|
[Dunia]
[Video #3] Sekumpulan rakyat Malaysia diserang di Dublin, Ireland, mangsa jenayah kebencian
[Copy link]
|
|
Kuat betul diorang punya racist |
|
|
|
|
|
|
|

Anak saudara Norzie Pak Wan Chek menerima rawatan di Hospital Serdang, sebaik tiba di KLIA. NSTP/Ihsan Facebook Norzie Pak Wan Chek
Terima kasih Menteri Luar, Wisma Putra - Norzie Pak Wan Chek
Oleh Safeek Affendy Razali - Disember 5, 2022 @ 11:09pm
KUALA LUMPUR: Bekas penyampai berita, Norzie Pak Wan Chek, berterima kasih kepada Menteri Luar, Datuk Seri Zamry Abd Kadir yang baru dilantik dan kakitangan Wisma Putra di Kementerian Luar serta Kedutaan Malaysia di Ireland, kerana membantu anak saudaranya yang terbabit insiden serangan perkauman, kelmarin.
Dalam kejadian malam Sabtu lalu, anak saudaranya bersama seorang rakan dan dua adiknya keluar membeli-belah pada saat-saat akhir sebelum mereka kembali ke tanah air keesokan pagi, selepas melawat Dublin, Ireland.
Keempat-empat mereka yang sedang menunggu bas untuk kembali ke rumah penginapan yang disewa secara tiba-tiba didatangi sekumpulan remaja lelaki yang melakukan provokasi seperti membaling tin kosong dan melemparkan kentang goreng kotor ke arah mereka.
Norzie dalam catatan menerusi akaun Facebook, menyatakan anak saudaranya dan tiga yang lain kemudian beredar bagi mengelak kejadian lebih buruk sebelum remaja yang mengganggu mereka tidak berputus asa mengganggu dengan jumlah yang lebih ramai.

Anak saudara Norzie Pak Wan Chek cedera pada muka. NSTP/Ihsan Facebook Norzie Pak Wan Chek
"Pada masa sama, mereka mengejar dan mengelilingi anak saudaranya dengan basikal mereka serta membrek basikal dengan kuat bagi tujuan menakut-nakutkan selain mengancam membunuh anak saudara saya.
"Empat remaja terbabit mengambil besi tempat duduk basikal dan mula memukul anak saudara saya di belakang lehernya manakala rakan anak saudara saya ditumbuk pada bahagian lengan, mata dan belakang tubuh mereka," katanya.
Katanya, kumpulan remaja yang melakukan serangan bagaimanapun melarikan diri selepas anak saudaranya itu menghubungi polis menerusi talian kecemasan manakala adik perempuan rakannya menjerit meminta pertolongan dalam keadaan hujan dan gelap.
"Nasib mereka baik apabila ditumpangkan oleh seorang individu yang melalui kawasan itu yang membawanya ke balai polis berhampiran apabila pihak polis belum tiba 30 minit selepas kejadian," katanya.
Bimbang dengan keselamatan anak saudaranya, Norzie menghubungi seorang kenalannya di Wisma Putra, untuk meminta bantuan sebelum dia dihubungi sendiri oleh Zamry dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar.
"Apa yang ingin saya sampaikan, ialah meskipun belum melaksanakan tugas secara rasmi, Datuk Seri Zamry dan pasukannya di Kementerian Luar membantu saya sepenuhnya.
"Di lubuk hati saya, saya mengucapkan terima kasih dan saya tahu sekarang bahawa Wisma Putra kini dikendalikan 'dalam tangan' seseorang yang baik," katanya.
Anak saudara Norzie dan rakannya dilaporkan diberikan pengawasan sepenuhnya oleh kakitangan Kedutaan Malaysia di Ireland sehingga mereka diterbangkan ke tanah air.
Malah, ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini, pasukan keselamatan dan pegawai perubatan bersiap-sedia membawa mereka ke Hospital Serdang untuk rawatan susulan.
https://www.bharian.com.my/berit ... norzie-pak-wan-chek
|
|
|
|
|
|
|
|
i percaya ini jarum-jarum halus..
mana mungkin ummah kokesen bertamadun rasis begini..
 |
|
|
|
|
|
|
|
aku gi sanun pun xkuar mlm..baik tdo..best tdo sojuk2...siang dh penat berjln...melainkan hal kecemasan...semoga trauma tu hilg dik..kesian ko... |
|
|
|
|
|
|
|
ehh sana ramai je msian students kat royal college of surgeons.. msian pun ramai je sedari dulu kat sana... takde plak kena apa2..
kena denga citer belah sana pulak.. takkan le bebudak tu sesaje nak serang. always two sides of a coin |
|
|
|
|
|
|
|
sblh pihak je ke bercerite? dublin tu byk malaysian kot. |
|
|
|
|
|
|
|
pi hantaq geng mat rempit kita pi belasah balik budak2 hingusan irish tu. baru ada akai! |
|
|
|
|
|
|
|
Org kat Dublin mmg rude ke? Iols taknak lah stereotypes kan walaupun pernah kena kat airport counter, yg cop passport tu. Punya sombong macam kita dtg nak mengemis pulak, padahal singgah nak tukar flights je pun... |
|
|
|
|
|
|
|
So kita kena puji menteri yg baru masuk keje ke cemana?
Btw takmo puji2 sangat tunggu 2-3 bulan satgi penuh la troll kat page ttkm bila gomen dah start buat dasar2 yg tak popular di mata rakyat. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa barang rempits dublin pakai basikal
Kat msia upgrade pakai motor lagi  |
|
|
|
|
|
|
|
Mana2 ada racist chuols cuma bila kt tempat orang kena extra humble & careful. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 6-12-2022 03:27 PM
MALAYSIAN:
-tempat orang kena pukul.
- tempat sendiri kena ludah ngn rohingya,kena fuck ngn Pakis.
-hanya mampu 'mengadu' jer.Lembik.
 |
|
|
|
|
|
|
|
err kes naya ni. bdk2 beskal tu rmi. kalo dorang buat rumble lg giler. silap2 blh hilang nyawa.
kedutaan ireland x nak bg apa2 komentar ker? mintk maaf ke apa ker..
kalo dia buat mcm ni kat rakyat us, aku rs joe bieden da hantar askar us langgar ireland. alasan utk menjajah mcm dia jajah afghanistan  |
|
|
|
|
|
|
|
zaman bercuti ke europe sudah berlalu..united kingdom dah jadi negara penuh dgn jenayah |
|
|
|
|
|
|
|
takda kaitan dengan agama pon. yg kena attack most african & asian tak kira agama. cina kapir dari guangzho, minachi hindu kalkota pon kena juga
|
|
|
|
|
|
|
| |
|