CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2126|Reply: 30

Mahasiswa didakwa miliki 740 bahan lucah kanak-kanak

[Copy link]
Post time 22-9-2022 08:07 PM | Show all posts |Read mode
Mahasiswa didakwa miliki 740 bahan lucah kanak-kanak


Foto hiasan


SEREMBAN: Seorang penuntut universiti swasta warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 12 pertuduhan menghasilkan dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak.

Zobaidul Amin, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan, pelajar perubatan universiti swasta di ibu negara itu didakwa atas lapan pertuduhan mengarah atau menghasilkan pembuatan pornografi kanak-kanak dalam bentuk gambar dan video menggunakan perkhidmatan aplikasi Snapchat.

Dia didakwa di bawah Seksyen 5 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Bagi empat lagi pertuduhan, Zobaidul didakwa memiliki bahan pornografi kanak-kanak iaitu 740 imej digital dalam telefon bimbit, pemacu USB dan cakera keras.

Dia didakwa di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Bukit Rasah, di sini, antara 26 Oktober 2021 sehingga 19 September lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria, memohon tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius.

Katanya, tertuduh dibimbangi meneruskan aktiviti mengarahkan penghasilan pornografi kanak-kanak dan mengganggu mangsa secara dalam talian sekiranya ikat jamin diberikan.

Peguam tertuduh, Harvindar Singh, memohon jaminan diberikan kepada anak guamnya kerana kesalahan itu boleh diikat jamin.

Mahkamah menetapkan ikat jamin berjumlah RM96,000 iaitu RM8,000 bagi setiap pertuduhan dan dua penjamin dalam kalangan warganegara Malaysia.

Tertuduh dikehendaki melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan serta tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan yang lain.

Tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen ditetapkan pada 30 November.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... n-lucah-kanak-kanak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2022 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
seramnyaaa .
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia genius ka? Kalau genius kasik lepas aja la. Aset negara Bangla.

*senyum sinis*
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 08:26 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 22-9-2022 08:17 PM
Dia genius ka? Kalau genius kasik lepas aja la. Aset negara Bangla.

*senyum sinis*

mamat tu bknnya genius.. kalau genius, takdenya wat jurusan matematik... ntah apa kabo dia lepaih ukm.. masih hidup ke dakk..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 22-9-2022 12:26 PM
mamat tu bknnya genius.. kalau genius, takdenya wat jurusan matematik... ntah apa kabo dia lepaih  ...

Heols is Maths jinius horkeh!

https://says.com/my/news/math-ge ... -did-anything-wrong
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 22-9-2022 08:26 PM
mamat tu bknnya genius.. kalau genius, takdenya wat jurusan matematik... ntah apa kabo dia lepaih  ...

hidupppp rasanya jd tenaga pengajar sana kalau tak breach contract la.
ms iols selalu ke sana dulu heols tgh buat phd.
tp heols mmg genius (diakui lectr sana peel tu yg hamjadah sgt wajib dibenam ke sg klang)

amboii stdnt foreigner ni pun kan main beratus dok simpan. dasar pedo jahanam
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 09:00 PM | Show all posts
dalam LGBTQRST tu ada tak huruf untuk golongan pedo ni?

pedo ni pon kecelaruan orientasi seks jugak kan macam gay semua tu? ke lain?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 09:12 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 22-9-2022 08:48 PM
Heols is Maths jinius horkeh!

https://says.com/my/news/math-genius-pedophile-is-now-studying-at-u ...

kalau genius betui bg iols, dah lama wat duit.. ni takat jadi pedo, bkn genius lerr tuh.. apa teorem2 baru yg dia hasilkan? apa artikel2 di jurnal2 yg dia hasilkan? sbb tuh iols tak rasa budak ni genius.. iols speku lecturer sana kabor lagu genius sbb dah terpaksa amik budak ni..

la ni wat phd lagi bahaya... nnt lepaih grad, pasti cari keje sbg pensyarah.. uni mana pulak jadi mangsa? bebudak mana pulakk jadi mangsa? sbb tu la bahaya... iols tak tau la apa plan kerajaan sblm ni, ke deme pikiaq kalau tanggung, biaq tanggung sampai akhir.. iols pasti deme dah byk bermusyawarah psl budak ni sblm amik dia balik.. kalau budak ni tak sambung blajaq, adakah dia akan lebey bahaya? sbb takde sapa nak pantau? kalau dia sambung blajaq, adakah lebey slamat sbb ramai yg voley pantau kat uni? wallahualam.. tapi tetap iols tak rasa genius..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2022 09:13 PM | Show all posts
syamzana replied at 22-9-2022 08:53 PM
hidupppp rasanya jd tenaga pengajar sana kalau tak breach contract la.
ms iols selalu ke sana dulu ...

iols speku pedo ni mmg jenis simpan byk2 sbb takleh kontrol diri.. sakit kott.. tapi tak tau la apa rawatan yg sesuai utk deme..

