CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1684|Reply: 23

[Tempatan] Kenaikan OPR dijangka berakhir Januari 2023

  [Copy link]
Post time 28-11-2022 09:08 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kadar inflasi yang dilihat semakin terkawal khususnya Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia memberi petunjuk bahawa Kadar Dasar Semalaman (OPR) berkemungkinan tidak lagi akan dinaikkan atau hanya berlaku kenaikan yang tidak berturut-turut tahun depan.

Penganalisis ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, berkata kenaikan OPR adalah disebabkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) mahu menyeimbangkan pasaran modal dengan arus pasaran kewangan dunia yang dipengaruhi oleh kenaikan kadar faedah oleh bank pusat AS daripada sifar peratus pada Mac lalu hinggalah pada kadar 4.5 peratus ketika ini.

Katanya, langkah itu diambil berikutan AS dijangka menghadapi kenaikan inflasi yang tinggi melebihi sembilan peratus setiap bulan.

"Justeru, BNM menaikkan OPR berjumlah 100 mata asas atau satu peratus sejak bulan Mei hinggalah November.

"Kini, inflasi mula terkawal sama ada di AS atau Malaysia. Jangkaan kegawatan ekonomi dunia tahun depan juga memberikan petanda kemungkinan OPR kita tidak lagi dinaikkan, walaupun ada ura-ura untuk kenaikan 0.25 peratus pada bulan Januari dan Mac tahun 2023," katanya kepada BH.

Kadar inflasi Malaysia pada Oktober 2022 turun kepada empat peratus berbanding 4.5 peratus yang direkodkan pada September 2022.

Berita terkait...

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menamatkan aliran kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) yang menjadi penanda aras kadar faedah pinjaman dan tabungan seawal Januari ini, kata penganalisis.

Kenanga Research berkata, aliran kenaikan OPR dijangka berakhir pada Januari 2023 ekoran jangkaan kelembapan ekonomi global, namun terdapat kemungkinan satu lagi kenaikan sebanyak 0.25 peratus dilaksanakan.

"Walaupun pertumbuhan KDNK lebih tinggi daripada jangkaan pada suku ketiga 2022, BNM mungkin mula melihat kembali untuk mengetatkan OPR seawal mesyuarat dasar monetari seterusnya pada 18 hingga 19 Januari ini dalam usaha untuk mengelakkan kesan kemelesetan ekonomi global terhadap Malaysia pada 2023.

"Pada ketika ini, 'prognosis' untuk ekonomi global kekal suram, terutamanya disebabkan oleh peralihan dasar China yang tidak menentu dan tekanan kemelesetan yang meningkat di Eropah, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS)," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Kenanga Research berkata, walaubagaimanapun jika inflasi teras domestik terus berlegar di atas paras empat peratus dalam beberapa bulan akan datang, BNM mungkin akan terus meningkatkan OPR untuk kali kelima berturut-turut pada Januari 2023.

Langkah ini katanya bagi membendung sebarang inflasi tarikan permintaan yang bermula, membawa OPR kepada tiga peratus.

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/11/1025525/bnm-dijangka-akhiri-kenaikan-opr-seawal-januari

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2022 05:54 PM | Show all posts
tengok trend kat Malaysia ni

mmg naik la lagi OPR

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkahkah

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 11:13 PM | Show all posts
opr naik lagi.... sape yg ada fixed deposit tu okay la enjoy interest tinggi nanti. haha boleh cover balik interest loan
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Opr kan boleh naik n turun..bukannya xpernah turun pun opr tu mcm mknan2 kat malaysia ni..yg naik naik naik xturun2...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2022 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini mesti sebab Anwar Ebroheem & DAPigs menang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 10:05 AM | Show all posts
yatty123 replied at 4-12-2022 11:13 PM
opr naik lagi.... sape yg ada fixed deposit tu okay la enjoy interest tinggi nanti. haha boleh cover ...

masalahnya ada FD pun interest bukan tinggi mana pon dalam 3% jek.
kalau simpan min 6-7k, baru bape ringgit sangat hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 03:44 PM | Show all posts
Pada aku okay jugak tu ada return walaupun tak tinggi. Lagipun kalau kita simpan dekat akaun saving biasa je kita pun tak dapat apa-apa return huhu. Bagus kalau simpan sikit dekat FD, then dekat ASB, & dkt TH. Cuma return nya memang tak sebanyak high risk investment.. Kalau jenis yg tak nak high risk tu sesuai la..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 03:51 PM | Show all posts
tak sabar nak tunggu dividen tahun ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2022 04:02 PM | Show all posts
Ade juga yg lebih 3%,,
kena tengok bank mana yang offer tinggi sikit
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 04:44 PM | Show all posts
mizruncing replied at 5-12-2022 03:51 PM
tak sabar nak tunggu dividen tahun ni

hahahaha tu lah tah berapa lah dapat ek
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tazzabar nak tunggu dividen ASB
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
DAP kawal opr sebagaimana mereka kawal telo kerajaan Perikatan Nasional
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2022 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tau dividen asb..????
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 11:30 AM | Show all posts
bacardipro replied at 5-12-2022 03:44 PM
Pada aku okay jugak tu ada return walaupun tak tinggi. Lagipun kalau kita simpan dekat akaun saving  ...

ye lah wey ak simpan kat personal accounts, tak jadi ape pon berapa sen je ak dapat.
OPR naik, duit kat akaun makin susut, dompet makin menipis dan awek mula lari hahahahaha!
ko buat FD gak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 5-12-2022 04:53 PM
Tazzabar nak tunggu dividen ASB

Kalau div asb naik dlm 6 /7 peratus..gumbira la rakyat semua...
Rakyat happy, negara makmur gitu
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 6-12-2022 12:54 PM
Kalau div asb naik dlm 6 /7 peratus..gumbira la rakyat semua...
Rakyat happy, negara makmur gitu

#rinduzamananwarmenterikewangan1990an dividen ASB 10%
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2022 01:18 PM | Show all posts
i pon tak sabar nak tunggu asb dividen dpt berapa di bawah pentadbiran anwar ni.. dah berapa tahun asik 5% je
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 02:52 PM | Show all posts
Shamsulahmad replied at 6-12-2022 11:30 AM
ye lah wey ak simpan kat personal accounts, tak jadi ape pon berapa sen je ak dapat.
OPR naik, dui ...

Hahaha zaman sekarang ni dompet nipis takpe, zaman cashless semua pki kad je yang penting dalam akaun duit botingket-tingkek Aku buat jugak FD. Minggu lepas ada park dekat MBB, diorg tengah buat promo eFD, esok last. Aku buat yang 6 bulan, interest 3.85% p.a. minimum placement 5k. 2 bulan 4 bulan pun ada jugak. 2 bulan 3.50%, 4 bulan 3.75%.

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg fd promotion bnyk bank reach 4.00%
Rhb offer setaun min 10k dapat dah
Ok la tu kannnn
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2022 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesilapan orang membuat asb financing:

1- Pilih bayaran bulanan tak ikut kemampuan
2- Guna semua dividen kemudian terminate menyebabkan rugi
3- Tak letak matlamat jelas tujuan buat asb financing
4- Tak buat kira2 terlebih dahulu komitmen lain
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-2-2023 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.110418 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list