetapi nampaknya terpaksa dilupakan.

“Apabila keadaan tenang, saya akan fikirkan semula untuk ke sana tapi yang pasti dengan van pelancong, bukan dengan kereta api,” jelas­nya.

Bagaimanapun, bagi Fatin Wardah Abdul Manaf, 31, yang berasal dari Alor Setar, Kedah dan menetap di Kangar berkata, kejadian dilihat tidak akan menjejaskan kemasukan pelancong ke negara itu dengan teruk.

“Mungkin ramai yang akan masuk menggunakan kende­raan sendiri atau van berbanding kereta api.

“Bagi saya, kejadian itu seperti disasarkan iaitu ke atas kereta api kargo, bukan kereta api bawa penumpang selain ia tidak berlaku di tempat tumpuan pelancong,” katanya.

Ujarnya, kejadian itu juga tidak melibatkan rusuhan atau tembakan rambang.

Tambahnya, dia kebiasaannya masuk ke Thailand bersama keluarga dengan kenderaan sendiri kerana lebih jimat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Alamak dah book utk mngu depan.. nak g ke cancel?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 06:38 PM | Show all posts
September14 replied at 6-12-2022 10:49 AM
Alamak dah book utk mngu depan.. nak g ke cancel?

buat hibah, wasiat , harta sepencarian sesiap

make sure penama kwsp ada

kalu settle, boleh pegi...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntahla, kalau tak nak rasa bimbang, what if after this diaorg target jalan Raya or pasar awam public places tempat orang ramai..ngeri la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 07:01 PM | Show all posts
September14 replied at 6-12-2022 10:49 AM
Alamak dah book utk mngu depan.. nak g ke cancel?

Pegi jelah. Tawakkal kepada Allah SWT.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
best ke hatyai..xpernah pergi lg..
rasa mcm xselamat jer belah sana
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 07:17 PM | Show all posts
Kalo tk hatyai mesti songkhla netizen pilih utk bercuti.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab apa ya berlaku bom bom ni…ada sesiapa yg area sana tau ke??

Suddenly kan…before this pulak bom bom ni…dah 2 kali happen for past 1 week ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 6-12-2022 07:01 PM
Pegi jelah. Tawakkal kepada Allah SWT.

Dah cxl sbb kena bom lagi kan…
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 6-12-2022 06:38 PM
buat hibah, wasiat , harta sepencarian sesiap

make sure penama kwsp ada

Harini ada kes lagi terus cxl… xpelah nak g pun x sedap hati
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 08:06 PM | Show all posts
puak mana la yg duk bom2 ni....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bbrp hari lepas hubby ajak ke Thai holiday. Aku cakap buat apa pergi sana. Negara kepam. Sudahla byk kes bom. Tiba2 kes bom ni galak balik dlm news. Mulut masin
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 09:35 PM | Show all posts
Ape masalah geng2 sana ye? Meletup bagai, tapi macam takde motif.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 6-12-2022 07:13 PM
best ke hatyai..xpernah pergi lg..
rasa mcm xselamat jer belah sana

Makanan thai asli tu mmg sedap...air kelapa nya sedap.. pulut mangga....lain la rasa yg ada kat negara kita
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangang la main2 bom nih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosmahisham at 6-12-2022 10:47 PM
September14 replied at 6-12-2022 10:49 AM
Alamak dah book utk mngu depan.. nak g ke cancel?


Haritu aku nyaris x ambik package TA jual g hatyai naik train terus ke Bangkok siap g safari lg..jd camni risau wehhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sib baik dah ke hatyai sept lps. Takde plan setakat ni nk repeat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 6-12-2022 07:13 PM
best ke hatyai..xpernah pergi lg..
rasa mcm xselamat jer belah sana

Biasa jer,nak ikutkn lg pns dr mesia..njoy tang mkn2 sdp2 jer..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 08:10 AM | Show all posts
September14 replied at 6-12-2022 08:02 PM
Harini ada kes lagi terus cxl… xpelah nak g pun x sedap hati

ang pi kay bee je la.. gi make hoover daging kerutuk

atau nasik berlauk jenab jandeeeee
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-1-2023 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.127893 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list