CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 2678|Reply: 67

[Politik] Warkah sebak Muhyiddin, ‘Saya insan biasa, punya rasa kecewa tapi redha’

  [Copy link]
Post time 27-11-2022 03:01 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Genap seminggu selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddn Yassin mencoret luahan hati di Facebook mengenai kekalahan gabungan itu, meskipun memberi saingan sengit.

Menerusi perkongsiannya yang dimuat naik di Facebook, beliau mengakui sebak mengenangkan sokongan rakyat di atas jalan perjuangan berkenaan.

“Saya juga insan biasa, yang punya rasa sedih dan kecewa. Insan kerdil yang juga punya air mata.

“Di saat memeluk isteri saya ini, saya bukan sahaja merasa tenangnya hati, lapangnya dada, redha takdir Illahi,” katanya.

Muhyiddin berkata, masih terngiang-ngiang laungan sokongan daripada penyokong gabungan itu ketika berkempen, selain membaca komen sokongan mereka di media sosial.

Bagaimanapun, beliau menginsafi bahawa perjuangan itu bukan miliknya, sebaliknya kepunyaan bersama rakyat Malaysia.

Katanya, perjuangan gabungan itu adalah murni yang didasari tekad menyelamatkan negara serta demi kedaulatan agama, bangsa dan negara.

Pada masa sama, Muhyiddin berkata, meskipun sukar, perjuangan gabungan itu tidak akan terhenti.

Malah, katanya, ‘obor’ perjuangan terbabit tetap akan terus menyala dan pastinya meraih kejayaan suatu hari nanti.

“Usah kita bersedih hati. Sudah tentu jalan ini jalan yang sukar. Jalan ini jalan yang panjang. Kita tidak akan berhenti dari terus berjalan dek kerana ujian yang melanda.

“Ingat lah bahawa obor perjuangan tetap terus menyala. Kuatkan semangat dan tabahkan hati. Jika kita sabar, dan berpegang teguh kepada amanah bangsa dan ikhlas dalam berjuang, insya-Allah akan sentiasa ada sinar di hujung jalan,” katanya.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia(BERSATU) yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu, turut meminta penyokong gabungan berkenaan bersama-sama bangkit meneruskan perjuangan melalui usaha gigih.

“Pujuklah hati, bahawa esok hari masih ada. Kita bina Malaysia yang lebih baik dengan setiap kudrat yang ada, dalam apa jua kapasiti kita sekalipun. Ingatlah, Malaysia itu milik kita semua bersama.

“Saya tahu. Saya bukan sendiri. Bersama dengan saya adanya saudara saudari yang kekal berdiri. Memapah saya agar terus berjalan dan berlari di landasan perjuangan ini.

“Moga saudara saudari, sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT dan semoga perjuangan kita semua diredhai Yang Maha Esa. Terima kasih semua rakyat Malaysia,” katanya.

https://www.getaran.my/artikel/politik/35880/warkah-sebak-muhyiddin-saya-insan-biasa-punya-rasa-kecewa-tapi-redha

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2022 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok Abah Yidin, noted
Yg penting, jalankan tanggungjawab, jadi pembangkag yg bagus. Ada jer point2 yg valid, complaint jerrrr, kasi gegar Parlimen
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Solokkk replied at 27-11-2022 03:05 PM
Ok Abah Yidin, noted
Yg penting, jalankan tanggungjawab, jadi pembangkag yg bagus. Ada jer poin ...

Aku tunggu jugak sebak dia bertukar terkinja kinja macam makyeh atau tidak bila usul undi percaya being tabled in dewan rakyat this 19th , kalau betul anuwar dgn persetujuan speaker dewan wants to proceed....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 03:13 PM | Show all posts
kau tu tamak sangat mudin

bagi la PAS jadi PM

kau sibuk nak berlagak jadi abang besar

mana boleh

ke kau sabotaj PAS mudin???

