CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3170|Reply: 87

[Tempatan] Telur banyak tapi harga melambung cecah RM18 sepapan

  [Copy link]
Post time 28-11-2022 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


KUALA NERUS – Bekalan telur ayam di sekitar daerah ini dan Kuala Terengganu kembali stabil, namun harganya kini meningkat sehingga mencecah RM18 sepapan bagi telur gred A.

Tinjauan Kos­mo! di beberapa kedai runcit di sekitar daerah ini mendapati, harga telur yang dijual itu melebihi paras normal berbanding kebiasaan bagi telur ayam gred A, B dan C.

Seorang peniaga yang dikenali sebagai Yusof, 44, berkata, dia mendapat bekalan antara 500 sehingga 600 papan telur ayam daripada pembekal pada Khamis lalu, namun dikenakan caj tambahan.

Katanya, pembekal tidak memaklumkan sebab utama bekalan telur ayam kembali pulih secara tiba-tiba, namun difahamkan ia tiada kena-mengena dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Tidak dinafikan sebelum ini bekalan memang terputus dan saya hanya menerima penghantaran telur ayam sekali atau dua kali dalam seminggu daripada pembekal.

“Namun, sejak minggu lalu, bekalan sudah normal seperti biasa walaupun bilangan masih sedikit, pembekal menghantar lebih kerap iaitu tiga kali se­minggu,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Katanya, peniaga dikenakan caj tambahan iaitu caj penghantaran 2 sen untuk setiap biji telur sehingga memaksa harga jualan dinaikkan untuk semua gred.

Seorang lagi peniaga kedai runcit yang mahu dikenali sebagai Azman, 52, berkata, bekalan telur ayam dijangka terus pulih dalam masa terdekat sambil turut tidak menolak berlaku kenaikan harga.

Jelasnya, telur ayam gred A kini dijual pada harga RM18 sepapan, B (RM17) dan C (RM16) iaitu lebih mahal berbanding harga biasa antara RM13 sehingga RM15.50 bagi ketiga-tiga gred telur itu.

“Agak menghairankan juga selepas PRU15 bekalan telur pulih secara tiba-tiba tetapi saya diberitahu ia secara kebetulan.

“Memang harganya semakin mahal, ramai pengguna mengeluh dan mereka hanya membeli telur ayam gred C kerana lebih murah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, pemeriksaan pihaknya mendapati kesemua 13 pemborong telur ayam utama negeri ini mula menerima bekalan dalam kapasiti 100 peratus daripada pengeluar sejak kelmarin.

“Bekalan telur ayam itu mula diagihkan ke semua pasar raya dan kedai runcit di seluruh ne­geri ini secara berperingkat.

“Boleh dikatakan masalah kekurangan telur ayam di Terengganu kini sudah berjaya diatasi hampir 60 peratus,” katanya ketika dihubungi semalam.

Saharuddin bagaimanapun menasihatkan pengguna agar tidak melakukan pembelian pa­nik yang dikhuatiri boleh mengganggu rantaian bekalan.

Beliau berkata, berdasarkan rekod bekalan yang diterima pemborong berkenaan, masalah kekurangan telur ayam dijamin selesai sepenuhnya dalam beberapa hari lagi.


https://www.kosmo.com.my/2022/11/28/telur-banyak-tapi-harga-melambung-cecah-rm18-sepapan/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2022 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Macamana ni bangnon...cer explain...hari tu cakap harga semua akan turun
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa punya hukum ekonomi ni.

Supply bertambah = harga Naik?

Bah beeee
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kemain rege..tkyah beli biar busok situ. Sapa tu penyokong ph dap bagi depa beli semua kan penjilat tegar..haha jilat telo temelang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
semlm beli kat melaka, rm12 sepapan, gred B, telurnya pun byk jugk, dekat Kajang ni x tgok lagi
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa guna naikkan Bang Non kalau harga barang tak boleh turun???  Kartel2 DAP khianat perjanjian sabotaj ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
cepat la lantik menteri2, ni sume bangnon yg kene jawab. aku cadang gobind jd menteri kpdnhep pulak
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 09:23 AM | Show all posts
malunya. tokey2 ni yg lebih berkuasa dari keraaan. hopefully with the new government penguatkuasaan undang2 lebih tegas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2022 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Blh x kluarkan senarai pembekal/pemborong telur tu...mesti diorg yg simpan stok kan...nak tau le sape punya company tu...busuk2 dpt kecam kat fb die pun jadi la
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Termenung aku memikirkan nasib org susah yg hari2 bg ank mkn telur hari2 sebelum krisis telur nih..dh naik rm18 sepapan bertambah parah la..org ssh nk mkn apa??org yg keje kampung tu..,nsb ibu2 tunggal yg ada ank nk disuap mkn hari2..tetiba insoff!
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rospinki at 28-11-2022 10:08 AM
rosmahisham replied at 28-11-2022 10:03 AM
Termenung aku memikirkan nasib org susah yg hari2 bg ank mkn telur hari2 sebelum krisis telur nih..d ...


Bukam telo je naik hampir semua brg naik 80sen ke 1.20 per item skrg. Bayangkan beli gitu2 1 pastik tk hmpir separuh je isi 58 ingget. Ada apa jah sosej 5 ketui 5.99, eskrim anak aku 4 ketui susu dulu 2.8 tu dh 3.9
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 10:13 AM | Show all posts
DAP la ni...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 10:15 AM | Show all posts
Atok fossil tersenyum sinis...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
sejak habis pkp ini semua harga naik sangat2, rumah pun harga naik tapi tiada pembeli, org dh bgi diskaun
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 11:01 AM | Show all posts
patut kne buat lockdown pusat pembuahasil
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 11:10 AM | Show all posts
Ini lah peluang depa nak dapa untung berganda.
Lepas pru kerajaan masih belum ada lantikan menteri2.
Depa ambil la peluang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2022 04:56 PM | Show all posts
kasibiman replied at 28-11-2022 08:41 AM
Apa punya hukum ekonomi ni.

Supply bertambah = harga Naik?

Ha ha ha...

ummah kuat melahap telur sampai kena rewrite hukum ekonomi


Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Korg lukis jela gambar telur..pastu makanla..goreng blh, rebus pun blh... kehkehkeh xpun korg bertelur sendiri..jd ayam...den rs, klu ayam tu blh berckp..mesti ayam tu ckp...kok kok kok kok kok kokkkk ( ko sedap2 je nak mkn telur, yg susah payah nk bertelur tu aku...tau tak..kokkkk)
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Goodluckdontcry replied at 28-11-2022 05:19 PM
Korg lukis jela gambar telur..pastu makanla..goreng blh, rebus pun blh... kehkehkeh xpun korg bertel ...

Chuols ni tak baik taw. Iols pun skrg mampu beli telur je pun. Yang lain2 cam ayam daging ikan mahal cam apa lagi..habis takdak pun dapat makan ikan bilis goreng dengan kicap pun bersyukur sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 05:50 PM | Show all posts
4,5 bulan lepas karipap 70 sen satu, tadi beli dah naik jadi 80 sen. hmmmm.... turun harga la sangat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-2-2023 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.113392 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list