CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4435|Reply: 120

[Tempatan] Kajian Jurnal Nature kata Rakyat Malaysia No.3 Dicatat Antara ‘Paling Malas’ Berjalan Di Dunia.Indon no.1 paling malas berjalan.Anda terkejut?

  [Copy link]
Post time 12-8-2022 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 12-8-2022 12:29 AM

Berjalan kaki merupakan suatu bentuk senaman ringan yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja, dan bila-bila masa. Aktiviti berjalan kaki ini ternyata memberikan banyak manfaat kesihatan terhadap diri kita dalam semua peringkat umur dan tahap kecergasan.

Pun begitu, Malaysia merupakan antara negara paling malas berjalan kaki di dunia mengikut penyelidikan yang telah dilakukan oleh penyelidik di Universiti Stanford.

Berdasarkan laporan tempo.co, Indonesia merupakan negara yang paling malas berjalan dengan purata orang Indonesia berjalan hanya 3,513 langkah sehari.

Diikuti pula dengan negara Malaysia, yang hanya berjalan dengan purata 3,963 langkah sehari dan menduduki tempat ketiga selepas Indonesia.

Difahamkan, penyelidik Universiti Stanford menggunakan data minit demi minit daripada 700,000 orang di seluruh dunia yang menggunakan aplikasi Argus, yang merupakan sebuah aplikasi telefon bimbit yang merekodkan aktiviti setiap pengguna.

Hasil kajian mendapati rakyat Hong Kong mendapat tempat pertama sebagai negara paling rajin berjalan kaki.

Hal ini dapat dibuktikan dengan purata berjalan kaki penduduk Hong Kong mencecah 6,880 langkah atau 6 km sehari.

Seterusnya ialah penduduk China, di mana purata orang berjalan 6,189 langkah setiap hari.

Diikuti di tempat ketiga ialah penduduk Ukraine (6,107), keempat Jepun (6,010) dan kelima ialah Rusia (5,969).

Sebaliknya, penduduk Indonesia telah dinobatkan tempat pertama dalam kategori negara paling malas berjalan kaki dengan purata berjalan kaki sebanyak 3,513 langkah sehari.

Selepas Indonesia, diikuti dengan penduduk Arab Saudi (3,807), Malaysia (3,963) dan Filipina (4,008).

Kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal Nature itu, turut dipaparkan jurang di setiap negara antara penduduk paling aktif dan malas.

Bermaksud, semakin besar jurang dalam negara, semakin besar kadar obesiti dalam kalangan penduduk kawasan tersebut.

Menurut Tim Althoff, salah seorang penyelidik dalam kajian itu, memberikan contoh negara Sweden yang mempunyai jurang aktiviti rendah antara malas dan rajin membuktikan bahawa kawasan itu mempunyai kadar obesiti yang lebih rendah.


https://gaya.tempo.co/read/1615188/orang-indonesia-malas-jalan-kaki-padahal-ada-7-manfaat-berjalan-kaki

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2022 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Btoll..dah tau jalan umah tuh sempit kalo boleh balik sma nak parking2 depan umah
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 04:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Lah ko tgk la cuaca negara yg plg malas berjalan kaki vs negara plg rajin berjalan kaki tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 12-8-2022 04:15 AM
Lah ko tgk la cuaca negara yg plg malas berjalan kaki vs negara plg rajin berjalan kaki tu

Tu la kan..cuba try tgk dlm  shopping mall , rajin je org berjalan dlm tu sbb ekon...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
panas la wei.lenjun dengan peluh sendiri jah nnt.kalo cuaca tak panas aku suka ja jalan kaki
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 12-8-2022 04:15 AM
Lah ko tgk la cuaca negara yg plg malas berjalan kaki vs negara plg rajin berjalan kaki tu

Itu la alasan i hahaha…
i mmg antara yg malas berjalan
tak tahan dgn cuaca panas
lagi 1 kalau tempat tu kotor
dan ramai org
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ambil average number mmg rendah. Number of steps aku kalau pergi ofis mmg 5k dan ke atas. Antara sebabnya adalah hanya naik public transport. Kalau drive dapat la bawah 2k. Bila WFH lagi rendah walaupun waktu lunch keluar jalan kaki ke kedai makan. Sebabnya jarak kedai makan tu dekat.

