Seorang pelajar tingkatan satu mendakwa hampir diculik tiga lelaki yang menaiki sebuah kenderaan dalam kejadian di Tanjung Dawai, Sunga Petani, Kedah.
Kejadian kira-kira jam 6.55 pagi itu berlaku ketika pelajar lelaki berusia 13 tahun itu sedang menunggu van sekolah di hadapan sebuah kedai runcit di pekan Tanjung Dawai.
Menerusi laporan Utusan, pelajar terbabit menunggu van itu bersendirian sebelum dihampiri kenderaan berwarna kelabu dinaiki tiga lelaki terbabit.
Lokasi kejadian. SUMBER Utusan
"Tiba-tiba sebuah kereta warna kelabu yang dipandu laju dari arah bangunan Arked Mara berhenti di hadapan saya sebelum dua lelaki turun sambil meminta saya menaiki kenderaan itu.
"Mereka sempat memegang baju sebelum saya meronta dan berlari pulang ke rumah di Kampung Kepala Tanjung yang terletak kira-kira 100 meter untuk memaklumkan kepada ibu.
"Melihat saya berjaya melepaskan diri, dua lelaki itu kembali memasuki kenderaan sambil dipandu pergi oleh seorang lagi kawan mereka," dakwa pelajar tersebut.
Gambar hiasan. SUMBER Google
Sementara itu, ibu pelajar itu berkata, dia cemas melihat anaknya berlari pulang ke rumah dengan wajah pucat sambil menangis teresak-esak.
"Saya terkejut melihat keadaannya seperti dalam ketakutan sebelum memintanya menenangkan diri. Selepas beberapa minit kemudian, dia memaklumkan ada orang cuba menculiknya menggunakan sebuah kenderaan.
"Saya terkejut dengan kejadian ini yang mana suami saya yang bekerja sebagai nelayan tidak pernah bergaduh dengan sesiapa sehingga membuatkan orang berdendam dan cuba menuclik anka," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut namun enggan mengulas lanjut kerana masih menjalankan siasatan. -CARI
kakikuDibibirmu: Pasaipa angpa jadi lagu tu? Peliaq betoi lah hai, the wedar is kliar katanya, dajjei sungguhlah, kamjad betoi, Ffira Mikah tersenyum sinis {: ...
ku ukir nama mu di awan gunung jerai
di saksikan laut daun nyiur melambai
jauh pandangan permai di situ tanjung dawai
terkenang peristiwa cinta madu jusa c terlerai
Post time 22-9-2022 02:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Zaman skng tak kiralah parents ko tak der gaduh dgn org ke apa.. Penculik tu nmpk ko sihat, lubuk dia utk jual Buah pinggang, jantung dan sebagainya. So, ko jadi target lah.. Tak semestinya ko nak kena buat hal dengan dorg baru dorg nak culik..
mesti diorang dah perati lama tu. nampak budak ni pagi buta tengah gelap lg dah tgu van sekolah sorang2. itu yg dia aim. nasib budak ni cerdik pandai lari. yg mak pon satu, boleh pulak tgu selamba je kat rumah, biar anak dara tgu sorang2 pagi gelap tu. eh klu tgu depan rumah i ok lagila. ni tgu depan kedai, kedai pon xbukak lagi
kat kg biasa la kan bdk2 jalan g umah kawan
ada sekali tu aku lepak dpn umah mak aku
nampak ada bdk2 jalan...tetiba ada satu hilux berenti tnya kat mana kolam air panas
sedangkan kolam tu mmg nampak terang2 signboard segala masa ko nak masuk kg aku tu..
pastu bdk2 tu ckp kena keluar balik terus je nanti nampak
org dlm kete tu insist ckp tak tau nk ajak bdk2 tu naik kete tlg tunjuk
time bdk2 tu nak naik, kawan mak aku terus menjerit2 ckp jgn naik jgn naik
terus hilux tu cabut pecut laju2..seshuatu sgt...
esoknya aku nk keluar g town..terserempak lagi dgn hilux tu menuju kg aku