CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 521|Reply: 3

Badan Seperti Dibakar Api, Remaja Alahan Terhadap Air

[Copy link]
Post time 22-9-2022 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Seorang remaja perempuan mengalami sejenis sindrom yang jarang berlaku apabila dia mempunyai alahan terhadap air yang menghasilkan kesan seperti dibakar ke atas badannya, lapor portal berita MailOnline.


Remaja dari negeri Missouri, Amerika Syarikat (AS), Sadie Tessmer berkata, alahan yang digelar ‘aquagenic urticaria’ mula menyerangnya pada akhir tahun lalu.




Daily Mail




“Keadaan ini menghalang saya untuk keluar berenang di pantai, bermain kayak di tengah tasik atau berpeluh semasa berlatih bola sepak.


“Air membuatkan badan saya kelihatan seperti dibakar api dan ruam-ruam merah akan muncul. Sepanjang musim panas lalu, saya hanya tinggal di rumah dan mengelak semua aktiviti luar yang menyebabkan saya berpeluh,” jelasnya.


Tessmer masih boleh meminum air tetapi mesti menggunakan penyedut minuman bagi mengelakkan cecair itu menyentuh bibirnya.


Alahan kepada air sangat jarang berlaku, dengan hanya kira-kira 100 orang atau kurang daripada satu dalam 230 juta dianggap terjejas di seluruh dunia.


Tiada penawar yang boleh ditawarkan kepada penghidap sindrom itu dan pakar memberi amaran bahawa serangan ruam boleh membawa maut jika ia menjadi terlalu teruk.


Tessmer sebelum ini tidak mempunyai masalah dengan air dan suka berenang, bermain bola sepak atau pergi ke pantai sehingga akhir 2019.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2022 08:48 PM | Show all posts
bukan kah manusia di cipta daripada air mani? ni ujian dia moga dia sembuh dan mendapat pertunjuk hidayah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 10:17 PM | Show all posts
semoga sembuh..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Seksa nya tak boleh mandi..kalau duduk Malaysia yg panas ni mesti serupa Bangla dh bau badan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

8-12-2022 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.099067 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list