CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 264|Reply: 1

[Tempatan] Bursa Malaysia dibuka rendah

[Copy link]
Post time 29-11-2022 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan pagi Selasa, mengambil petunjuk daripada prestasi suram di Wall Street semalaman, selepas beberapa pegawai penting Rizab Persekutuan mengulangi keperluan untuk kenaikan kadar yang lebih agresif bagi memerangi inflasi.

Pada 9.06 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.62 mata kepada 1,480.92 daripada 1,486.54 pada Jumaat lepas.

Pasaran dibuka 2.77 mata lebih rendah pada 1,483.77.

Bursa Malaysia Bhd dan anak-anak syarikatnya ditutup semalam (Isnin) sempena cuti khas yang diumumkan oleh Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis minggu lepas.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan sebanyak 152 kaunter untung dan 191 rugi manakala 249 kaunter tidak berubah, 1,666 tidak diniagakan dan 67 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 272.64 juta unit bernilai RM89.85 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan hari ini berkata pasaran saham global memulakan minggu ini sebahagian besarnya dalam keadaan yang agak lesu kerana tindakan protes terhadap sekatan ketat COVID-19 China mencetuskan kebimbangan terhadap pemulihan kewangan global.

"Tempiasnya (trend lemah global) mungkin turut dirasai oleh bursa tempatan kerana momentum belian dijangka bergerak perlahan dan pada masa yang sama tumpuan menjurus kepada musim pelaporan pendapatan yang berterusan.

"Sementara itu, pelabur akan memantau secara rapat pembentukan kabinet dalam masa terdekat serta pembentangan semula Bajet 2023," kata firma penyelidikan itu.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun satu sen menjadi RM8.66, Public Bank susut empat sen kepada RM4.48, Petronas Chemicals lemah 20 sen kepada RM8.88, IHH Healthcare kerugian tiga sen untuk mencatatkan RM5.97, manakala CIMB naik enam sen kepada RM5 .86 dan Tenaga menokok tujuh sen menjadi RM8.85.

Antara saham aktif, MMAG dan TA Win masing-masing tidak berubah pada tiga sen dan tujuh sen, Advance Synergy susut satu sen menjadi 19.5 sen, manakala MQ Technology naik satu sen kepada lima sen dan Eden Inc menambah setengah sen kepada 14.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 34.40 mata kepada 10,542.39, Indeks FBMT 100 turun 36.21 mata menjadi 10,263.48, FBM ACE berkurangan 15.75 mata kepada 5,175.89, FBM 70 merosot 33.32 mata menjadi 12,605.03 dan Indeks FBM Emas Syariah lebih rendah 33.97 mata kepada 10,653.65.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 29.79 mata kepada 16,669.37 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.47 mata menjadi 183.89, manakala Indeks Perladangan lemah 7.01 mata kepada 6,810.14, dan Indeks Tenaga menyusut 9.52 mata kepada 749.57.
-- BERNAMA


https://www.astroawani.com/berita-bisnes/bursa-malaysia-dibuka-rendah-dipengaruhi-pergerakan-wall-street-394152

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2022 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
eh..aritu naik..napa arini 'jatuh' pulok...apa yg bertukarnya??? Sama jer aku nengok..ke sb pagi panas..petang ujan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-2-2023 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.092134 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list