View: 509|Reply: 6
|
[Tempatan]
Penduduk Baling penat dan trauma kali ke 11 banjir.terdapat sisa-sisa balak hanyut..
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 2-12-2022 05:20 AM
BALING, 1 Dis (Bernama) — Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan 50 buah rumah di tujuh buah kampung di Kupang dekat sini termasuk Kampong Iboi dilanda banjir kilat, petang tadi.
Bagaimanapun, keadaan tersebut tidak melibatkan pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling Left (PA), Mohd Faizol Ab Aziz,berkata kejadian pada jam 6 petang itu susulan hujan lebat melebihi dua jam sehingga menyebabkan air sungai berdekatan melimpah ke penempatan penduduk yang tinggal hampir dengan tebing sungai.
“Penduduk yang terjejas membabitkan lapan keluarga di Kampung Padang Empang, Kampung Iboi (lapan), Kampung Hangus (enam), Kampung Bok Bak (lima), Kampung Dusun (lapan), Kampung Charok Kapas (empat) dan 11 keluarga di Kampung Pak Bong,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.
Mohd Faizol berkata meskipun air telah surut namun paras sungai dalam keadaan berjaga-jaga yang memerlukan pemantauan pihaknya dari semasa ke semasa di lokasi.
Sementara itu, Ketua Kampung Iboi, Nor Mohamad Che Hussain, ketika dihubungi Bernama memaklumkan banjir itu merupakan kejadian kali ke-11 penduduk di kampung terbabit dan ia dilihat seakan tidak berkesudahan.
“Masalah yang sama masih berulang menyebabkan penduduk sudah letih dan trauma apabila kerap berlaku banjir…saya berharap sangat pihak berkenaan dapat melakukan sesuatu dengan secepat mungkin bagi membantu penduduk kampung.
“Pasir yang dilonggokkan di tepi tebing sungai juga banyak yang runtuh malah terdapat sisa-sisa balak hanyut dan tersangkut pada titi di Kampung Padang Empang yang mana esok kena minta bantuan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk alihkan,” katanya.
Sumber: BERNAMA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
11 kali banjir... Aku pun boleh stress... |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan baru PAS akan tolong...belajar dari kelantan ;-) |
|
|
|
|
|
|
|
Countermeasure: kjaan negeri menyediakan bot laju yg mencukupi utk segera berpindah. Have fun guys hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
kitmal replied at 2-12-2022 06:59 AM
Kerajaan baru PAS akan tolong...belajar dari kelantan ;-)
MP baling baru pun dari pas skrg ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Mana PM Anwar? Dah dapat kuasa gentel telor saja ka? Rakyat Baling bukan rakyat Malaysia ke? Zaman muda2 jadi mahasiswa UM dulu bukan main lagi menyibuk lagi demonstrasi membela penduduk miskin Baling kunuunnn... Ni dah ada kuasa terhebat, kau buat apa dengan kuasa PM tu? Tiba2 takde helikopter untuk melawat Baling ke? |
|
|
|
|
|
|
|
semoga semuanya baik2 saja |
|
|
|
|
|
|
| |
|