View: 744|Reply: 13
|
Lelaki Mengaku Makan Daging Lelaki Dibunuhnya Selalu Makan Buah Zakar Lembu
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki di Michigan, Amerika Syarikat mengaku bersalah terhadap pertuduhan membunuh, memotong dan memakan daging lelaki yang dibunuhnya tiga tahun lalu, lapor The Independent.
Mark David Latunski, 52, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Matthew J Stewart di Mahkamah Daerah ke-35, Michigan, pada Khamis berdasarkan laporan MLive.com.
 New York Daily News
Lelaki berkenaan mengaku bersalah atas tuduhan 'membunuh secara terbuka' dan mencacatkan mayat. Terma 'membunuh secara terbuka' mengandungi kedua-dua tahap pembunuhan mengikut undang-undang negara itu, iaitu pada peringkat pertama dan kedua.
Perbicaraan pada 18 Oktober depan akan menentukan sama ada Latunski disabitkan dengan sabitan 'membunuh secara terbuka' atau pembunuhan peringkat pertama dan kedua.
Latunski dalam pertuduhan itu didakwa membunuh, memotong dan memakan bahagian tubuh mangsanya, Kevin Bacon, 25, pada 2019.
Polis menemukan mayat Bacon yang 'dicacatkan' di ruang bawah tanah kediaman Latunski beberapa hari selepas pembunuhan itu.
Menurut laporan polis, Bacon ditikam, digantung daripada pergelangan kakinya, dikelar kerongkong dan kemudian bahagian badannya dikeluarkan dan dimakan oleh Latunski.
Jika Latunski disabitkan kesalahan, dia berdepan kemungkinan hukuman penjara seumur hidup.
Peguam Latunski, Mary Chartier berkata, dia menghormati keputusan anak guamnya untuk mengaku bersalah tetapi percaya dia lebih sesuai dijaga dalam keadaan klinikal dan bukan di penjara.
Berdasarkan laporan WNEM, Bacon dan Latunski bertemu melalui aplikasi temu janji Grindr.
Latunksi dilaporkan mengaku kepada penyiasat bahawa dia memberitahu Bacon, dia boleh membantunya 'menghilang'.
Latunksi menikam lelaki itu di belakang leher, tetapi kemudian mengelar lehernya selepas menyedari dia masih hidup.
Lelaki itu mendakwa dia melakukan itu untuk memastikan Bacon tidak menderita.
Latunksi memberitahu penyiasat, dia sering memakan tiram Rocky Mountain, buah zakar lembu jantan dan memutuskan untuk melakukan perkara yang sama dengan bahagian badan Bacon.
Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) Bacon ditemui dalam kuali di dapur rumah Latunski dan DNA Latunski ditemui pada pemegangnya, antara bukti penting kes itu.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Kanibal.. Apalah rasa daging manusia |
|
|
|
|
|
|
|
Ewwww. Hilang selera ioll |
|
|
|
|
|
|
|
cannibal gay ni mcm jeffrey dahmer tu kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai i rase kanibal kt usa nie
Mesti ade dark web jual dgg manusia
Seram nye |
|
|
|
|
|
|
|
dauswq replied at 24-9-2022 09:32 PM
cannibal gay ni mcm jeffrey dahmer tu kan?
Baru bace Wikipedia die td
Btol gile die nie |
|
|
|
|
|
|
|
tu pn jgn kat US ni kata Islam pengganas la bagai. rakyat depa yg ganas makan dgg sesama sndrik tak ganas plak |
|
|
|
|
|
|
|
scarynya baca berita ni... muka laki tu pun persis psychopath..
ada la iols tengok siri netflix yang jeffrey dahmer tu katanya dia rasa sedap pegang2 daging ke organ manusia eeee sampai situ je iols tengok... sebab ngeri siri2 macamtu... terus iols kalih tengok jejan herlokkk winx saga S2... |
|
|
|
|
|
|
|
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental dan hilang perikemanusiaan...  |
|
|
|
|
|
|
|
matbad replied at 25-9-2022 02:08 AM
tu pn jgn kat US ni kata Islam pengganas la bagai. rakyat depa yg ganas makan dgg sesama sndrik tak ...
Biasala kaku non muslim..masalah mental...kalu .uslim..terorrist |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tengok mini series kat netflix pasal pembunuh bersiri dan makan mangsanya |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk movie ‘fresh’ psl jual daging manusia ni..die culik and bg mangsa dia makan bnda2 bagus utk keep them healthy. Lpas tu die buat procedure bedah satu2 part tp xbunuh diorg..jual kt client tp mmg mahal la. |
|
|
|
|
|
|
| |
|