View: 3762|Reply: 37
|
"Minah ni nak perhatian..Ramai lagi heroin lebih bagus" – Fezrul Khan
[Copy link]
|
|
PELAKON Fezrul Khan menyifatkan Reen Rahim sebagai wanita yang mahukan perhatian
PETALING JAYA – “Minah ini nak perhatian. Nak tunjuk yang dia bagus?”
Itu kata pelakon Fezrul Khan berhubung dakwaan sengaja mencekik leher aktres Reen Rahim dengan kuat ketika mereka sama-sama menjayakan penggambaran sebuah babak dalam filem Batu Syaitan.
Biarpun sudah dimaafkan atas perbuatan yang dilakukan, Fezrul seolah-olah masih tidak berpuas hati apabila ditengking dengan kuat pelakon wanita itu sebaik sahaja selesai rakaman babak berkenaan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik Fezrul dalam InstaStorynya, pelakon berusia 40 tahun itu mengakui, jika benar dia melakukan kesalahan, perkara tersebut boleh diselesaikan dengan cara baik ketika di set penggambaran.
“Kalau sakit kita boleh ‘cut’. Saya banyak kali ‘kemalangan’ ketika berlakon. Boleh cakap elok-elok. Bukannya menjerit.
“Nak tunjuk yang dia bagus? Dia ingat saya tak ada latihan untuk selamatkan orang? Kru pengsan di set penggambaran pun saya pernah selamatkan,” kata Fezrul.
Disebabkan terlalu geram, Fezrul telah meminta agar Reen menari sahaja dalam TikTok berbanding menjadi pelakon jika tidak boleh menerima kesakitan.
“Suruh dia menari dalam TikTok, tak payah perlakon. Kalau sakit sikit menjerit. Banyak lagi heroin lagi bagus daripada dia dan tahu nak hormat orang lain.
“Ramai nasihatkan saya tak payah layan ‘minah’ ini. Respek itu penting dalam apa jua kerja berpasukan dalam produksi,” tulisnya.
Terdahulu, Reen meluahkan kekesalan kerana berasakan babak dicekik Fezrul ketika semasa penggambaran filem Batu Syaitan agak keterlaluan dan menyakitkan fizikalnya.
Disebabkan lakonan sedemikian, Reen secara tidak sengaja telah meninggikan suara sebaik sahaja babak dicekik itu selesai, sekali gus menyebabkan berlakunya perselisihan faham antara mereka.
Enggan memperbesarkan isu, Reen ketika ditemui Kosmo! Online baru-baru ini memberitahu dia sudah pun memaafkan Fezrul dan menganggap perkara tersebut sudah selesai.
Bagaimanapun Reen berasa sedikit ralat apabila Fezrul tidak mengakui kesilapan, sebaliknya menganggap kejadian cekik leher tersebut sebagai satu daripada proses rakaman. – KOSMO! ONLINE |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kawen kan jer la depa berdua ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok melodi tadi marah betul fezrul ni kat reen..kata dah maafkan tapi gaya cakap macam tak puas hati lagi je..siap cakap nasib baik minah tu perempuan kalau laki...lepas tu heols cakap lepas ni kalau ada offer berlakon ngan reen dia akan tolak |
|
|
|
|
|
|
|
tu arr
nak komen yang sama
tengok2 esok dua ekor ni kahwin
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
nk sponsor la tu

|
|
|
|
|
|
|
|
Goodluckdontcry replied at 28-11-2022 12:06 AM
Lantak ko la labu .ada aku kisah. Den pun xbernafsu nk tgk cerita2 keluaran tempatan..maafkan den..b ...
Sama arrr...aku sampai skrg tak tahu menahu cerita melayu sambung2 dlm astro nih hahahahha koser nk layan...byk lagi cerita best |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak Minat dgn mamat ni sejak tengok filem2 lama dia dgn MIG.. Filem dia berlakon mesti yang scene2 kasar2, tak hormat dengan perempuan.. Tak suka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Klau berlakon gaduh2 harap lelaki2 lain pukul je lelaki ni sampai mampos |
|
|
|
|
|
|
|
Jijik la cara fezrul ni.mcm dia yg trpaling bagus brlakon
Ko dulu2 popular la jgk.skrg dh sendu.org lagi kena reen dr ko la pakcik
Ajet bagus je |
|
|
|
|
|
|
|
Iols teringat cite jelatang je bila tgk.mamat neh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Fly_over at 28-11-2022 06:49 AM
Perawankota replied at 28-11-2022 04:07 AM
Aku tak Minat dgn mamat ni sejak tengok filem2 lama dia dgn MIG.. Filem dia berlakon mesti yang scen ...
iols pn xpernah minat dia ni. tkemut2 kontrol macho, tak natural bila blakon padan la xpernah dpt anugerah tp acah2 plakon hebat je.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada tak dia mintak maaf kat reen lepas lakonkan adegan cekik tu?
Kisah lain pulak...
Jgn jd mcm sorg retis ppuan tu...retis ppuan ni dpt blakon dgn ex bf kpd bff dia...masa blakon adegan lempang ka atau tumbuk (aku x pasti...tp krew² bgtau) retis ppuan tu belasah betul² dan tak minta maaf langsung....dan dia merasa puashati dan bangga dapat balas dendam bg pihak bff dia sbb dpt ganyang retis lelaki tu..padahal perangai bff dia yg teruk kurang ajar mmg patut kena tinggal hahaha...
|
|
|
|
|
|
|
|
reen rahim tu berlakon lg best dr mamat ni |
|
|
|
|
|
|
|
Fly_over replied at 28-11-2022 06:45 AM
iols pn xpernah minat dia ni. tkemut2 kontrol macho, tak natural bila blakon padan la xpernah dpt ...
Kan.. Terlalu berlakon. Xminat gak |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu aku rasa meluat bila org puji cite k drama. Sekali bl aku knl cite k drama, mmg xlalu trs tgk drama mlyu. Cite mlyu ni plotelerwt mcm skdar nk cukupkn airtime. K drama plotnya sarat dgn plot twistnya.. Idea pon unik2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nama pun berlakon kan...X perlu nak buat betul2 ..yg penting kena pandai berlakon..
Aku rasa mesti pelakon laki ni jenis cepat terkagum bila tgk filem Hollywood tuh..padahal kat sana byk pakai camera trick, CGI bagai...
Terbayang kalau mamat ni dpt offer berlakon dlm divergence...mesti dia belasah org sungguh2.. hahahaa |
|
|
|
|
|
|
|
Fezrul mmg poyo. Species tak boleh kena tegur. Merasa terpaling hebat, terpaling pandai berlakon. Sebab tu heols sendu. |
|
|
|
|
|
|
|
Btullah aku pun dh x tgk cter mlyu, zmn dahulu bolehla sbb xde platform mcm netflix smua tu… |
|
|
|
|
|
|
|
Ego fezrul ni..ai team reen..ai rs mmg die btol2 struggle time kene cekik tu .camne nka jerit dna tolak kalau dh mcm nak lemas...dgn kecik moleknye..mmaat tu kemain besor tgn...dh cut bile lepas mmg kene jerit la asal nak cekik btol2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|