CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1474|Reply: 13

[Tempatan] Fungsi bercelaru, MPN perlu dibubar

  [Copy link]
Post time 29-9-2022 03:37 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA: Majlis Pemulihan Negara (MPN) perlu dibubar kerana bukan sahaja bercelaru di samping fungsi tidak jelas dan tiada keperluan malah bertindih dengan fungsi badan pemikir dan agensi kerajaan lain yang bertindak sebagai penasihat dan pelaksana.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi MPN yang bukan merupakan seorang Perdana Menteri dilihat melemahkan majlis itu sendiri meskipun dianggotai oleh pakar-pakar, namun, keberadaannya yang bukan Ketua Eksekutif menjadikan sebab pelaksanaan cadangan majlis itu kurang iltizam politik dan tidak perlu.

Malah, kata beliau, Muhyiddin didakwa menggunakan majlis itu sebagai platform propaganda politiknya apabila ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, majlis itu sebagai peluru politik dalam kempen-kempennya dengan menggambarkan seakan kerajaan hari ini gagal jika cadangan tidak dilaksanakan.

“Adat memberi cadangan, jika diterima kita bersyukur dan jika tidak, mungkin ada cadangan yang lebih baik. Maka, Muhyiddin tidak perlu berkeluh kesah seakan kerajaan telah menidakkan peranan MPN atau MPN telah gagal.

“Dengan kerajaan yang telah melaksanakan 16 daripada 69 cadangan majlis itu sendiri menunjukkan bahawa Kerajaan masih mengambil serius pandangan majlis meskipun kewujudannya tidak jelas, tidak perlu dan bertindih,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Semalam Muhyiddin mengakui pihaknya kecewa dengan kerajaan kerana lambat melaksanakan beberapa cadangan penting membabitkan usaha pemulihan ekonomi negara.

Beliau menjelaskan MPN sudah mengemukakan 95 saranan untuk dipertimbangkan kerajaan dengan 69 daripadanya membabitkan isu sosio-ekonomi dan 26 berkaitan tadbir urus.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid menegaskan Malaysia memerlukan kestabilan politik sebagai ramuan utama sebelum pelbagai bentuk polisi yang bermakna dapat dibentuk.

“Insya Allah dengan kemenangan majoriti  BN UMNO kelak, MPN atau majlis seakan MPN tidak lagi diperlukan dan sinergi tersusun antara kerajaan, sektor swasta dan ahli-ahli akademik serta NGO akan terus dirintis bagi membangunkan Malaysia tercinta,” katanya. –UTUSAN


https://www.utusan.com.my/berita/2022/09/fungsi-becelaru-mpn-perlu-dibubar/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2022 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan MPN jer banyak lagi GLIC, agensi & majlis itu ini yang bertindih & ditubuhkan lebih pada nak bg jawatan pd ahli politik jer
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 08:37 AM | Show all posts
tekan lah butang
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 08:44 AM | Show all posts
tbh aku tgk MPN ni mmg bertindih pun job scope depa

tapi demi tembolok masing2 lantak la laaabuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 08:46 AM | Show all posts
cer klu die yg pgg jwtn ni
confirm x berkutik
in fact puji melambung lagi ape jgk function nye


Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 10:22 AM | Show all posts
nk bayar gaji bapak kao (abah Kao) nti dia tekan butang
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2022 11:36 AM | Show all posts
bangcak replied at 29-9-2022 11:32 AM
...butang da tak jumpa!!

butang dah tertanggal
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2022 05:04 PM | Show all posts
bangcak replied at 30-9-2022 04:54 PM
masing2 dlm kerajaan berebut dok ngaku kerajaan sendiri gagal. penyokong mcm @kemaruk je yg masih ke ...

yang pasti PH jauh lebih gagal

rakyat sepakat akan kebenaran ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2022 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Comment sbb nk upkan thread sbb byk spam thread 18sx muncul kt atas
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2022 09:24 AM | Show all posts
Setuju juga..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2022 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 30-9-2022 05:04 PM
yang pasti PH jauh lebih gagal

rakyat sepakat akan kebenaran ini

Setuju…asyik2 cari salah org/parti lain psdahal sendiri tak perform…serba serbi gagal
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 08:56 AM | Show all posts
lostnfaun replied at 29-9-2022 08:24 AM
Bukan MPN jer banyak lagi GLIC, agensi & majlis itu ini yang bertindih & ditubuhkan lebih pada nak b ...

setuju..mana yg redundant tu bagus bubar...buang duit ja..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak bazir duit x sah! Cam takde fungsi…
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2022 09:29 PM | Show all posts
lahhhh wujud lg MPN ??? abahcow tu otak dia masih function ke ? lembab semedang jah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-12-2022 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.118447 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list