|
[Tempatan]
Misteri kehilangan Nenek Painah dalam kebun sawit. Post#135 Ada ‘lembaga besar’ jaga nenek Painah selama 6 hari hilang
[Copy link]
|
|
Pastu dulu2 kt johor pernah kecoh konon hilang ke alam ghaib padahal tdo sembunyi umah kawan je
Tu kes budak2 la
Cm orgtua ni mgkin nyanyuk la kot
Hutan plak byk pemangsa yg lapar hmm |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan2 sengaja di ghoib kan. Bukan leh percaya sangat bangsa Yahoodee niy  |
|
|
|
|
|
|
|
Moga dijumpai dalam keadaan selamat & sihat.. Allahu..
Kawan iols dulu citer ade bunian bekenan kat nenek dia walopon dah kawin dah tua dah pun. Alasannya sebab nenek ni baik sesangat kat laki dia. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 14-8-2022 01:28 AM
Ka nak jadikan babu jaga anok2 bonian?
Kos hidup di alam bunian meningkat juga barangkali |
|
|
|
|
|
|
|
Takde versi bagai..
Ummah Melayu Isle je riak pasai Bunian nie...
Mmg wujud pon tapi selalu dikaitkannya pulak..
Scapegoat yang paling senang nak cilok
|
|
|
|
|
|
|
|
Stendelaa baii..Ummah Syorga la kan...
Tu pasal Puak Bunian nie gigih colik Ummmah yg suci syumul...
yang lenlain diabaikan...
|
|
|
|
|
|
|
|
reddots replied at 14-8-2022 12:29 AM
Td ada tgk video anak dia tgh tarik sesuatu yg invisible. Katanya tgh tarik mak dia. Tarik sekuat ...
Alahai dah macam ceta poltergeist pulak tarik anak yg kena kidnap ngan hantu keluar dari alam lain..I still caya nenek ni terjatuh dalam longkang ke mana..kalau kena makan ngan ular sure jumpa ular tu tak gerak2 tunggu hadam |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga makcik dijumpai la ye. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga acik ni cepat dijumpai dgn selamat..kesian lah kalau dia on medication |
|
|
|
|
|
|
|
payah nak caye benda yg tak nmpk ni. malas la asyik kene kelentong je bab2 bunian ni mcm kes acik dewi dulu tu. ujung2 khayalan semata 
hrp makcik dijumpai dlm keadaan selamat. dah lama sgt ni, makan minum apa la agaknya tu. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga cik painah selamat..kepada keluarga diharapkan bsabar dan bnykkn kn berdoa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin ada pokcik bunian yg duda ataupun bujang tua yg dh brkenan kat makcik ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
nama Painah Siwan
anak anak mesti nama mohd rosdi...mohd ramli...
cucu pulak nama nur diana balqis estrella kalau laki..haqiem danish daniel
muahahahah |
|
|
|
|
|
|
|
chandrahusin replied at 13-8-2022 08:53 PM
Penah aku ikut waze lalu kampung2 Parit kat Senggarang ni.. ladang kelapa sawit mcm endless.. naik c ...
Haha aku pun pernah jadi camtu..tapi area Batu Pahat. Dibawak dek waze dalam kawasan sawit..lorong kecik2 |
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing replied at 14-8-2022 11:14 PM
nama Painah Siwan
anak anak mesti nama mohd rosdi...mohd ramli...
Ihhhh
Tgh2 mlm suruh org gelak
 |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 15-8-2022 03:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
JamilBinAbu replied at 15-8-2022 03:17 PM
Alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
JamilBinAbu replied at 15-8-2022 03:17 PM
Alhamdulillah...jumpa kat tempat anak dia nampak tu ke? Takde lagi keluar kat fb meols berita ni |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 15-8-2022 03:30 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by mojarean_X at 15-8-2022 03:31 PM
BATU PAHAT: Painah Siwan, 79, wanita yang hilang sejak Rabu lalu selepas keluar ke kebun sawit berhampiran rumahnya di Kampung Parit Sayang, Senggarang, di sini, ditemukan dalam lemah berhampiran lopak air dalam kawasan kebun berkenaan.
Warga emas itu ditemukan penduduk yang turut menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 11.25 pagi dalam lingkungan 900 meter dari pos kawalan operasi. Ketika itu, terdapat bersamanya sepasang selipar dan secekak lidi daun sawit yang sebahagiannya telah diraut.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah dalam satu kenyataan
kemudian, memaklumkan Painah dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini dengan ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Sementara itu, anak mangsa, Sadiah Mohari, 42, melahirkan rasa syukur dengan penemuan semula ibunya dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari wanita berkenaan.
Katanya, keyakinan ibunya akan ditemukan dalam keadaan selamat serta doa yang tidak putus-putus daripada anak-anak serta penduduk kampung, akhirnya termakbul.
"Syukur Alhamdulilah, pagi ini kami menerima berita yang dinantikan selama enam hari. Paling penting emak ditemui dalam keadaan selamat.
"Ketika ini emak berada di hospital bagi mendapatkan rawatan kerana keadaannya masih lagi lemah. Buat masa ini, biarlah dia berehat dulu," katanya ketika dihubungi.
Painah gagal dikesan selepas dikatakan ke kebun kelapa sawit berhampiran rumahnya, kira-kira jam
3.30 petang Rabu lalu. Pasukan mencari dan menyelamat kemudian digerakkan termasuk dengan khidmat anjing pengesan (K9).
Sadiah ketika ditemui pemberita pada Sabtu lalu, memaklumkan keluarga buntu ibunya tidak ditemui walaupun pelbagai usaha dibuat, termasuk bantuan mencari dan menyelamat daripada pihak berkuasa, selain individu yang arif agama.
"Ada juga pihak arif agama datang membantu dan memberitahu, emak selamat di alam ghaib, masih ada sekitar kawasan ini. Dia mahu balik tapi tak mampu menjelmakan dirinya di dunia nyata," katanya seperti dilaporkan sebelum ini.
Painah biasa ke kebun untuk mencari sisa daun kelapa sawit yang sudah dibuang pekebun untuk dijadikan penyapu lidi dan akan pulang selepas itu.
Susulan kehilangannya, SAR digerakkan melibatkan 187 anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Batalion ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|