CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 853|Reply: 6

[Dunia] AS mulakan misi ketenteraan di Atlantik, kerah kapal perang termahal

  [Copy link]
Post time 7-10-2022 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


WASHINGTON – Salah sebuah kapal perang paling mahal yang pernah dibina di dunia milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang bernilai AS$13 bilion (RM60 bilion) memulakan pelayaran bagi misi ketenteraan pertamanya ke Lautan Atlantik, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Kapal USS Gerald R Ford yang dilengkapi dengan reaktor nuklear dan jet pejuang itu memulakan pelayaran dari negeri Virginia dan menuju ke Lautan Atlantik.

Kapal pengangkut pesawat terbesar di dunia itu juga akan membawa 9,000 anggota tentera dari pasukan serangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Ia dikuasakan oleh dua reaktor nuklear serta boleh membawa lebih 70 pesawat termasuk helikopter dan jet.

Kerahan askar ke Lautan Atlantik itu akan melibatkan sembilan negara anggota NATO termasuk AS, Kanada, Finland, Denmark, Perancis, Jerman, Belanda, Sepanyol dan Sweden.

Komander Armada Ke-2 AS, Naib Laksamana Dan Dwyer berkata, matlamat utama menuju ke Atlantik adalah untuk menubuhkan kawasan perairan yang aman, stabil dan bebas konflik di kawasan kepentingan strategik tersebut.

“Kerahan askar di atas kapal induk USS Gerald R Ford adalah perkembangan terkini susulan komitmen AS yang diperbaharui bersama negara-negara Atlantik,” jelas Dwyer.

Kapal itu dinamakan sempena Presiden AS ke-38, Gerald Ford, yang berkhidmat dengan tentera laut Perang Dunia Kedua. – Agensi


https://www.kosmo.com.my/2022/10/06/as-mulakan-misi-ketenteraan-di-atlantik-kerah-kapal-perang-termahal/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2022 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by GincuPurple at 7-10-2022 12:51 AM

Ni mesti sebab katanya russia dah hantar kapal yg bawak senjata nuklear kat perairan belah² sana.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 08:53 AM | Show all posts
let the games begin
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 10:00 AM | Show all posts
60billion kapal perang
jumlah bajet sebuah negara tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2022 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah kalau matlamat utama menuju ke Atlantik adalah untuk menubuhkan kawasan perairan yang aman, stabil dan bebas konflik di kawasan kepentingan strategik tersebut....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 03:53 PM | Show all posts
GincuPurple replied at 7-10-2022 12:49 AM
Ni mesti sebab katanya russia dah hantar kapal yg bawak senjata nuklear kat perairan belah² sana.

russia punya kapal selam apa ntah dah hilang sebab dikeluarkan .
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
nuklear jangan tak nuklear! uraaaaaa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-11-2022 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.094514 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list