CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3873|Reply: 59

[Dunia] Kunjungi Lebih 50 Cawangan KFC, Lelaki Eropah Dedah Menu Ayam Malaysia Paling Menarik Di Dunia.Anda bangga?

  [Copy link]
Post time 28-9-2022 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 28-9-2022 08:34 AM

Seorang lelaki mengakui bahawa hidangan ayam Kentucky Fried Chicken (KFC)  di Malaysia adalah yang paling menarik selepas mengunjungi lebih 50 cawangan restoran makanan segera itu di seluruh dunia.

Memetik laporan Daily Mail, Kamlesh Mistry, 37, yang berasal dari Watford, England mula jatuh cinta dengan rangkaian makanan segera itu sejak berusia 12 tahun.

Difahamkan, bapa kepada dua anak itu merupakan peminat tegar KFC dan telah menerima baucar makanan secara percuma selama setahun selepas mengunjungi cawangan KFC di 50 negara berbeza.

Kamlesh telah mengembara ke pelosok dunia bagi mencari hidangan KFC yang terbaik.

Dia yang merupakan pengarah teknikal telah mencuba hidangan ayam terkenal itu di lebih 50 negara berbeza termasuk Reykjavik di Iceland, Tallinn di Estonia dan Minsk di BeSetiap kali saya melancong ke negara lain bersama rakan dan keluarga, saya sentiasa mencari cawangan KFC untuk membandingkannya dengan menu di United Kingdom (UK).

“Setelah menikmati hidangan itu di lebih 50 negera berbeza. Saya telah dinobatkan sebagai KFC Super Fan tahun ini. Saya sangat gembira dengan gelaran yang diberikan oleh KFC,” katanya.Setiap kali saya melancong ke negara lain bersama rakan dan keluarga, saya sentiasa mencari cawangan KFC untuk membandingkannya dengan menu di United Kingdom (UK).

“Setelah menikmati hidangan itu di lebih 50 negera berbeza. Saya telah dinobatkan sebagai KFC Super Fan tahun ini. Saya sangat gembira dengan gelaran yang diberikan oleh KFC,” katanya.larus


Tambah Kamlesh, KFC di Kuala Lumpur mempunyai menu yang paling menarik kerana mempunyai banyak hidangan pedas yang disukainya.

“Kuala Lumpur mempunyai menu paling menarik. Saya suka makanan pedas dan mereka mempunyai banyak alternatif bagi hidangan pedas,” katanya.

Manakala dia turut berkata bahawa KFC di Reykjavik merupakan yang paling pelik yang pernah dikunjunginya.


Terdahulu, KFC telah memberikan pengiktirafan kepada Kamlesh sebagai KFC Super Fan di dunia pada tahun 2020 dengan bekalan ayam percuma selama setahun.

Selepas mendapat pengiktirafan tersebut,  dia menerima bekalan ayam selama setahun dalam bentuk baucar elektronik bernilai RM1,959 seperti kipas, gaun persalinan KFC, topeng muka dan t-shirt.

KFC atau dahulunya dikenali sebagai Kentucky Fried Chicken mempunyai lebih daripada 24,000  cawangan restoran di lebih 145 negara yang berbeza.






https://www.dailymail.co.uk/news/article-11242739/KFC-superfan-Kamlesh-Mistry-speaks-love-Colonel-Saunders-band-celebrates-50-years.html





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2022 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni ke orgnye?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah dia suka KFC Malaysia. Sesuai dengan lidah leluhur beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini kira ok la mamat ni travel satu dunia cari hidangan kfc terbaik. Kurang2 dapat gak makan ayam kfc. Yg thread lagi satu travel satu dunia cari tandas paling kotor
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin teruk dah kualiti kepsi. Ayam besar puyuh. Sos bg dlm bekas kecik bkn dlm paket. Packaging pn kdg2 kosong xde logo. Nak bangkrap dah tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Kfc dah tak best. Ayam goreng selalu cepat abes. Lepas tu size ayam kui kecik. Baik lagi beli kat marrybrown puas hati makan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin mahal. Dapat ayam sejuk. Gi pukul 12 pun xde nasi lemak.


Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 02:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols lama dah tukau ke texas chicken atau A& W... Ayam xla kecik nau and ada option bese ngan spicy... Yg texas chicken ayam juicy... Dedua iols boleh hadam. Ayam mcd tebal kt lapisan luar je dah mcm mkn tepung perasa pedas dah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2022 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
cheezel replied at 28-9-2022 12:36 AM
Makin teruk dah kualiti kepsi. Ayam besar puyuh. Sos bg dlm bekas kecik bkn dlm paket. Packaging pn  ...

Kfc mana uols
Last week.iols.order kfc by grab sebab malas nak kuar kan utk sambut besday anak...time2 skolah plak..hahha...
Peha dia dah beso dah ...coleslaw.pung ado
Iols.dah reda dah.kalau takde coleslaw dpt fries lemau dia tu..hahaha.....


Packaging sos..masih.life
Ada certain tmpt dah start pakai.sos swiss bear yang tak sedap tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Laam xmakan kehepsi. Nak order takut tak berbaloi la dengan anak ramai ni. Ramai komplen ayam kecik dan menu tak siapnya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Lama dah xdi kepsi... sbb xleh blah bau busuk reban ayam... dulu bau reban idok le overwhelming sangat
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 28-9-2022 07:08 AM
Kfc mana uols
Last week.iols.order kfc by grab sebab malas nak kuar kan utk sambut besday anak...t ...

Iols sukaaa brand swiss bear hokehhhh lg2 sos black pepper dia. ni suma salah burger king. Depa pki sos swiss bear
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 07:24 AM | Show all posts
berbaloi dpt ayam free
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Semalam order drive thru kfc hiway federal sebelah shell ayam dia besar gila tekejut aku dpt peha sebesar penumbuk..lillah xtipu. Pastu fries n kentang putra juga cuma kentang putra dia agak kurang kuantit dri dulu dan sos kentang pon cair.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 28-9-2022 07:34 AM
Semalam order drive thru kfc hiway federal sebelah shell ayam dia besar gila tekejut aku dpt peha se ...

Lah putra sis.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 08:05 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 28-9-2022 12:21 AM
Patutlah dia suka KFC Malaysia. Sesuai dengan lidah leluhur beliau.

tah nya
tgk muka td igtkn melayu
sungguhpun leluhur india

tp nama dia...mistry
ala2 misteri


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2022 08:08 AM | Show all posts
shernazz replied at 28-9-2022 07:08 AM
Kfc mana uols
Last week.iols.order kfc by grab sebab malas nak kuar kan utk sambut besday anak...t ...

ye lah
iols pun sama
baru lg hr tu makan
herlok2 jah ayamnya
rasa pun kembali sedap mcm dulu

dgn coleslaw + whipped potato pun syedap
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 08:11 AM | Show all posts
aritu makan kfc, ayam dia dah besar sikit dr puyuh. or maybe tu sejenis puyuh obese
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 08:15 AM | Show all posts
iols suka kepsi tapi tu la, size makin kecik, letak cheezey mayo kat wedges ala kadar je huhu.. harga pun makin mah.. huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2022 09:04 AM | Show all posts
Last week makan kfc ayamnya dah kecik hehehe.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-12-2022 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.119553 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list