CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1770|Reply: 32

[Tempatan] Berita malam misteri : Guru Ini Kiciwa Kelas Tambahan Bahasa Inggeris Tiada Seorang Murid Yang Hadir.Netizen tanya Tak Minat Bahasa Inggeris atau boikot cikgu?

  [Copy link]
Post time 5-10-2022 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
https://vt.tiktok.com/ZSR4xL8mR/

https://vt.tiktok.com/ZSR49Kn5y/



kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang juga merupakan seorang guru meluahkan rasa kecewanya apabila tiada sorang pun daripada anak muridnya hadir ke kelas tambahan yang diadakan di sekolah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @duri_anggrek, wanita ini memaklumkan para murid telah dimaklumkan lebih awal tentang kelas tambahan yang akan diadakan pada petang tersebut.
Mengikut perancangan, kelas tambahan Bahasa Inggeris itu akan diadakan di sekolah pada jam 4 petang namun tiada sesiapa yang hadir selepas lama dia menunggu.
Pada awalnya guru ini berada dalam sebuah mensyuarat namun meminta kebenaran pengetua untuk keluar lebih awal kerana kelas tambahan tersebut.

Namun setelah lama menunggu, hanya seorang sahaja yang datang dan pelajar tersebut juga dikatakan telah di ‘scam’ oleh rakannya yang lain yang memintanya untuk datang ke kelas tambahan terlebih dahulu dan mereka akan menyusul.

Tidak lama kemudian, pelajar itu meminta izin pada gurunya untuk menghubungi rakannya yang lain namun siapa sangka pelajar itu tiba-tiba tidak munculkan diri selepas daripada itu.


Apa yang lebih menyedihkan adalah,cikgu tersebut turut memuat naik gambar kelas yang kosong itu di dalam WhatsApp Group kelas namun tidak mendapat sebarang reaksi dari para pelajarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersimpati melihat nasib guru ini malah menyifatkan sikap murid zaman sekarang sememangnya sangat mencabar.

Bukan itu sahaja, netizen juga mengatakan mereka seolah-olah tidak menghormati pemberi ilmu dan perkara tersebut akan menghilangkan berkat dalam menimba ilmu.

Antara komen warga maya:
“Biarlah kita tak pandai janji hormat guru.”

Sumber TikTok @duri_anggrek

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2022 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Inform parents ke tak ada kelas tambahan? Kalau anak ioilss buat mcm ni aku libas je. Selalu cikgu akan inform kt group wassap parents.. tu skola anak ioilss la.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Hakak respon ye.

1. Biasalah budak2 klas blakang.

2. Kenapa la sekolah ngkau buat kelas tambahan pukul 4-5.30 petang. Kalau bukan MRSM ka SBP takyah berangan buat kelas tambahan waktu begini expect full attendance.

3. Bagi take home assignment/worksheet ja next time. Train budak2 ngkau untuk self study. Sapa nak buat, buat. Takyah paksa. Lulus juga deme tu nanti masa SPM. Berapa je pon markah lulus. Kaaah. Ticer takyah tensen2 kay. Lek2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
good job teacher. maybe certain classes ni kene ade extra motivation utk tarik dia ke kelas tambahan mcm ni. apepun jgn putus asa ok dlm menabur effort utk perkasakan ilmu pelajar.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 03:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lattehazelnut at 6-10-2022 01:23 PM

Knp pkul 4? Pastu baru inform pasal kelas tambahan tu pkul 2.30 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 05:06 AM | Show all posts
takziah                                    
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 05:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasa subjek x jadi feberet bila cikgu suka tamya2 murid. Dah la enggelish tahap situ je...Mmg nebeslah bdk2. Wpon bagus sebenarnya cikgu yg suka bertanya dan tahu murid fhm ke tak...tp utk murid yg x reti english akan rasa 'terancam' utk kelas tu. X reti jwb...malu...sapah jawab malu...
Gitu la meols menyelami jiwa murid
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kelas tambahan mesti lah untuk yg lemah. Sejak bila budak2 lemah ni rajin nak belajar.

