CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 1845|Reply: 47

[Politik] Shahrizat kecewa kurang wanita dalam politik

  [Copy link]
Post time 5-10-2022 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


SHAH ALAM - Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil melahirkan rasa kecewa terhadap kekurangan Malaysia dalam menggalakkan penyertaan wanita dalam politik dan membuat keputusan.

Shahrizat berkata, perkara berkenaan telah dibangkitkan beliau sejak menceburi dunia politik pada 1990-an.

"Kita tidak mampu untuk bercakap perkara dan matlamat sama untuk lebih 20 tahun kemudiannya.

“Wanita telah menjadi tulang belakang politik Malaysia sejak merdeka dan sudah tiba masanya apabila kita melihat sekeliling Dewan Rakyat dan Dewan Negara, kita melihat sama banyak wanita dalam dewan kuasa itu seperti yang terdapat dalam masyarakat sekarang, dan bukannya (hanya) 14 peratus ahli Parlimen wanita,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Selasa.

Beliau yang juga bekas Ketua Wanita UMNO menegaskan, pelbagai halangan yang dihadapi wanita dalam politik, seperti perlu membuktikan nilai kepada rakan politik lelaki dan mengharungi pelbagai serangan jantina.

Justeru katanya, sudah tiba masa pemimpin negara perlu mengiktiraf kebolehan wanita untuk mengemudi Malaysia ke arah yang lebih baik.

“Saya gembira kerana isu wanita dalam politik menarik perhatian menjelang pilihan raya akan datang.

“Apabila kita bangkit daripada Covid-19, sudah tiba masanya untuk berimpian besar. Wanita adalah separuh daripada penduduk, pengundi dan turut terjejas sepenuhnya dengan isu-isu yang mempengaruhi negara.


https://www.sinarharian.com.my/article/224334/berita/politik/shahrizat-kecewa-kurang-wanita-dalam-politik

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Sudah la ko jat lembu ada ahli politik wanita mcm ko 1sen pon x guna
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Abes dah ahli politik wanita anak beranak sebuk ternak lembu dlm kondo canerrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 07:44 AM | Show all posts
Deme minat jadi founder produk sampah bikin duit banyak2 Jat oi.
Kang jadi ahlil politik setiap sen kena siasat
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Lembu kondo dah kasi bunga bunga nak comeback kewww?

Kahkahkahkahkab
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 09:44 AM | Show all posts
bolehlah bertanding PRU-15
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Lembu kesayangan Shahrizat yang tinggal di kondo.



http://youtu.be/oeVTCrTCYrU

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini semua salah Rina Harun Doraemon obese
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Lembu dlm kondo apa citer
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 10:41 AM | Show all posts
Aku takleh tengok pic makhluk ni. Bila nengok jek terus spark LEMBU.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 10:44 AM | Show all posts

tak ada kes apa pun....hanya projek lewat
kalau ada pun kes rafizi yg ceroboh tengok akaun milik org lain..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama dah busok gara2 lemboooo.. retire gracefully please wahai mami jarum
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Rohana replied at 5-10-2022 12:13 PM
Nama dah busok gara2 lemboooo.. retire gracefully please wahai mami jarum

Dia x ada kes mahkamah pun ..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 5-10-2022 12:50 PM
Dia x ada kes mahkamah pun ..

So.. nak kena ada kes makamah baru ada bad rep ke dek? Habis agensi dia dulu era bosscow takde fungsi dpt portfolio pun sebab jd cai tegar ko buat2 naive kan dek?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
X yah ler masik kalo setakat mcm lembu kene cucuk hidung xde kaliber
Masuk2 potong usus tunjuk muka merata alam
Tapi tak function


Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
jgn keciwa..ramai dh wanita pakai lamborghini....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 01:12 PM | Show all posts
kalo stakat nak ramaikan menteri wanita mcm ko ngn rina harun tu baik tak payah la ijat oiii


Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 01:26 PM | Show all posts
Kak-Rohana replied at 5-10-2022 12:55 PM
So.. nak kena ada kes makamah baru ada bad rep ke dek? Habis agensi dia dulu era bosscow takde fun ...