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Solokkk replied at 27-11-2022 03:05 PM
Ok Abah Yidin, noted
Yg penting, jalankan tanggungjawab, jadi pembangkag yg bagus. Ada jer poin ...

Dia  masa dlm blok kerajaan pun masuk dewan pun semedang ponteng.atas sikit je dari hadi.ini pulak sembang  nak suruh bergegar
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
stingergrumpy replied at 27-11-2022 03:10 PM
Aku tunggu jugak sebak dia bertukar terkinja kinja macam makyeh atau tidak bila usul undi percaya  ...

Kat Parlimen, bukan pasal undi tak percaya atau undi percaya jer. Suka hati la nak tunggu ke tak, kata anak jiran
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 27-11-2022 03:17 PM

Mohon kerajaan wat RCI Rm600 billion ringgit yg dibelanja masa darurat dulu
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 03:17 PM | Show all posts
Buat kekasih abahcow, rakyat malaysia sekelian...terimaler sekadar sedikit luahan dari abahcow.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2022 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
SonicSiLandak replied at 27-11-2022 03:13 PM
kau tu tamak sangat mudin

bagi la PAS jadi PM

Memang tamak, gelojoh cari MP untuk SD . Selayaknya jadi pembangkang skang
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Xyqh dtg Parlimen pun xpe , jenuh pegawai Parlimen nak handle bila Yidin cirit nanti
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 03:20 PM | Show all posts
Solokkk replied at 27-11-2022 03:15 PM
Kat Parlimen, bukan pasal undi tak percaya atau undi percaya jer. Suka hati la nak tunggu ke tak,  ...

Rakyat solok duku, melaka semua sihat?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 27-11-2022 03:14 PM
Dia  masa dlm blok kerajaan pun masuk dewan pun semedang ponteng.atas sikit je dari hadi.ini pulak ...


Apsal plak aku tak boleh sembang suruh dia gegar? . Terpulang kat dia la nak gegar ke tak. Kalau ada valid point, why not kasi gegar Parlimen
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Attendance ke parlimen penuh ke tak? Kalau tak , redho je lah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
stingergrumpy replied at 27-11-2022 03:20 PM
Rakyat solok duku, melaka semua sihat?

Sign nak start meroyan, kata anak jiran 3 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 03:28 PM | Show all posts
Solokkk replied at 27-11-2022 03:23 PM
Sign nak start meroyan, kata anak jiran 3 tahun

Anak jiran aku yg 3 tahun iteww ikut omaknya hadir walimatul urus diputrajaya....we are safe for now......kalo tidak cot cet cot cet je kerjanya kheunz?

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 03:31 PM | Show all posts
mayakaren replied at 27-11-2022 03:22 PM
Attendance ke parlimen penuh ke tak? Kalau tak , redho je lah...

19th december ini kalo terlantar atas katil prince court jalani therapy sekalipun  pastinya akan minta diusung kedewan parlimen....usul undi percaya maaaaaaaa...mana tahu boleh jadi piyem semula through the front door?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2022 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
stingergrumpy replied at 27-11-2022 03:28 PM
Anak jiran aku yg 3 tahun iteww ikut omaknya hadir walimatul urus diputrajaya....we are safe for n ...


Kan saya dah bagitau awal2. Jgn terkejut kalau dah start meroyan, nasihat anak jiran 3 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka dia masa tahun 1998 tu comel gak, tembam2 gituh
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 27-11-2022 03:42 PM

Eloklah jadi pembangkang forever..biar ph je yg jadi kjaan sbb PN mmg tak reti buat keje pun

Parlimen pun manjangg ponteng.puii
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Solokkk replied at 27-11-2022 03:22 PM
Apsal plak aku tak boleh sembang suruh dia gegar? . Terpulang kat dia la nak gegar ke tak. Ka ...

Ye kasi kehadiran parlimen consistent dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-2-2023 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.134050 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list