And please stop talking about berkat menghargai ilmu segala jadah tu ko ingat budak2 ni kisah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2022 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
aku pon benci kelas tambahan. patut kelas dr pagi sampai tghr tu cukup la utk murid. ni nak kelas tambahan belah petang la, hujung minggu, cuti penggal lagi yihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat la malam. Pasal cikgu2 skrg Annoyed ye. Ligat bertiktok. Lepas tu sejenis tak boleh di tegur. Tu belum lagi cikgu lelaki yang nak tunjuk dia Terpaling hensem.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu... Mase sy sekolah dulu pun klu kelas kul 4 sy x g... Knp x trus buat lepas kelas.. Dah blk umah nk g sek balik mlas la.. Silap2 dah tertdo
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kengkadang cikgu english kuat membebel. Cikgu sekolah aku dulu membebel panjang berjela. Ajarnya tidak
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Jam 4 tu waktu tido waktu sukan, kelas tambahan ke hulu hilir budak bukan jadi menteri saintis pun, subject English patut zaman sekolah rendah lagi budak kena pandai sblm masuk menengah sama spt subject agama ngaji quran ibadah nikah kawen jual beli jenayah
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak buat pkl 2? Dah balik rumah ingat rajin sgt ke budak-budak nak gi kelas balik?
Kalau yg tak balik pulak, 2 jam tunggu kelas tu dia org nanti merayau pulak.

Cikgu anak aku buat kelas tambahan pkl 2.
Cikgu math yg rajin pulak ambil relief kelas untuk buat kelas tambahan kalau ada cikgu subjek tak dtg.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 08:41 AM | Show all posts
cm_vungtau replied at 6-10-2022 08:12 AM
Kengkadang cikgu english kuat membebel. Cikgu sekolah aku dulu membebel panjang berjela. Ajarnya tid ...

bebel mcm ni ke



Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak budak sekarang english dah power. Xyah kelas tambahan. Baik buat kelas tambahan math or science
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2022 09:03 AM | Show all posts
ini sekolah rendah ke menengah? klu sekolah rendah, ptg2 sll ada kelas kafa/sekolah agama.
klu sekolah menengah, kene tgk la, rumah students dekat ke jauh. klu jauh, kemsalam la diorg nk dtg sekolah semula.

lg pun, klu budak2 skola menengah, byk yg start kurg aktif ptg2, dorg byk tdo ptg. takpun sibuk main henpon.

cikgu xde wasap group parent ke? stakat tnya kt students aje mana maunye dorg respon.

lg satu, mungkin students ada hal sendri nk kene setel ptg2.

apa2 pon, kene dgr dua2 pihak. klu stakat cikgu je yg post, nmpk mcm cg je good2.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 09:09 AM | Show all posts
Lewatnya start kelas. Dahlah nak ajar writing. Diorang kalau datang pun mungkin penat mengantuk tak boleh fokus dengan baik.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 09:21 AM | Show all posts
pkl 2.37 ptg ko baru nak cakap ke kak? memang idakla bebudak tu nak dtg. lain kali nak buat kelas tambahan tu cuba masa kelas tu bincang dgn anak murid ke, cikgu sekian sekian tarikh nak buat kelas tambahan. mane tau hari tu diorg ada ko-k ke ada program sukan ke ape ke. ni ko takat arah dalam group je. mmg la students ko buat krik krik je.  ko sendiri pengurusan kelas ntah hape-hape.   #DoneMelaharCikguGilaContent
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 6-10-2022 07:51 AM
aku pon benci kelas tambahan. patut kelas dr pagi sampai tghr tu cukup la utk murid. ni nak kelas ta ...

Aku masa skolah dulu pun cukup benci kelas tambahan.... apa tak efficient ke ko ngajar nak tambah2 kelas ni?

Tuition luar pun aku tak amek elok je dapat scholarship and masuk uni...

Gigih cikgu buat kelas tambahan sbb nak jaga KPI sendiri... nak kejar taraf guru cemerlang le tu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-12-2022 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.126730 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list