CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1014|Reply: 12

[Dunia] 'Orang ramai tidak tahu', doktor sahkan wanita hilang penglihatan akibat krim kecantikan berkimia tinggi

  [Copy link]
Post time 30-11-2022 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 30-11-2022 02:48 PM

Seorang wanita di Minnesota kehilangan sebahagian daripada penglihatannya dan secara tidak sengaja mendedahkan seluruh isi rumahnya pada risiko keracunan merkuri, kemungkinan besar daripada menggunakan krim kecantikan yang mengandungi bahan kimia toksik yang tinggi, menurut laporan kes yang dikongsi secara eksklusif dengan CNN.

Laporan itu dikongsi oleh Dr. Erin Batdorff dengan Sistem Kawalan Racun Minnesota, memperincikan simptom meluas yang dialami oleh wanita itu juga seorang ibu, dan bagaimana lawatan ke rumah yang dijalankan oleh Agensi Kawalan Pencemaran Minnesota (MPCA) menemui paras merkuri yang tinggi di dalam badannya juga di bilik tidur kanak-kanak, peralatan tempat tidur, tuala rumah dan ruangan dobi.

"Orang ramai tidak tahu," Batdorff, seorang ahli toksikologi perubatan yang memeriksa wanita itu di rumahnya memberitahu CNN. "Tiada sesiapa yang sengaja mahu mencederakan diri sendiri atau ahli keluarga mereka. Tetapi ia ada di luar sana dan anda tidak dapat melihatnya anda juga tidak boleh menghidunya. Tidak ada cara [untuk pengguna] untuk mengetahui sama ada [merkuri] ada dalam krim atau tidak kerana ia tiada pada label."

Wanita itu yang namanya telah dirahsiakan dalam laporan untuk melindungi identitinya, telah dirujuk kepada pasukan Batdorff selepas dia melaporkan pelbagai gejala kepada beberapa doktor, dari insomnia dan sakit kaki kepada kelemahan otot, keletihan dan akhirnya kehilangan penglihatan periferinya. Ujian klinikal mendedahkan paras merkuri yang tinggi dalam darah dan air kencingnya.

Batdorff menjelaskan bahawa simptom paling biasa yang dilihatnya daripada potensi keracunan merkuri ialah kebas-kebas pada tangan atau kaki pesakit. Dia menyifatkan kehilangan penglihatan wanita itu sebagai "gejala yang lebih melampau dan kekal."

"Penglihatannya tidak akan pulih," tegasnya kepada CNN. "Seorang wanita muda yang kini kehilangan penglihatan adalah perkara yang sangat menakutkan dan membimbangkan."

Ahli toksikologi menambah bahawa mungkin terdapat lebih ramai orang di luar sana yang terdedah kepada tahap toksik merkuri dan tidak menunjukkan gejala atau sekurang-kurangnya belum lagi.

https://edition.cnn.com/2022/11/29/health/skin-whitening-beauty-creams-mercury-vision-loss-mother-families-as-equals-intl-cmd/index.html

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2022 11:05 AM | Show all posts
aiik sana pun ada ponder timbang kilo keluaran anak didik ailio bashiii kewww?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 30-11-2022 11:15 AM

Patutlah ramai kanak2 lagi dah kanser asma cacat penyakit pelik2 akibat bapak merokok dlm rumah, mak makan lipstick plumbum sambil tu rumah ada penapis air tapis air bersih kunun dan petias penuh sosej nugget bahan pengawet dan meggi segera berbungkus2
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 11:20 AM | Show all posts
Edited by blue_blur at 30-11-2022 11:24 AM
ninja boy replied at 30-11-2022 11:13 AM
Patutlah ramai kanak2 lagi dah kanser asma cacat penyakit pelik2 akibat bapak merokok dlm rumah, mak ...

lepas tu skrip standardnya?

kami pasrah takdir
kami pasrah ujian
crowdfund bla bla

fakyu. (them maksud den)
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 01:56 PM | Show all posts
lah... bukan susu ke punca mata hilang penglihatan menurut perubatan selam setajah
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 02:03 PM | Show all posts
kalau gitu baik guna mentimun je
oles oles kat muka setiap malam
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam madhatter.


Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 02:03 PM | Show all posts
_blackbird replied at 30-11-2022 01:56 PM
lah... bukan susu ke punca mata hilang penglihatan menurut perubatan selam setajah

takkanlah...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2022 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 30-11-2022 11:13 AM
Patutlah ramai kanak2 lagi dah kanser asma cacat penyakit pelik2 akibat bapak merokok dlm rumah, mak ...

Hari2 makan burger, fries.

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 03:05 PM | Show all posts
memang la orang tak tahu dah kalau ko keluar berita asik censor jah nama produk tu dah kenapa babi?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 03:07 PM | Show all posts
sama jugak lah dengan kes kilang kotor kedai makan kotor kena serbu tapi ko tak bagitau pon nama babi2 tu dah tu cemana orang nak tahu hah babi?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 06:59 PM | Show all posts
bangsa etis
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2022 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tau tp guna jgk...sendiri tanggung la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-2-2023 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.208157 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list