View: 2678|Reply: 49
|
[Tempatan]
Zahid melahar Muhyiddin, 'Tak payah jadi pembangkang yang merengek'!
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 4-12-2022 03:59 PM
PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin kerana menyifatkan Jemaah Menteri Anwar Ibrahim sebagai “paling mengecewakan”.
Dalam hantaran di Facebook, Zahid berkata Muhyiddin dan sekutunya harus belajar untuk menjadi pembangkang yang berwibawa dan bukannya “merengek”.
“Muhyiddin dan sekutunya perlu berasa malu dilihat terlalu gilakan kuasa hingga sanggup mempertikaikan keputusan institusi Raja-Raja Melayu dan perlu mencontohi parti DAP yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan parti dan individu,” katanya.
Zahid turut memberitahu presiden Bersatu itu untuk menerima hakikat bahawa beliau telah gagal menjadi perdana menteri.
Tambahnya, kritikan Muhyiddn terhadap Anwar yang memegang portfolio kewangan itu tidak melihat keperluan semasa yang memerlukan pemimpin berprestasi tinggi yang pernah menguruskan ekonomi negara sebelum ini.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menyatakan bahawa Anwar sebelum ini mendapat pengiktirafan tertinggi daripada media antarabangsa, termasuk “Menteri Kewangan terbaik” oleh Euro Money Magazine dan “Menteri Kewangan Terbaik Asia” oleh Asia Money Magazine.
“Anwar juga pernah mendapat The Asian of The Year dan Malaysia serta pernah digelar The Asian Tiger dalam kalangan negara Asia ketika menjadi menteri kewangan. Sudah pasti pelabur asing lebih yakin untuk membuat pelaburan apabila Anwar memegang jawatan menteri kewangan,” katanya.
Semalam, Muhyiddin membidas Jemaah Menteri Anwar, yang menyifatkannya sebagai “paling mengecewakan dalam sejarah negara”.
Muhyiddin dalam kenyataan berkata, dengan melantik “kleptokrat”, Anwar telah mengorbankan prinsip tadbir urus yang baik yang dianjurkannya semasa PRU15.
Beliau merujuk pelantikan Zahid sebagai salah seorang timbalan perdana menteri dalam kerajaan perpaduan Anwar. Zahid turut dilantik sebagai menteri kemajuan desa dan wilayah.
Zahid didakwa atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram.
Muhyiddin turut mengkritik Anwar kerana memegang portfolio kewangan, sambil berkata ia akan menghakis kepercayaan rakyat serta pelabur terhadap kepimpinannya.
Menjawab kritikan itu, Menteri Komunikasi Digital Fahmi Fadzil berkata mungkin Muhyiddin lupa bahawa ini bukan kerajaan Pakatan Harapan (PH), yang akan membenarkan perdana menteri melantik sesiapa sahaja yang dikehendakinya.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/12/04/jadi-pembangkang-berwibawa-bukan-merengek-zahid-beritahu-muhyiddin/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tu dia. No dap, no anwar punya orang sdh bersuara  |
|
|
|
|
|
|
|
Dh konpem dpt tpm, dh blh berlagak dah, nasib baik x jaga KDN |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nurdianah at 4-12-2022 09:26 PM
...seteru bakal disiasat katanya maaaaa 

|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 4-12-2022 02:40 PM
Setuju dgn wak jahit ponorogo..abahcow mmg muka tak tahu malu kemaruk sgt nak jadi pm smpai saggup menderhaka kat agong.
Kalau la org dap meroyan mcm abahcow skrg,mesti walaun dah menggelupor kat pdg merbok tuduh dap x hormat raja |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 4-12-2022 11:31 AM
Dh konpem dpt tpm, dh blh berlagak dah, nasib baik x jaga KDN
Anak jiran aku yg 3 tahun ini very the observant to the very detailed.....
Waktu angkat sumpahh semalam ...dia perhatikheun while everyone tunduk a few times pada agong as formal protocol ....tapi dia noticed only zahid reserved one extra bowing towards the end sejurus sebelum duduk selepas menandatangani surat lantikheun...bowing to the direction of anwart dan isteri......
Ko ghaser...
Dia kata dgn aku mungkin dlm hati zahid tika iteww terungkap..." Terimakasih Bos, lotsa luv bos..."
Kahkahkahkahkab
|
|
|
|
|
|
|
|
bagan datok oiii
bagan datokk
bagan datok oii
bagan datokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk  |
|
|
|
|
|
|
|
Zahid jawa merengek? Gigih jilat cirit Zahid jawa, intergriti ke laut. Dasar… |
|
|
|
|
|
|
|
Nyampah la si cirit ni.. bitter x habis2. Cam budak2 dek. Ikut je lah ydpa tu.. ko pun bukannya menang byk kerusi pon.  |
|
|
|
|
|
|
|
merengek mintak pru cepat2 boleh le pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
takde org nak bukak tered nusi kuciwa walaun balik mengundi sbb duit minyak ke dah setaraf totok umngok dulu2 no money no undi |
|
|
|
|
|
|
|
Betul cakap Wak. Kalo nk sgt jawatan PM, jatuhkan jelah bang non melalui undi x percaya. X yah meroyan . Dont worry bang non x kan declare darurat punya semata2 nk tutup parlimen dari wat undi x percaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 4-12-2022 11:47 AM
bagan datok oiii
bagan datokk
Aaaaaa aku rengsa terbayang2..nightmare oiiiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 4-12-2022 11:31 AM
Dh konpem dpt tpm, dh blh berlagak dah, nasib baik x jaga KDN
Yang jaga KDN pun geng lama dia juga. Kabinet kali ni team wawasan umno 90s |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 4-12-2022 11:42 AM
Setuju dgn wak jahit ponorogo..abahcow mmg muka tak tahu malu kemaruk sgt nak jadi pm smpai saggup m ...
U.....sudah tukar ka??? |
|
|
|
|
|
|
|
eh pengkhianat bangsa ni, byk cantik nk kata kat org lain. igt la elok2 muka dia ni, bgtau la kat anak cucu mcmana rupa pengkhianat. |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 4-12-2022 01:37 PM
U.....sudah tukar ka???
Tukar apo??aku mmg sokom wak jahit jadi tpm dlm kjaan perpaduan innih..seseorg tak bersalah until proven guilty.agiteww |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 4-12-2022 01:16 PM
Betul cakap Wak. Kalo nk sgt jawatan PM, jatuhkan jelah bang non melalui undi x percaya. X yah meroy ...
Tak pun berkumpol kt Pdg Merbok.. cam tak biasa depa.
 |
|
|
|
|
|
|
| |
|