CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 819|Reply: 14

[Tempatan] Pelancong domestik ke Selangor meningkat kepada 10.2 juta orang pada 2021

  [Copy link]
Post time 30-9-2022 06:03 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA: Selangor telah diumumkan sebagai destinasi pelancongan domestik utama di Malaysia, dengan lebih 10.2 Juta pelancong telah melawat ke negeri ini pada tahun 2021.

Selangor telah mengatasi beberapa negeri lain seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (9.1 juta), Sarawak (6.5 juta), Negeri Sembilan (5.5 juta) dan Pulau Pinang (5.1 juta).

Pelancongan merupakan salah satu industri terbesar, menyumbang kepada 12.8 peratus bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sebelum pandemik Covid-19 pada tahun 2019.

Bagaimanapun, sekatan di seluruh negara yang melarang perjalanan domestik dan antarabangsa telah memberi kesan yang besar kepada sektor pelancongan di seluruh dunia.

Kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dilaksanakan pada tahun ini, serta kelonggaran sekatan perjalanan dan kadar vaksinasi yang tinggi, memberikan harapan yang cerah bagi industri pelancongan.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan bahawa pengumuman kerajaan mengenai peralihan kepada fasa endemik akan menyumbang kepada pemulihan sektor pelancongan Malaysia.

Negara dijangka mengalami pemulihan ekonomi yang sihat tahun ini yang dipacu oleh sektor domestik. Ini selari dengan indikator kadar penghunian bilik hotel yang ditunjukkan pada suku pertama tahun 2022 serta jumlah perjalanan antara negeri yang telah meningkat, terutamanya bagi industri berkaitan pelancongan domestik.

Negeri Selangor menyediakan pelbagai segmentasi dengan tarikan pelancongan yang banyak bagi memenuhi permintaan pasaran domestik.

Sejak fasa awal pandemik Covid-19, Negeri Selangor melalui agensi promosi pelancongannya, Tourism Selangor telah memperkenalkan Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!” sebagai salah satu pendekatan yang proaktif bertujuan untuk mengukuhkan lagi pelancongan domestik bagi Negeri Selangor.

Kempen ini didorong ke arah pelaksanaan menyeluruh yang merangkumi kerjasama dengan pemain industri pelancongan utama seperti pengendali hotel, agensi pelancongan, syarikat  penerbangan dan rakan-rakan media.

Ini selaras dengan salah satu objektif Rangsangan Ekonomi Selangor yang dibangunkan bagi meningkatkan sektor pelancongan domestik ke negeri ini, dengan lebih RM 2.5 Juta disalurkan bagi pelbagai inisiatif untuk merancakkan kembali industri pelancongan negeri. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/terkini/2022/09/pelancong-domestik-ke-selangor-meningkat-kepada-10-2-juta-orang-pada-2021/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-10-2022 02:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin org KL dan nogori…
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 08:11 AM | Show all posts
tapi tahun 2021 kan PKP??? mcm mn tu ye.. ke dia kira org2 yg dok dlm kl/putrajaya/selangor je..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 09:18 AM | Show all posts
selangor ada semua yg dlm list package pelancongan
kau mahu sawah padi ... go to sekichan, sabak bernam
nak hiking, camping... hulu langat, sg tua, gunung nuang, bukit broga
nak pantai, mmg tak cantik tp selangor ada gak pantai yg ok mcm morib & pantai bagan lalang
nak shopping ... siap duit je ye kang list tak mampu nak isi

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 09:49 AM | Show all posts
tri-max replied at 3-10-2022 09:18 AM
selangor ada semua yg dlm list package pelancongan
kau mahu sawah padi ... go to sekichan, sabak ber ...

slgor mmg byk je tpt nk melawat. tp klu org luar sgor ni dorg x heran pon kt slgor, baik g KL alang2 tu. mcm tu la kot. yg kt slgor ni rata2 org2 yg dok dlm area sgor/kl jer yg pegi sbb xnk travel jauh/xde bajet/nk bercuti kejap je.

klu nk listkan mmg byk sgt, ntah bila la nk lawat semua tpt tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
tri-max replied at 3-10-2022 09:18 AM
selangor ada semua yg dlm list package pelancongan
kau mahu sawah padi ... go to sekichan, sabak ber ...


