CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 306|Reply: 2

[Dunia] Singapura 'halalkan' seks sejenis

[Copy link]
Post time 29-11-2022 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


SINGAPURA - Singapura meluluskan undang-undang yang memansuhkan larangan hubungan seks sejenis dan melindungi takrifan perkahwinan daripada cabaran undang-undang.

Kelulusan ke atas dua pindaan undang-undang era kolonial, Seksyen 377A Kanun Keseksaan itu dibuat Parlimen pada Selasa selepas meraih 93 undi sokongan manakala tiga menolak.

Sebelum ini, anggota parti pembangkang, Parti Pekerja (WP), Dennis Tan (Hougang) dan Gerald Giam (Aljunied) serta anggota Parlimen dilantik (NMP) Hoon Hian Teck ketika sesi bahas undang-undang tersebut yang berlangsung selama dua hari telah menyatakan pendirian tegas mereka tidak akan menyokong pindaan tersebut.

Sementara itu, pindaan untuk melindungi takrifan perkahwinan daripada tuntutan undang-undang diluluskan dengan majoriti 85 undi menyokong manakala dua menolak.

Dua ahli Parlimen, Sylvia Lim (WP-Aljunied) dan He Ting Ru (WP-Sengkang) bagaimanapun mengambil pendirian berkecuali.

Menteri Undang-undang, K Shanmugam pada akhir sesi debat itu berkata, tindakan memansuhkan undang-undang adalah satu keputusan yang tepat kerana tidak ada kebimbangan awam yang mewajarkan hubungan seks secara antara lelaki secara sukarela sebagai perbuatan jenayah.

Di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan itu, pasangan gay yang didakwa melakukan hubungan seks boleh dihukum penjara dua tahun walaupun undang-undang itu tidak dikuatkuasakan secara aktif.

Sementara itu, Menteri Sosial dan Pembangunan Keluarga, Masagos Zulkifli memaklumkan tiada rancangan untuk menukar takrifan tersebut bagi memasukkan perkahwinan sejenis.

"Pemimpin agama atau pihak yang melangsungkan upacara perkahwinan tidak boleh mengubah definisi tersebut untuk perkahwinan sama jantina. Hal tersebut bertentangan dengan undang-undang," ujarnya.

Homoseksual dilarang di 69 negara termasuk 11 negara yang turut mengenakan hukuman mati di bawah undang-undang mereka. - AFP


https://www.sinarharian.com.my/article/233922/global/singapura-halalkan-seks-sejenis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2022 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Yahoo!

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2022 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini yg PH  idam-idamkan di Malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-2-2023 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.092460 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list