CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 909|Reply: 2

'Bila Nama Disebut, Saya Perlu Persiap Diri' - Ahmad Idham Tidak Gentar Jadi Calon PD

[Copy link]
Post time 19-10-2022 11:24 AM | Show all posts |Read mode
Individu bukan ahli politik bakal menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana rasa muak dengan wakil rakyat yang tidak menjalankan tugas dengan baik.


Penerbit dan pengarah filem terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri mendakwa beliau memahami sanubari serta kemahuan rakyat yang kini bergantung pada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjadi tempat rakyat mengadu nasib.


Atas alasan tersebut, Ahmad Idham bersedia menjadi calon di Port Dickson walaupun mengetahui terdapat kemungkinan beliau bertembung dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.




IG Ahmad Idham




“Rakyat sebenarnya menarik nafas lega kerana akhirnya ada alternatif untuk mereka memilih pemimpin yang bukan orang politik. Jadi apabila nama saya sudah disebut, saya perlu persiapkan diri dan sudah tentu saya bersedia.


“Ketika bukan pilihan raya lagi kita dah membawa agenda untuk rakyat. Kita tengok sajalah, apabila berlaku sebarang bencana atau mana-mana isu dibangkitkan, NGO akan berada di lokasi itu sebelum orang politik sampai.


“Saya ada tanya pada Timbalan Pengerusi GTA Negeri Sembilan, Mohamad Jani Ismail dan dia kata Gerakan Tanah Air (GTA) adalah gerakan rakyat. Sekiranya rakyat mahukan awak kerana dia nampak gerak kerja awak maka dia tidak teragak-agak meletakkan saya di Port Dickson,” katanya.


Sebelum ini, Mohamad Jani mengumumkan bahawa Ahmad Idham hampir pasti menjadi calon di Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dijangka berlangsung November ini.


Tambahnya, Ahmad Idham yang juga Pengerusi Pertubuhan Briged Prihatin sedia memberi saingan kepada mana-mana calon parti lawan di kerusi tersebut termasuk sekiranya Pakatan Harapan (PH) mempertaruh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.


Mengulas lanjut, Ahmad Idham berkata, beliau sedia untuk menggalas amanah rakyat kerana telah mendekati dan memahami keperluan masyarakat.


“Kepercayaan daripada kumpulan bawah yang mahukan saya meneruskan perjuangan saya untuk rakyat jadi tidak bolehlah saya kata saya tidak bersedia sekali gus mengecewakan rakyat yang sudah muak dengan ahli politik.


“Apabila saya menyantuni kumpulan tertentu, ramai mengadu dan mengharapkan saya untuk mewakili dan bersuara bagi mereka kerana terdapat wakil rakyat tidak pernah turun langsung ke kawasan,” jelasnya.




Sumber: UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2022 04:00 PM | Show all posts
Good luck.
Sorang suka like gambar porn, sorang kaki porn elok la dua2 bertembung nanti
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2022 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 19-10-2022 04:00 PM
Good luck.
Sorang suka like gambar porn, sorang kaki porn elok la dua2 bertembung nanti

Ramai je laki orang suka like gambar perempuan seksi siap komen lucah lagi.depa ni bodoh ke apa fikir kawan2 dalam friendlist tak nampak ke? Gambar ngan anak bini pulak tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 41156 Replies : 512
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278350 Replies : 1524
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 50481 Replies : 15
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31658 Replies : 18
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78664 Replies : 90
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 21783 Replies : 7
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 202724 Replies : 4040
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19896 Replies : 21
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21790 Replies : 62
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363619 Replies : 3550

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 06:06 PM GMT+8 , Processed in 2.084730 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list