CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1283|Reply: 9

[Jenayah] Motif sebenar ejen kosmetik diculik akhirnya terungkai

 Close [Copy link]
Post time 5-10-2022 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 5-10-2022 02:09 PM

PETALING JAYA: Motif sebenar ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd. Naim atau Azie diculik dipercayai sebagai ‘cagaran’ dalam sindiket dadah yang dikaitkan dengan suaminya.



Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, sumber memberi­tahu, siasatan mendapati berlaku masalah dalam rangkaian sindiket dadah tersebut sehingga menyebabkan wanita berusia 36 tahun itu diculik.

“Ketika diselamatkan di sempadan Thailand-Laos, wanita itu cuba diseludup untuk dise­rahkan kepada sindiket dadah di Laos.

“Kesemua suspek yang terlibat merupakan ahli sindiket dadah tersebut dan pihak polis sedang mengesan tiga lagi suspek dipercayai bersembunyi di Thailand,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah sumber tersebut, tiga suspek sedang direman manakala empat indvidu lagi telah tamat tempoh reman.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan pihaknya sedang mengesan kira-kira dua hingga tiga warga tempatan bagi membantu siasatan kes penculikan tersebut.

Menurut beliau, polis me­ngenal pasti identiti ketiga-tiga individu tersebut namun perlu menyiasat lanjut untuk pengesahan sebenar sebelum dikongsikan dengan pihak berkuasa di Thailand.

“Buat masa ini PDRM masih menjalankan siasatan dan memeriksa keterangan yang ada untuk memastikan duduk (situasi) sebenar kes ini.

“PDRM memohon media bersabar dan memberi sedikit masa supaya kita betul-betul dapat maklumat motif sebenar di sebalik kejadian melarikan mang­sa ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, walaupun usaha menyelamatkan Azie sudah selesai, namun, masih ada kes lain yang boleh disiasat berhubung penculikan wanita berkenaan. –UTUSAN




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 10:11 AM | Show all posts
salah siapa... suami awak kak....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Suami buat hal
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
PDRM memohon media bersabar dan memberi sedikit masa supaya kita betul-betul dapat maklumat motif sebenar di sebalik kejadian

Wartawan fail pemahaman ka memang tak reti bahasa?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu org melayu hanya penagih dadah, ganja etc...sekarang dah up...pengedar, agen, stokis, pemborong ganja dan dadah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 10:25 AM | Show all posts
Aikk.. polis kata "wanita itu cuba diseludup untuk dise­rahkan kepada sindiket dadah di Laos."

Tapi mangsa kata " dia ditahan di sebuah homestay di Laos". Mereka kena tahan dgn imigresen semasa masuk semula ke Thailand.

Mana satu statement yang betul ni???
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 10:29 AM | Show all posts
pening aku brita ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
me12345 replied at 5-10-2022 02:21 AM
Dulu org melayu hanya penagih dadah, ganja etc...sekarang dah up...pengedar, agen, stokis, pemborong ...

Pengilang dadah juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu hakak suruh tunjang kepala laki ko dek. Laki yg membimbing ko ke neraka!
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 10:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-12-2022 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.125644 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list