CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 694|Reply: 2

Australia Batal Iktiraf Baitulmuqaddis Sebagai Ibu Kota Israel

[Copy link]
Post time 19-10-2022 11:47 AM | Show all posts |Read mode
CANBERRA – Australia mengumumkan semalam bahawa Canberra tidak lagi mengiktiraf Baitulmuqaddis Barat sebagai ibu kota Israel sekali gus membatalkan keputusan kontroversi yang dibuat oleh kerajaan terdahulu.


Menteri Luar, Penny Wong berkata, status kota Baitulmuqaddis harus diputuskan melalui rundingan damai antara Israel dan Palestin, dan bukannya melalui keputusan unilateral (satu pihak).




Foto: AFP




“Kami tidak akan menyokong pendekatan yang menjejaskan prinsip penyelesaian dua negara,” katanya, sambil menambah, kedutaan Australia sentiasa berada dan kekal di Tel Aviv.

Kerajaan konservatif pimpinan Perdana Menteri, Scott Morrison berdepan kecaman meluas di dalam negara berhubung keputusan beliau mengikuti langkah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menamakan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel pada 2018.


“Saya tahu langkah tersebut menyebabkan konflik dalam sebahagian masyarakat Australia, dan hari ini kerajaan berusaha untuk menyelesaikannya,” kata Penny.


Keputusan pada 2018 itu juga mencetuskan kekecohan antara Australia dan negara jirannya. Perjanjian perdagangan dua hala antara Jakarta dan Canberra tergendala buat sementara waktu susulan tindakan Morrison.


Kota Baitulmaqdis dituntut oleh kedua-dua Israel dan Palestin.


Kebanyakan negara asing mengelak daripada menempatkan kedutaan di Baitulmuqaddis kerana bimbang akan menjejaskan rundingan damai mengenai status akhir kota bersejarah  itu.


Israel menawan  Baitulmuqaddis Timur Arab dalam perang Enam Hari pada 1967 dan kemudian merampasnya. Rejim Zionis mengisytiharkan seluruh kota itu sebagai “ibu kota (Israel) yang kekal dan tidak boleh dibahagi-bahagikan.”


Rakyat Palestin menuntut Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kota negara Palestin di masa hadapan.


Penny menyatakan bahawa pembatalan pengiktirafan oleh Australia itu  tidak menandakan sebarang permusuhan terhadap Israel.  -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2022 10:00 AM | Show all posts
laknat ke atas mu israel
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2022 10:02 AM | Show all posts
pendekatan yg baik dr aussie, kena selesai jua 2 nation state ni...punca pergolakan dunia adalah dr Israel-Palestine conflict...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 41156 Replies : 512
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278350 Replies : 1524
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 50481 Replies : 15
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31658 Replies : 18
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78664 Replies : 90
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 21783 Replies : 7
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 202724 Replies : 4040
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19896 Replies : 21
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21790 Replies : 62
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363619 Replies : 3550

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.925874 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list