CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 844|Reply: 5

[Politik] 206 ahli, pimpinan AMANAH Kedah keluar parti - Phahrolrazi

  [Copy link]
Post time 1-12-2022 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


ALOR SETAR: Bekas Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, mendakwa 206 ahli termasuk pimpinan negeri sudah meninggalkan parti itu sejak 29 November lalu.

Antaranya termasuk Speaker AMANAH Kedah, Kassim Mat Isa dan Timbalannya, Jamil Che Dan, selain Ketua Pemuda Negeri, Mohd Ridzwan Arshad Ahmad serta hampir seluruh kepemimpinan Pemuda AMANAH negeri.

Phahrolrazi yang dipecat daripada parti pada 30 Oktober lalu kerana didakwa melanggar Perlembagaan berkata, tindakan 206 ahli dan pemimpin itu susulan pendirian pucuk pimpinan AMANAH yang tidak memberi sebarang maklum balas terhadap surat dihantar 12 Ketua Kawasan AMANAH di Kedah pada awal November lalu.

Katanya, surat terbabit berhubung permintaan untuk menerima semula beliau sebagai ahli sekali gus memegang kembali jawatan sebagai teraju AMANAH Kedah.

"Sebelum ini pun saya pernah katakan bahawa tindakan memecat saya daripada parti akan memberi kesan.

"Justeru, selepas pilihan raya Parlimen Padang Serai kita jangka ada lagi ahli yang akan meninggalkan AMANAH bukan hanya di Kedah, tetapi juga di negeri yang memiliki ramai keahlian Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) seperti Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Phahrolrazi sebelum dipecat daripada AMANAH berikutan tindakannya membantah keputusan kepemimpinan Pusat yang memberi laluan kepada DAP untuk bertanding di kerusi Parlimen Jerai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dalam pada itu, Setiausaha Agung AMANAH, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli, melalui satu kenyataan menegaskan pihaknya mengambil maklum mengenai tindakan segelintir ahli yang meninggalkan parti selepas PRU15 baru-baru ini.

Beliau bagaimanapun berkata, tiada mana-mana peringkat organisasi dalam AMANAH terbubar susulan tindakan terbabit.

"Untuk tempoh terdekat, kita akan mengumpulkan maklumat berkaitan tindakan keluar parti ini bagi memastikan AMANAH di peringkat negeri dan kawasan yang terjejas dapat dipulihkan melalui pelaksanaan Mesyuarat Penggantian Jawatankuasa Pimpinan," katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1034064/206-ahli-pimpinan-amanah-kedah-keluar-parti-phahrolrazi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2022 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpe boleh join pas atau bersatu ok
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Masih rindu dengan bekas janda..ambik nama PASMA..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts


Better masuk DAP jadi tuan.... Buat apa stay PAN jadi khadam

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa bnd halatuju pan ni? Mcm parti picisan jer.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2022 11:14 AM | Show all posts
amanah nie macam xde hala tuju, join dengan DAP, tapi dalam diam nak lawan DAP....pening aku bila puak2 amanah sembang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-2-2023 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.096623 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list