CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 394|Reply: 4

[Tempatan] Perak kekal tidak salur air ke Pulau Pinang

  [Copy link]
Post time 1-12-2022 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


IPOH: Perak tetap dengan pendirian tidak membekalkan air ke Pulau Pinang meskipun pembentukan kerajaan negeri sekarang adalah campuran antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata pendirian Perak sebelum ini bahawa Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) kepada kerajaan Pulau Pinang, muktamad tidak akan dilaksanakan, bukan disebabkan perbezaan parti yang menerajui kedua-dua negeri terbabit.

"Ia berkaitan sama ada air di Perak ini mencukupi untuk kegunaan dalam negeri atau tidak. Ia bukan pasal kerajaan PH (menerajui Pulau Pinang) dan BN (menerajui Perak) sebelum ini.

"Kerana mana-mana kerajaan pun (yang mentadbir), masalah kita (di Perak) ialah kapasiti air Sungai Perak itu hanya cukup untuk kegunaan dalaman, apatah lagi di Perak kita akan bangunkan sebagai sebuah negeri perindustrian, yang akan memerlukan air yang banyak," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian ketika lawatan kerja ke tapak Projek Rintis Penginapan Pekerja Berpusat atau Centralised Labour Quarters (CLQ) Perbandaran Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) di Asrama Murni, dekat Jelapang, di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan portal minggu lalu mengenai gesaan ke atas kerajaan Pulau Pinang supaya meneruskan rundingan pelaksanaan SPRWTS dengan kerajaan Perak, yang kini ditadbir secara bersama oleh BN dan PH.

Menurut laporan itu, gesaan itu dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng, yang menyifatkan pentadbiran BN dan PH di Perak ketika ini adalah peluang keemasan untuk menjayakan projek SPRWTS, yang tertangguh sejak 11 tahun lalu.

Saarani pada Mac lalu menegaskan, keputusan tidak membekalkan air ke Pulau Pinang itu turut mengambil kira beberapa kajian berhubung impak pengaliran keluar air dari Sungai Perak terhadap prestasi empangan jana kuasa elektrik serta kegunaan sektor perkilangan.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1033929/perak-kekal-tidak-salur-air-ke-pulau-pinang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2022 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Walauncai yg slalu ckp melayu yg kjasama dgn DAP akn jadi boneka dap mesti tersipu2 malu dgr berita nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2022 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Betullah tu kena utamakan negeri sendiri dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 11:34 PM | Show all posts
Hidup perak!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 11:39 PM | Show all posts

Cina ni wpun pendatang dia ada backup dari US Israel China

jika kita tak beri dia cari jalan buat hal

mcm singapore berani sbb ramai negara geng dia

melayu siapa nak backup - ? UMNO hancur, PN PH hancur

raja2 .. geng depa


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-2-2023 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.081767 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list