Kenapa rakyat Malaysia banyak bergantung kepada kereta? Antara faktor yg aku nampak adalah poor urban planning dan hak pejalan kaki diabaikan. Di sesetengah tempat laluan pejalan kaki pun tak ada,tapi jalan sampai 3 lane. Nampak sgt keutamaan hanya diberi kepada pemandu kereta.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada kawan tu siap beli ariz baru atas alasan senang nak parking Masa beli bf.punya dia malas nak jalan. Sekarang br recover lepas mc kena stroke setahun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2022 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejujurnya mmg sgt pns wei nk berjalan selalu...coverwalk ni bkn slalu ada di mne2...terpkse la cr parking dekat ckit....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 07:59 AM | Show all posts
aku suka berjalan park jauh2 pastu berjalan
tapi urusan keje la kalu saja2 aku park dekat2
semalam tgk aku berjalan 7787 steps masa ulang alik kt xpats semalam

kalau ada tangga aku pilih guna tangga camtu
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat maha klu boleh depa nk parking kereta sampai depan pintu hall tu. Punya pemalas nk jln sikit or naik bas shuttle tu. Sanggup bagi kereta bmw tu panjat teping jln. Yg paling dkt dgn entrance. Pastu blok jln shuttle bas. Boddowwwww benaw
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah malaysia ni panas terik. Jalan jauh peluh berlengas badan masuk opis. Lainler dok negara sejuk, jalan berkilo meter pun rasa nyaman je
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 08:28 AM | Show all posts
Nak kuar umah bau pefume semerbak..sampai ke destinasi bau ketiak yg tinggal. Belum masuk rupa mcm singgah mandi tengah jalan.

Lagipun tempat aku nak bejalan p mana. Pengangkutan awam pun bas jah. kalau nampak org jalan kaki rs kesian mcm nak bg tumpang kreta  ja
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 08:30 AM | Show all posts
sebelum nak kata apa apa, i am curious on these parameters:
a) berapa ramai rakyat setiap negara tu yg acess Apps tu?
b) adakah bilangan dalam (a) di atas konsisten atau lebih kurang homogenous atau sama rata?
c) ambil kira tak musim ape ? atau parameters lain?

Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 08:31 AM | Show all posts
tapi sekarang ade yg galakkan naik basikal hehehe, so ....ni kene lah nature tu ambik kire jugakss...i lebih suka cycling dari jalan. taman i banyak anjing liar huhhuhu .
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
ntah apa pny perbandingan...tapi kat negara luar dorang jln laju...mmg ko kena sondol lah kalau lenggang mak limah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2022 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 12-8-2022 04:15 AM
Lah ko tgk la cuaca negara yg plg malas berjalan kaki vs negara plg rajin berjalan kaki tu

Kan...iols pun nk ckp mcm tu.
Tak leh la nk bandingkn negara sejuk dgn negara panas. Aku ni kalau gi cameron, jalan kaki je sana sini...sb tak berpeluh lgsg. Ni kalau kt bawah ni, ko jalan dlm rumah je pun dh peluh 1 badan.
Yg buat survey ni pun bodowwww
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 08:48 AM | Show all posts
panas berpeluh, panas giler, sakit kulit tau tak tengok lah suhu negara tu dulu
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 12-8-2022 08:36 AM
ntah apa pny perbandingan...tapi kat negara luar dorang jln laju...mmg ko kena sondol lah kalau leng ...

Ios dulu kat scotland mmg kena jalan laju sbb sejuk namampus...tp mmg suka la berjalan...kalau jogging cpt semput sbb sejuk sgt
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 12-8-2022 04:15 AM
Lah ko tgk la cuaca negara yg plg malas berjalan kaki vs negara plg rajin berjalan kaki tu

Ntah nyeeeeee... kat japan swiss tu ko jogging 10-15 km pun tak rasa peluh pape (bukan time summer lah)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-12-2022 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.131166 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list