CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 683|Reply: 2

Lain Dari Lain, Pakar China Dakwa Nampak Kelibat Anak Perempuan Kim Jong-Un

[Copy link]
Post time 24-9-2022 06:04 PM | Show all posts |Read mode
Pakar-pakar politik China mendakwa kelibat anak perempuan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dirakam dalam salah satu acara rasmi negara komunis berkenaan, lapor portal berita MailOnline semalam.


Gadis yang dikenal pasti sebagai Kim Ju-ae  itu dikatakan muncul di atas pentas pada sambutan Hari Kebangsaan Korea Utara awal bulan ini.


Dia adalah salah seorang daripada beberapa kanak-kanak yang mempersembahkan lagu untuk Kim Jong-un dan isteri, Ri Sol-ju tetapi ada sesuatu istimewa tentang kanak-kanak itu yang menonjol di mata pakar-pakar tersebut.




Kanak-kanak itu dikatakan mengambil bahagian dalams satu persembahan semasa Hari Kebangsaan baru-baru ini. - Pen News





Menulis di bawah alias Samhero, seorang penganalisis blog InDPRK mencatat bagaimana Sol-ju meluru ke arah kanak-kanak tersebut pada penghujung rancangan.


So-ju meletakkan tangannya di belakang kanak-kanak itu dan dilihat bercakap dengannya secara peribadi.


Penganalisis melihat petunjuk lanjut semasa persembahan itu sendiri apabila fokus kamera tertumpu kepada kanak-kanak tersebut semasa nyanyian bermula, berlarutan selama beberapa saat sebelum kembali kepadanya berulang kali.


Sementara itu, penampilannya juga sangat menyerlah apabila dia satu-satunya gadis yang memilih gaya rambut lepas dan memakai stokin putih.


Pakar elit Korea Utara, Michael Madden berkata,  anak perempuan Kim adalah sebaya dengan kanak-kanak terbabit.


“Dia akan berusia hampir 10 tahun pada 2022 iaitu kira-kira umur kanak-kanak yang ditunjukkan dalam rakaman media pemerintah,” kata Madden.


Madden menekankan bahawa pendedahan yang terlalu terbuka tentang identiti anak perempuan Jong-un adalah sangat berisiko buat pemimpin tersebut.


Pelbagai insiden seperti penculikan, cubaan membunuh atau dicederakan mungkin terjadi jika identitinya diketahui umum.


“Ketika Jong-un masih kanak-kanak dan remaja, dia dipisahkan daripada semua orang kecuali tentera elit Korea Utara yang mempunyai hubungan kekeluargaan atau peribadi rapat dengan bapanya.


“Tiada sesiapa dibenarkan berinteraksi dengannya atau adik-beradik lain tanpa kebenaran bapanya.


Kewujudan Kim Ju-ae disahkan bintang bola keranjang, Dennis Rodman yang melawat Jong-un pada 2013.


“Khabar angin perisikan mengenai anak-anak Jong-un mengatakan bahawa beliau mempunyai tiga anak, dua anak perempuan dan seorang lelaki.


Rejim pemerintah Korea Utara terkenal dengan prinsip menutup mulut mengenai keluarganya.


Jong-un sendiri hanya diperkenalkan kepada rakyat Korea Utara pada 2010 setahun sebelum kematian bapa dan pendahulunya, Kim Jong-il.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2022 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
sebiji muka kawan aku yg cina tu hihi
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Cute. Slmt ko ikut muka mak ko yg comel tu. Kira menjd la baka dorg ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-2-2023 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.085920 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list