Hasil hasutan dan fitnah terhadap NFC

PUTRAJAYA:  Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan, isu pinjaman RM250 juta projek National Feedlot Centre (NFC) yang menjadi propaganda Pakatan Harapan (PH) selama sembilan tahun sehingga menjadi sebab kerajaan pimpinannya jatuh ketika itu.
Najib berkata, pinjaman berkenaan yang diluluskan Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa menjawat Menteri Pertanian pada tahun 2006 itu iaitu lebih dua tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, bukanlah satu bentuk geran percuma atau projek mencurigakan seperti bayaran RM305 juta untuk membuat laporan terowong Pulau Pinang.
Menurut beliau, selepas diberi pinjaman itu, syarikat NFC mengalami kesukaran untuk meneruskan projek pada garis masa ditetapkan kerana ada beberapa projek infrastruktur sokongan yang merupakan tanggungjawab Kementerian Pertanian lambat dibina.
“Walaupun projek mereka telah diperlambatkan, syarikat NFC masih perlu menanggung kos faedah ke atas pinjaman itu.
“Oleh itu, mereka menggunakan sebahagian dari dana ini untuk pelaburan-pelaburan lain yang tidak ada kaitan dengan projek NFC untuk mendapat pulangan untuk membayar faedah pinjaman. Bagaimanapun, ini dipercayai telah melanggar syarat-syarat pinjaman,” katanya dalam hantaran Facebook beliau.
Najib berkata, oleh sebab itu, pemilik NFC didakwa di mahkamah semasa beliau menjadi Perdana Menteri tetapi akhirnya, mahkamah mendapati mereka tidak menyalahi undang-undang.
Pada masa sama, katanya, kerajaan BN ketika pimpinannya juga menyita aset-aset mereka termasuk baki wang tunai sebanyak RM80 juta.
Tetapi, beliau berkata, jumlah itu tidak cukup untuk menjelaskan seluruh pinjaman RM250 juta ini kerana sebahagian dari pinjaman itu telah dibelanjakan untuk membina ladang untuk NFC termasuk untuk membiayai kos operasi mereka.
“Walaupun kerajaan BN pernah pertimbangkan beberapa kali untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap peminjam untuk mendapat balik seluruh dana RM250 juta itu, tindakan ini tidak diambil.
“Ini kerana syarikat NFC memberitahu kerajaan bahawa mereka sedang berunding dengan beberapa syarikat besar di dalam dan luar negara untuk mengambil alih projek NFC itu dan pembeli-pembeli itu juga bersetuju untuk menanggung bayaran untuk pinjaman termasuk seluruh kos faedah,” katanya.
Mengulas lanjut, Najib berkata,  selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), syarikat NFC telah menulis kepada kerajaan untuk meminta kelulusan untuk pihak baharu itu mengambil alih projek dan pembeli baharu itu dikatakan mempunyai kekuatan kewangan serta pelan menyeluruh untuk meneruskan dan menjayakan projek NFC.
Tetapi,  katanya, Menteri Kewangan PH, Lim Guan Eng tidak mahu memberi kelulusan sebaliknya, mereka mengambil tindakan untuk meneruskan saman sivil untuk menuntut syarikat NFC membayar balik seluruh pinjaman itu.
Jelas beliau, tindakan tersebut boleh dianggap pelik jika niat dan keutamaan ialah untuk mendapat balik dana tersebut dan menjayakan projek.
“DAP tahu bahawa nilai propaganda NFC ini jauh lebih tinggi untuk mereka berbanding dana RM250 juta atau kejayaan projek itu. Hampir 9 tahun, DAP menyebarkan propaganda menipu bahawa RM250 juta ini telah disonglap oleh Najib dan digunakan untuk membeli kondominium untuk simpan lembu di dalam.
“Oleh itu, ia amat sukar untuk DAP mengaku kepada penyokong mereka sekarang bahawa dana ini bukan disonglap tetapi ianya sesuatu pinjaman di mana peminjam sudahpun mahu membayar balik keseluruhannya termasuh kos faedah.
“Disebabkan itu, Menteri Kewangan PH terpaksa mengambil tindakan mahkamah ke atas syarikat NFC serta menolak pembayaran balik pinjaman serta rancangan meneruskan projek NFC untuk meningkatkan bekalan daging lembu tempatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE  

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpela penjawat awam kan bersepah perempuan
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 5-10-2022 01:26 PM
Hasil hasutan dan fitnah terhadap NFC

Ko ingat ko sorang boleh cut & paste ke dek?

Daripada RM180.51 juta yang dikeluarkan, hanya RM8.32 juta dibayar secara terus kepada pihak ketiga untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Nasional, manakala baki dana yang dikeluarkan dipindahkan ke akaun NFC yang lain dan sejumlah RM118.04 juta daripada baki itu didakwa disalahgunakan.

Antaranya ialah dana RM9.76 juta yang didakwa digunakan untuk membeli dua unit kediaman di One Menerung Residence oleh defendan keenam iaitu National Meat & Livestock Corp, pada masa sama, sebanyak RM300,000 dipercayai digunakan untuk membuat bayaran kepada seorang individu, Shamsubarin Ismail bagi tujuan tidak didedahkan, manakala RM1.8 juta lagi dibayar kepada individu sama.

Keluarga Mohamad Salleh juga didakwa menggunakan dana dipinjam daripada kerajaan itu untuk membayar sewa bulanan RM28,000 bagi satu lot pejabat di Solaris Mont Kiara dan membeli dua bidang tanah di Putrajaya, membuat bayaran kepada dua firma guaman serta membeli sebuah rumah kedai empat tingkat di Solaris Mont Kiara.

– BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

10-12-2022 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.120483 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list