CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 497|Reply: 1

[Politik] Azalina mahu pisah kuasa peguam negara, pendakwa raya

  [Copy link]
Post time 3-12-2022 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Azalina Othman Said mahu membuat pindaan terhadap undang-undang lapuk supaya supaya relevan dengan keadaan semasa.

KUALA LUMPUR: Selaku menteri undang-undang dan reformasi Institusi, Azalina Othman Said berikrar untuk menangani isu undang-undang lapuk dan melaksanakan pindaan diperlukan supaya relevan dengan keadaan semasa.

Dalam satu kenyataan hari ini, Azalina antaranya berkata pindaan itu termasuk pemisahan kuasa peguam negara dengan pendakwa raya untuk memelihara kebebasan budi bicara pendakwa raya.“Saya juga akan memastikan isu-isu yang perlu diberi perhatian, termasuk status kewarganegaraan kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu rakyat Malaysia akan terus menyaksikan kemajuan berterusan dan mana diperlukan, undang-undang akan diperbaharui untuk mengembalikan semula hak kepada golongan rentan, terpinggir dan mereka yang tidak menerima layanan sama rata dalam negara kita,” katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan berkenaan Azalina berkata terdapat banyak cabaran di hadapan menanti perjalanan kerajaan perpaduan ini, mengambil kira kesan pandemik Covid-19 dan jangkaan kemelesetan ekonomi tahun depan.

“Portfolio saya terajui melibatkan aktiviti yang merentas kerajaan, saya sedia untuk bekerjasama dengan wakil rakyat yang dipilih daripada pelbagai parti untuk menangani cabaran ini,” katanya.Dengan pengalaman luas sebagai Jemaah Menteri dan menerajui pelbagai kementerian sejak 2004, Azalina mencipta sejarah apabila menjadi wanita pertama dilantik menjadi menteri belia dan sukan pada 2004 dan wanita pertama dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 2020.

Azalina juga merupakan menteri pelancongan dari 2008 sehingga 2009 dan menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam hal ehwal undang-undang dari 2015 hingga 2018.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2022 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Dr  Amalina Che Bakri tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-1-2023 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.190438 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list