Semua chuolz list ni i tak pernah pergi walau dah berbelas tahun menetap di selangor

Sekinchan bagan lalang broga semenyih lenggeng sabak bernam.... last time i gi berkelah kat  ulu yam was 30 yrs ago

Masa cuti skolah haritu zoo negara pun aku malas gi walau dekat je... rela gi IOI city mall masuk petting zoo dalam aircond
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 11:09 AM | Show all posts
green~tea replied at 3-10-2022 11:07 AM
Semua chuolz list ni i tak pernah pergi walau dah berbelas tahun menetap di selangor   

Sek ...

i da gi semua tuhhh waktu PKP separuh masak dolu
nak kluar negeri tak bley, kita domestic je la
oklah, jimat budget in a way membantu local gak sisthur
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 11:16 AM | Show all posts
tri-max replied at 3-10-2022 09:18 AM
selangor ada semua yg dlm list package pelancongan
kau mahu sawah padi ... go to sekichan, sabak ber ...

Tu yang Kuala Selangor dgn Tanjung Karang jem giler skrg ni..ramai yg suka jln2 carik mkn dkt Sekinchan, Sabak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2022 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
wey!..yg ko kira sekali bangla,pilak,rohingya,indon,myanmar,nepal  yg ramai kt Selangor tu...dah kenapa??? Memang kalah la negeri lain..yg kurang..'bangsa PATI' ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 11:45 AM | Show all posts
aku pi kuala selangor cuti sekolah baru ni..

berjalan kat batas sawah.. xtau sawah siapa, main redah je.. ye lah org bandor, agak excited sikit tgk sawah padi tp kitorg behave.. jalan kat batas utk ambik gambar. xde nak pegang2 or koyak2 or cabut pokok padi tu
naik bukit melawati.. seronok berjalan kaki naik smp atas. tp monyet byk sgt, wlupon x ganas, tapi aku agak seram. harap2 badan2 berkenaan cantikkan lagi bukit melawati tu. ada kwsn2 yg sepatutnya boleh dilawati.. tp dah bersemak samun, tiada laluan yg elok utk ke kwsn2 tu
makan kat laman tebu.. aku igtkan kedai makan/restoran tu dalam ladang tebu, berialah pegi
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 11:47 AM | Show all posts
bnyk kawasan selangor ni actually
mcm skrg area2 batang kali/rening tu pn dh start2 nak naik
kawasan situ lg selamat compare to langat
iols mmg pengunjung tetap cuti2 selangor sebab koser nak travel jauh2
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
TabletSusu replied at 3-10-2022 11:45 AM
aku pi kuala selangor cuti sekolah baru ni..

berjalan kat batas sawah.. xtau sawah siapa, main red ...

sekali pi..rupanya..'tanam tebu di (tepi) bibir jer'...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 12:01 PM | Show all posts
Skuau replied at 3-10-2022 03:50 AM
sekali pi..rupanya..'tanam tebu di (tepi) bibir jer'...

itulah pasalnyaaa .. dgn panas lit2 nya. potong terus..!! sib baik ada tempat duduk lagi kat dalam tu masa sampai. aku dok fikir, korg ni semua x panas ke duduk kat tepi2 rumpun tebu tu? aku menitik2 peluh. lps makan, terus msuk keta. x kuasa dah nak bergambar tepi tebu tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 01:59 PM | Show all posts
Selangor dah ada banyak kawasan pelancongan baru.  Nak laut, air terjun, rafting, hiking, camping,  glamping, eco tourisem, area paya bakau, gi pantai cermin, pantai yang ada warna biru floresen waktu malam tu, eagle feeding macam di Langkaw,i selain tempat makan2 dengan macam2 pilihan.  Tak perlu nak travel jauh2 sangat kalau suka aktiviti macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 03:55 PM | Show all posts
most probably they all go there for shopping.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

10-12-2022 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.111131 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list