CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 442|Reply: 7

[Jenayah] Tangkapan mat rempit di Kelantan meningkat

  [Copy link]
Post time 30-11-2022 08:38 PM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU: Polis Kelantan mendedahkan kes mat rempit di negeri ini meningkat 49 peratus bagi tempoh Januari hingga Oktober berbanding tahun lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, daripada jumlah tersebut remaja berusia 17 tahun ke bawah menyumbang jumlah yang paling ramai terlibat dengan aktiviti tidak bermoral tersebut.

"Setakat ini, seramai 61 remaja berusia 17 tahun ke bawah yang ditahan bersabit kes tersebut berbanding hanya 18 orang sahaja tahun lalu.

"Manakala 57 tangkapan melibatkan mat rempit berusia 18 hingga 39 tahun dan hanya empat tangkapan (40 tahun ke atas)," katanya semasa sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Rabu.

Pada majlis itu, seramai 50 orang melibatkan pegawai, anggota dan kakitangan awam menerima sijil penghargaan.

Menurut beliau, jumlah tersebut mencatatkan 114 peratus tangkapan berbanding tahun lalu hanya 65 peratus.

Katanya, kesemua yang ditahan itu menerusi pelbagai operasi yang dilakukan di seluruh negeri mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Muhamad Zaki berkata, kes tersebut agak membimbangkan kerana ia menunjukkan peningkatan.

"Antara langkah yang diambil bagi membanteras perkara tersebut ialah dengan memberi khidmat nasihat kepada golongan remaja melalui program khas di sekolah-sekolah.

“Ketua Polis Daerah, Pengarah dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) turut disarankan agar memantau perkara ini," katanya.

Beliau menasihati ibu bapa supaya memberi contoh yang terbaik kepada anak-anak mengenai keselamatan ketika menunggang motosikal seperti memakai topi keledar dan lesen memandu.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki berkata, bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini sebanyak 126,529 saman dikeluarkan melibatkan kesalahan seperti topi keledar (6,145 saman), nombor pendaftaran (2,263), lampu isyarat (2,014), ekzos (1,493) dan alat komunikasi (623).

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mat-rempit-di-kelantan-meningkat-49-peratus-394357

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2022 08:51 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Huk aloh klate gedebe cawwat kote buah mempele serambi Moscow serambi bermukah gommo klate gommo! malu kokram, hok ni hok tu hok ni hok tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 09:01 PM | Show all posts
Serambi.. Jerman..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk tak menahan. Dah macam nelayan memasang pukat
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalah rempit ni masalah sejagat.
Bukan kat Kelantan jer.

-TMB
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang muda bosan takde aktiviti lain kot. Takkan nak suruh duduk atas tikar sejadah sepanjang masa.

Anyway biarlah mereka di situ. Jangan bagi diaorg berhijrah ke Shah Ale.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2022 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
ada la jugak peningkatan dr kerajaan lobai walaupon hanyalah jumlah mat rempit takdirrr!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-2-2023 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.106289 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list