CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3558|Reply: 37

"Minah ni nak perhatian..Ramai lagi heroin lebih bagus" – Fezrul Khan

  [Copy link]
Post time 27-11-2022 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

PELAKON Fezrul Khan menyifatkan Reen Rahim sebagai wanita yang mahukan perhatian


PETALING JAYA – “Minah ini nak perhatian. Nak tunjuk yang dia bagus?”

Itu kata pelakon Fezrul Khan berhubung dakwaan sengaja mencekik leher aktres Reen Rahim dengan kuat ketika mereka sama-sama menjayakan penggambaran sebuah babak dalam filem Batu Syaitan.

Biarpun sudah dimaafkan atas perbuatan yang dilakukan, Fezrul seolah-olah masih tidak berpuas hati apabila ditengking dengan kuat pelakon wanita itu sebaik sahaja selesai rakaman babak berkenaan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Fezrul dalam InstaStorynya, pelakon berusia 40 tahun itu mengakui, jika benar dia melakukan kesalahan, perkara tersebut boleh diselesaikan dengan cara baik ketika di set penggambaran.

“Kalau sakit kita boleh ‘cut’. Saya banyak kali ‘kemalangan’ ketika berlakon. Boleh cakap elok-elok. Bukannya menjerit.

“Nak tunjuk yang dia bagus? Dia ingat saya tak ada latihan untuk selamatkan orang? Kru pengsan di set penggambaran pun saya pernah selamatkan,” kata Fezrul.

Disebabkan terlalu geram, Fezrul telah meminta agar Reen menari sahaja dalam TikTok berbanding menjadi pelakon jika tidak boleh menerima kesakitan.

“Suruh dia menari dalam TikTok, tak payah perlakon. Kalau sakit sikit menjerit. Banyak lagi heroin lagi bagus daripada dia dan tahu nak hormat orang lain.

“Ramai nasihatkan saya tak payah layan ‘minah’ ini. Respek itu penting dalam apa jua kerja berpasukan dalam produksi,” tulisnya.

Terdahulu, Reen meluahkan kekesalan kerana berasakan babak dicekik Fezrul ketika semasa penggambaran filem Batu Syaitan agak keterlaluan dan menyakitkan fizikalnya.

Disebabkan lakonan sedemikian, Reen secara tidak sengaja telah meninggikan suara sebaik sahaja babak dicekik itu selesai, sekali gus menyebabkan berlakunya perselisihan faham antara mereka.

Enggan memperbesarkan isu, Reen ketika ditemui Kosmo! Online baru-baru ini memberitahu dia sudah pun memaafkan Fezrul dan menganggap perkara tersebut sudah selesai.

Bagaimanapun Reen berasa sedikit ralat apabila Fezrul tidak mengakui kesilapan, sebaliknya menganggap kejadian cekik leher tersebut sebagai satu daripada proses rakaman. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2022 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Lantak ko la labu .ada aku kisah. Den pun xbernafsu nk tgk cerita2 keluaran tempatan..maafkan den..bkn sbb holier than thou ( walaupun terasa juga diri mcm tu ). Tp tahla..den mmg xbernafsu nk tgk..tak kirala yg hype..yg pecah pangung pecah gelas ke..mmg xde nafsu dik..tmsklah drama2 yg org hype hypo apoo...so lantak ko lah labu
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawen kan jer la depa berdua ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengok melodi tadi marah betul fezrul ni kat reen..kata dah maafkan tapi gaya cakap macam tak puas hati lagi je..siap cakap nasib baik minah tu perempuan kalau laki...lepas tu heols cakap lepas ni kalau ada offer berlakon ngan reen dia akan tolak
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 12:58 AM | Show all posts
aqua_marine replied at 28-11-2022 12:09 AM
Kawen kan jer la depa berdua ni.

tu arr

nak komen yang sama

tengok2 esok dua ekor ni kahwin

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

nk sponsor la tu


Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 03:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Goodluckdontcry replied at 28-11-2022 12:06 AM
Lantak ko la labu .ada aku kisah. Den pun xbernafsu nk tgk cerita2 keluaran tempatan..maafkan den..b ...

Sama arrr...aku sampai skrg tak tahu menahu cerita melayu sambung2 dlm astro nih hahahahha koser nk layan...byk lagi cerita best
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 04:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak Minat dgn mamat ni sejak tengok filem2 lama dia dgn MIG.. Filem dia berlakon mesti yang scene2 kasar2, tak hormat dengan perempuan.. Tak suka..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 04:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Klau berlakon gaduh2 harap lelaki2 lain pukul je lelaki ni sampai mampos
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2022 05:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Jijik la cara fezrul ni.mcm dia yg trpaling bagus brlakon
Ko dulu2 popular la jgk.skrg dh sendu.org lagi kena reen dr ko la pakcik
Ajet bagus je
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 05:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga berjodohan
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 06:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols teringat cite jelatang je bila tgk.mamat neh
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Fly_over at 28-11-2022 06:49 AM
Perawankota replied at 28-11-2022 04:07 AM
Aku tak Minat dgn mamat ni sejak tengok filem2 lama dia dgn MIG.. Filem dia berlakon mesti yang scen ...


iols pn xpernah minat dia ni. tkemut2 kontrol macho, tak natural bila blakon padan la xpernah dpt anugerah tp acah2 plakon hebat je..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
ada tak dia mintak maaf kat reen lepas lakonkan adegan cekik tu?

Kisah lain pulak...
Jgn jd mcm sorg retis ppuan tu...retis ppuan ni dpt blakon dgn ex bf kpd bff dia...masa blakon adegan lempang ka atau tumbuk (aku x pasti...tp krew² bgtau) retis ppuan tu belasah betul² dan tak minta maaf langsung....dan dia merasa puashati dan bangga dapat balas dendam bg pihak bff dia sbb dpt ganyang retis lelaki tu..padahal perangai bff dia yg teruk kurang ajar mmg patut kena tinggal hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
reen rahim tu berlakon lg best dr mamat ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Fly_over replied at 28-11-2022 06:45 AM
iols pn xpernah minat dia ni. tkemut2 kontrol macho, tak natural bila blakon padan la xpernah dpt  ...

Kan.. Terlalu berlakon. Xminat gak
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu aku rasa meluat bila org puji cite k drama.   Sekali bl aku knl cite k drama,  mmg xlalu trs tgk drama mlyu.  Cite mlyu ni plotelerwt mcm skdar nk cukupkn airtime.  K drama plotnya sarat dgn plot twistnya..  Idea pon unik2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2022 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Nama pun berlakon kan...X perlu nak buat betul2 ..yg penting kena pandai berlakon..
Aku rasa mesti pelakon laki ni jenis cepat terkagum bila tgk filem Hollywood tuh..padahal kat sana byk pakai camera trick, CGI bagai...
Terbayang kalau mamat ni dpt offer berlakon dlm divergence...mesti dia belasah org sungguh2.. hahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Fezrul mmg poyo. Species tak boleh kena tegur. Merasa terpaling hebat, terpaling pandai berlakon. Sebab tu heols sendu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Btullah aku pun dh x tgk cter mlyu, zmn dahulu bolehla sbb xde platform mcm netflix smua tu…
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2022 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ego fezrul ni..ai team reen..ai rs mmg die btol2 struggle time kene cekik tu .camne nka jerit dna tolak kalau dh mcm nak lemas...dgn kecik moleknye..mmaat tu kemain besor tgn...dh cut bile lepas mmg kene jerit la asal nak cekik btol2
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-2-2023 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.112312 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list