View: 7454|Reply: 144
|
[Tempatan]
Tangkap muat ke? Zafrul dalam Jemaah Menteri terus jadi persoalan
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 3-12-2022 08:50 PM
PETALING JAYA: Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Rafidah Aziz mempersoalkan keputusan Perdana Menteri Anwar Ibrahim melantik Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam Jemaah Menteri.
Beliau berkata, kredibiliti Jemaah Menteri yang baru dibentuk akan terjejas dengan pelantikan Tengku Zafrul sebagai senator semata-mata untuk menjadikannya menteri. Masih ramai orang lain yang lebih sesuai untuk jawatan itu, tambahnya.
“Kelihatan seperti (Anwar) hanya tangkap muat dengan melantik seseorang yang ditolak pengundi. Mana kredibilitinya apabila orang yang kalah dilantik (menjadi menteri)?” katanya dalam kenyataan.
Tengku Zafrul sebelum ini berkhidmat sebagai menteri kewangan dalam kerajaan pimpinan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.
Semalam, pembantu Dr Mahathir Mohamad, Adam Mukhriz Muhayeedin, menyerlahkan ironi dalam keputusan Anwar melantik calon pilihan raya yang kalah, iaitu Tengku Zafrul, ke dalam Jemaah Menteri, dan bukan Dzulkefly Ahmad.
Dzulkefly, yang pernah menjadi menteri kesihatan, mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Selangor untuk Pakatan Harapan (PH) selepas mengalahkan Zafrul yang bertanding atas tiket BN, dan dua calon lain.
Rafidah turut mempersoalkan pelantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai salah seorang timbalan perdana menteri.
“Mengapa perlu lantik seseorang yang sedang dibicarakan atas (tuduhan) rasuah? Jika dia didapati bersalah, kena cari pengganti pula,” katanya.
Zahid didakwa atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram.
Rafidah sebelum ini meminta Anwar tidak melantik ahli politik yang berdepan perbicaraan dalam Jemaah Menteri. Pelantikan individu sebegini, katanya, akan mencemarkan imej negara.
Pelantikan Zahid sebagai timbalan perdana menteri mencetuskan reaksi negatif daripada kumpulan masyarakat sivil seperti Bersih, ketua pembangkang Muhyiddin Yassin dan orang awam.
Rafidah menyifatkan kedua-dua pelantikan itu sebagai “mengejutkan dan tidak perlu”, dan mendoakan kejayaan Anwar dalam mentadbir negara.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/12/03/anwar-tangkap-muat-lantik-tg-zafrul-dalam-jemaah-menteri-kata-rafidah/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Acik pidah ni pun agak2 la pun.anwar pun x hingin nak lantik dia pun .dlm parlimen selalu kena.kabel kuat la acik oiiii.ntah2 wak jahid pun x anta nama dia |
|
|
|
|
|
|
|
namieamuro replied at 3-12-2022 04:47 PM
@bakingsoda misteri ke idok?
ni tweet petang semalam |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Satu lagi...nama kena reject dek ydpa ni bukan nak justified anwar.pak mael pun penah kena.masa tu pun ydpa xde kt istana
negara ..dekat pahang.ko bayangkan hantar list nama jauh2 pastu kena reject.ada kaitan dgn jawatan MOF .pak mael letak nama tok mat katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Dia kabel emas boleh buat fibre optik cap helang dek. Yg lain tu dawai stainless steele cap gagak..korang apa tau  |
|
|
|
|
|
|
|
Ampa p la baca kat twitter psl tengkusikal ni. Maleh den nak ulas. Menyampah bethol. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah jd menteri sepanjang zaman plak mengantikan menteri yg byk lompat parti tu.Rasanya kalau PN jd gomen lg mesti pokcik tu kekal jd menteri lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju sangat dengan Acik Pidah tang hamlau TZ yang tak tahu malu berkulit b**i pi merempan kat AI di tambahkan pula ada kabel fibre optik dari merak kayangan
Hilang sudah rasa hormat dan kepercayaan kepada si merak kayangan tu |
|
|
|
|
|
|
|
fairiza replied at 3-12-2022 06:07 PM
Ampa p la baca kat twitter psl tengkusikal ni. Maleh den nak ulas. Menyampah bethol.
Boleh tolong PM Twitter tu ke |
|
|
|
|
|
|
|
Nyanyi la sis... apa nak dikato
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
mcm no point aku kuar ngundi tu ari..
sudahnya yg nyata kalah jadi menteri  |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 3-12-2022 06:32 PM
Hehehe…. |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 3-12-2022 06:32 PM
Salah satu ciri2 munafik..
Bila bercakap dia bohong.
Bila berjanji dia mungkir.
...tambah sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
terkini di twitter....lps angkat sumpah terus masuk office katanya.nak tunjuk terpaling rajin pun agak2 laaa.pru dah habis...
|
|
|
|
|
|
|
|
mujur tak mengundi kali ni..
pah bodo belake hok kaloh jadi menteri |
|
|
|
|
|
|
|
tepek artikel atau bagi link... aku pun pening kenapa dia kalah tapi kena lantik
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat zafrul naik boat penuh ngan pengiring nak tengok mangsa banjir..orang lain gak yg panjat bumbung dulu baru dia ikut. Then naik kete lambai2 kat mangsa banjir ala beauty queen..
 |
|
|
|
|
|
|
| |
|