CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11296|Reply: 132

Astaghfirullah! Pengkid selamba tunai umrah pakai ihram, siap buat video latar belakang Kaabah... ramai marah sampai harap kena panah petir

  [Copy link]
Post time 12-8-2022 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 12-8-2022 03:52 PM


NEGARA kita pernah digemparkan dengan kontroversi usahawan kosmetik Muhammad Sajat Kamaruzzaman yang berpakaian seperti seorang muslimah menjalani ibadah umrah bersama keluarga dan rakan-rakan.

Terkini tular pula kisah seorang perempuan memakai ihram, pakaian bagi menunaikan ibadah umrah dan haji bagi seorang lelaki, selepas ia dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, Azmah (bukan nama sebenar).

Mengakui dirinya sebagai bekas 'teman wanita', Azmah membuat hantaran tersebut mendedahkan mengenai tindak tanduk seorang pengkid (wanita berlagak lelaki) itu ketika menunaikan umrah melalui bebenang dan perkongsian video.
  


M*mp*s kaulah sana semoga kena panah petir tak pun lumpuh sebelum balik. Main-main dengan hukum Allah, tulisnya.

Jelas pengguna Twitter itu, dia sudah letih melihat segala kemungkaran dilakukan oleh 'bekas kekasihnya' selama ini.

Malah, dia juga mendakwa pengkid tersebut pernah mengajak dirinya untuk berkahwin semasa hangat bercinta dahulu selain berkongsi tangkap layar perbualan antara mereka berdua.

Kalau ada yang nak saya spill semua, saya akan buat sebab kes macam ni tak viral tak kena tangkap dan tak insaf.

Saya penat tengok awak menipu sampai langgar hukum Allah. Awak nak cakap saya fitnah? Saya ada screen shot (tangkap layar) conversation awak ajak saya kahwin, email awak, video awak dengan perempuan-perempuan lain,katanya.

Wanita itu kemudian memuat naik satu video menunjukkan individu berpakaian ihram sedang merakam dirinya berlatar belakangkan Kaabah, yang didakwa sebagai pengkid.


Ciapan asal dikongsikan Azmah.

Dalam masa sama, dia juga menyatakan kebimbangan tindakan pengkid berkenaan yang dikelilingi jemaah lain akan membatalkan wuduk lelaki lain akibat bersentuhan

Berani eh. Sesak nafas rasa. Saya harap awak bertaubatlah N*r S******i..

Berapa ramai lelaki batal wuduk, katanya.

Memang dia bukan lelaki dan data dia terang-terang perempuan. AZMAH

Bercerita lanjut, mengenai perkenalan mereka, Azmah mengakui bahawa dirinya juga pada mulanya ragu-ragu dengan status jantina 'bekas kekasih'.

Namun, dia tidak menyangka apabila ramai pengguna media sosial mengaku kenal dengan pengkid tersebut, sekali gus mengesahkan bahawa jemaah dalam video yang dikongsi adalah wanita sejati.

Tambahnya, pengkid itu pernah memberi nombor kad pengenalan identiti palsu kepadanya.

Azmah pada mulanya meragui bekas kekasihnya itu.

Pada mulanya saya 50 - 50 bila ramai beritahu boyfriend kau tu perempuan.Sebenarnya ada banyak lagi saksi tampil dari TikTok dan sebagainya. Memang dia bukan lelaki dan data dia terang-terang perempuan.

Dia tipu bagi nombor kad pengenalan lain. Tapi identity card rupanya nombor genap dan ya gambar dia.

Maaf tak boleh letak gambar data dia di sini tegasnya.

Perkongsian ini ternyata mengundang pelbagai reaksi di laman sosial. Kalau rakyat Malaysia ada masalah nak pergi buat umrah atau haji lepas ni, kamu salahkan malaun macam ni. Punca betullah!Rata-rata netizen berang dengan tindakan pengkid tersebut yang terang-terangan melanggar perintah Allah.

MashaAllah. When agama is nothing to some of you all. Tak takut ke? Beraninya main-mainkan agama.

Individu lain turut mengaku mengenali individu ini sebagai wanita berperwatakan lelaki.

B*d*h ke? Lepas ni kalau jemaah Malaysia susah masuk lepas ni memang nak kenalah dia ni. Eh marahnya aku, balas netizen pada ciapan asal.

