CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1454|Reply: 11

[Politik] Memang saya ditawarkan jawatan Menteri tapi saya tolak - Kata Gobind Singh Deo

  [Copy link]
Post time 3-12-2022 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo memberitahu ramai yang bertanya mengapa nama beliau tiada dalam senarai Jemaah Menteri yang diumumkan Anwar semalam.

PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo berkata beliau menolak tawaran jawatan menteri daripada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kerana mahu memberikan tumpuan kepada tugasnya sebagai Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Damansara itu memberitahu ramai yang bertanya mengapa nama beliau tiada dalam senarai Jemaah Menteri yang dimumkan Anwar semalam.“Perdana menteri ada bertanya kepada saya untuk menganggotai Jemaah Menteri. Bagaimanapun, selepas mempertimbangkan perkara itu, saya memaklumkan kepadanya bahawa saya tidak dapat berbuat demikian.

“Saya mahu memberi tumpuan kepada tugas saya sebagai Ahli Parlimen dan membantu kerajaan dalam apa semua cara yang saya boleh,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.


Gobind juga turut mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri atas tawaran tersebut.

“Saya sekali lagi menyatakan keyakinan penuh saya terhadap kepimpinan perdana menteri dan percaya bahawa beliau akan berjaya membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” tambahnya.

Semalam, Anwar mengumumkan barisan 28 Jemaah Menteri daripada Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah dan lain-lain parti.

Empat orang ahli Parlimen daripada DAP diumumkan sebagai ahli Jemaah Menteri.Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sekali lagi dipilih sebagai Menteri Pengangkutan, manakala Nga Kor Ming, V Sivakumar dan Hannah Yeoh masing-masing dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Menteri Sumber Manusia serta Menteri Belia dan Sukan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
terbaik YB mmg jenis berprinsip..
walaupun mmg layak berada dlm kabinet..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia tak berkenan paknon kerjasama dgn zahid la tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik. Ada stand tersendiri. Lebih baik berkhidmat utk rakyat kat perlimen tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayahanda Allahyarham Karpal Singh: Anwar Ibrahim mesti bertaubat
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara mp yg tau bekerja.. Agaknya dia menyampah kat tpm 1.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 10:43 PM | Show all posts
dewimalam78 replied at 3-12-2022 06:48 PM
Dia tak berkenan paknon kerjasama dgn zahid la tu

Whatever reason that he has, it's good dn berprinsip. Mr. GSD mengakui menolak secara halus, berhemah dgn kalimat yg tidak menyindir sesiapa. Dgn kenyataan sedemikian, terbungkam para peseteru untuk terus membebel, mengoceh2 penuh sindiran kpd PM yg kononya membelakangkan rakan sekutu dn utamakan orang lain diangkat sbg menteri.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Secara tak langsung mengatakan anwat tak berprinsip

Cuma acik2 bengap je masih takleh terima kenyataan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus govind, berprinsip. Terus xnk jd menteri. Bkn main sauk je lantik penyamun
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
netto_ replied at 3-12-2022 11:05 PM
Bagus govind, berprinsip. Terus xnk jd menteri. Bkn main sauk je lantik penyamun

Siapa yg lantik tu...tak ada prinsip ke orang tu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah....dia pun sibuk dgn kerjanya di mahkamah, boleh fokus dgn kerjanya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
piirah..nama kau dah busuk...terang2 dulu kau favour suka sakat madey
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-2-2023 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.116472 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list