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mangsa yg dlm 700 gambar dia tu kanak2 malaysia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Family T20 ke ni?smpai wang jaminan 96k
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangladesh ni pun ramai jugak jenis T20 . Kat malaysia ramai jugak bangla study sini ek? Orang sini nak belajar kat swasta hutang sana sini. Kat US Europe pun boleh jumpa bangla ambik degree. Kat subang jaya ada sorang pompuan bangla ni belajar kat Taylor klu tak salah. Bangla jenis cantik, freehair.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sula sula !
Simpan menatang ni buat apa. Buat perabih bawang jah
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 09:56 AM | Show all posts
patut kena buat proper check untuk foreign student ni..macam aku dulu masa student kt oversea ada sorg inspector yang pantau activity kitorang kenkadang datang visit rumah sewa...tapi dorang friendly la ajak kuar makan semua tak la strict sgt
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
bakal doctor ni.. nasibla kena cekup awai2.. maunya esok jadi paed.. skeri
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 10:25 AM | Show all posts

Bakal Doktor Mengaku Tak Salah Simpan 740 Gambar Lucah, Arah Video Pornografi Kanak-kanak

Perbuatan jijik bakal doktor menyimpan 740 gambar lucah dan mengarah video pornografi kanak-kanak mengundang padah apabila dia didakwa di Mahkamah Sesyen di Seremban semalam.


Lelaki Bangladesh, Zobaidul Amin, 24, pelajar sebuah universiti swasta itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas 12 pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.


Zobaidul membuat pengakuan itu selepas pertuduhan menghasilkan dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak dibacakan dalam bahasa Inggeris.




Zobaidul didakwa di atas 12 pertuduhan menghasilkan dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak di Mahkamah Sesyen Seremban semalam.





Zobaidul didakwa dengan lapan pertuduhan mengarah atau menghasilkan suatu pembuatan pronografi kanak-kanak dalam bentuk gambar dan video menggunakan aplikasi Snapchat.


Dia didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.


Bagi empat lagi pertuduhan, Zobaidul didakwa mempunyai suatu bahan pornografi kanak-kanak iaitu sebanyak 740 imej digital di dalam telefon bimbit, pemacu USB dan cakera keras.


Berikutan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.


Kesemua kesalahan tersebut dilakukan di sebuah rumah di Bukit Rasah di sini antara 26 ­Oktober 2021 sehingga 19 September lalu.


Ketika prosiding, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria memohon tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin kerana kesalahan yang dilakukan itu adalah serius.


Zahida berkata, sekiranya ikat jamin diberikan, dibimbangi tertuduh akan meneruskan aktiviti mengarahkan penghasilan pornografi kanak-kanak dan mengganggu mangsa kanak-kanak secara online.


Sementara itu, peguam yang mewakili tertuduh, Harvindar Singh pula memohon jaminan diberikan kepada anak guamnya itu kerana kesalahan dilakukan boleh diberikan ikat jamin.


Mahkamah kemudian mene­tapkan jaminan diberikan kepada tertuduh sebanyak RM96,000 selain mengenakan syarat tambahan supaya tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan pada setiap bulan serta tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan yang lain. Dia kemudian dibawa ke Penjara Seremban selepas gagal membayar wang ikat jamin.


Kes disebut semula pada 30 November depan.


Terdahulu, Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin dalam satu kenya­taan memaklumkan, polis telah menahan tertuduh di sebuah rumah di Seremban pada Isnin lalu kerana disyaki memiliki bahan pornografi kanak-kanak.


Katanya, dalam serbuan itu polis telah menemui sejumlah besar bahan pornografi kanak-kanak dalam komputer riba dan telefon bimbit milik suspek.


Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek telah menggunakan aplikasi media sosial untuk berkomunikasi dan meme­rangkap mangsa serta melakukan ugutan bagi mendapatkan bahan berunsur seksual daripada ­mangsa yang terdiri dari kanak-kanak luar negara.


Penahanan suspek yang me­nuntut di sebuah pusat pengajian tinggi itu merupakan hasil kerjasama polis dengan Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2022 10:41 AM | Show all posts
pedo macam  ni elok sula & hantar berambus balik
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok bunuh je la pedo canmm dia ni, x guna simpan dalam penjara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2022 11:03 AM | Show all posts
Post time 22-9-2022 08:07 PM
[Tempatan] Mahasiswa didakwa miliki 740 bahan lucah kanak-kanak
https://b.cari.com.my/forum.php? ... =5065956&extra=

dah ada

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 11:10 AM | Show all posts
adoiii nak jd doktor tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-11-2022 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.112778 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list