Sebelum ini, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan dalam laman sesawang rasmi bahawa pengkid, iaitu wanita Islam yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi Islam.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2022 03:50 PM | Show all posts
kata kat komen, dari 2015 dia dah start solat jumaat n solat kat masjid sebagai lelaki…
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 03:56 PM | Show all posts
elok plk xde pape


bamjat blh tag team lh klu btl ni pengkid
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Khunsa kot mcm arwah yasmin ahmad
Mcm2 betul yg jd skrg ni, harap semua sempat bertaubat jelah sebelum ajal
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 04:01 PM | Show all posts
Edited by ezacbee at 12-8-2022 04:04 PM

Kalau betul pompuan memang berani mati dia ni... Tapi tengok muka cam laki nerd. Khunsa ke

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 04:01 PM | Show all posts
kalau letak abam jad ngan pengkid nih dalam satu sel penjara, agak2 sapa yg mengandung dulu?
abam jad ka budak baru balik umrah ni?
kan smalm abam jat rengsa mcm mana nak lekat anak dalam 'rahim' dia
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 04:09 PM | Show all posts
haaa elok la ni kawenkan dgn abam jad
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 04:13 PM | Show all posts
serious eh pompuan? nampak leher n atas bahu dia macam lelaki ja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2022 04:18 PM | Show all posts
sangka baik...maybe beliau khunsa....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 04:24 PM | Show all posts
Nama dalam ic katanya Nur syazwani.
Berani sangat manusia skrg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 04:32 PM | Show all posts
Dalam masa sama, dia juga menyatakan kebimbangan tindakan pengkid berkenaan yang dikelilingi jemaah lain akan membatalkan wuduk lelaki lain akibat bersentuhan

tak batal la, kalau pegi kursus haji umrah tahu le.

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 05:21 PM | Show all posts

Lesen Memandu Didedah, Menggelupur Pengkid Di Tanah Suci Bila GF-GF Bersatu 'Spill The Tea'!

Jika dahulu Sajat buat hal di Tanah Haram, terbaru muncul pula pengkid memakai ihram ketika menjalani ibadah umrah.




Kredit foto: Twitter




Perkara ini didedahkan pengguna Twitter yang mendakwa dirinya bekas kekasih pengkid berkenaan.


Dia menegaskan tidak akan tunduk pada permintaan wanita itu untuk memadam pendedahannya itu kerana tindakan pengkid berkenaan sudah melampaui batas.




Kredit foto: Twitter



"Nak suruh aku turunkan content? Tak akan! Sebab makin besar penipuan kau merata-rata ni," tegasnya.


Dia juga mengakui pengkid itu pernah mengajaknya untuk berkahwin dan pelbagai lagi pendedahan mengenainya dibuat.








Kredit foto: Twitter




Malah, dia turut memuat naik video pengkid itu ketika berada di Tanah Haram kerana khuatir dituduh mencipta fitnah dengan menyunting gambar.











Difahamkan, Aliya bukan mangsa pertama penipuan pengkid dikenali sebagai Ayid itu.









Kredit foto: Twitter





Seorang lagi pengguna Twitter tampil memuat naik lesen memandu Ayid dan mendakwa pengkid itu mencabar Tuhan kerana mahu membuktikan kepada semua teman wanitanya bahawa dia 'jantan tulen'.


















Meremang bulu roma dengan pendedahan ini! Kesian jemaah yang terbatal wuduk kerana bersentuhan dengan pengkid ni. - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Jinjang lehernya

Penkid - Fatin Afifah
1 - 0
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 05:24 PM | Show all posts
nampak mcm ada halkum
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Cemana nak sahkah takde gambar pun
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
SWORKS27 replied at 12-8-2022 04:18 PM
sangka baik...maybe beliau khunsa....

Kan
Jd dia pilih lelaki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2022 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 12-8-2022 05:21 PM
Jinjang lehernya

Penkid - Fatin Afifah

Ahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan dah ada thread ni lebih awal. Tepek je lah post lesen bagai tu, sambung menjoyah situ, nokkksss
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 05:32 PM | Show all posts
Suchi replied at 12-8-2022 05:26 PM
Cemana nak sahkah takde gambar pun

https://twitter.com/Aliyameha?re ... erp%7Ctwgr%5Eauthor

maaf tak reti nak tepek gambar dari twitter
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 05:35 PM | Show all posts
org2 camni majlis agama bagai tu tak buat apa2 ke?
mcm sajad semua tu..
ada bukti bergambar tuuuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-11-2022 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.147859 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list