CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1251|Reply: 13

Amar Baharin Dituduh Tumpang Nama Glamour Amyra Rosli Untuk Dapat Job

[Copy link]
Post time 10-8-2022 12:50 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon berbakat besar, Amar Baharin, menolak persepsi segelintir pihak yang menganggap dia menumpang tuah isterinya yang juga pelakon dan pengacara, Amyra Rosli untuk mendapat peluang dalam industri seni.


Menurut Amar, mereka sebagai pasangan suami dan isteri saling membantu satu sama lain.


Foto: IG




“Kami berdua berada dalam industri yang sama. Seperti Amyra yang mencipta laluan kariernya sendiri, saya pula mencipta bahagian saya.


“Kami saling membantu antara satu sama lain. Itu sahajalah. Tiada istilah tumpang-tumpang tuah,” katanya ketika sesi sidang media secara maya drama Biarkan Ia Pergi.


  



Mengulas lanjut, pelakon drama Jodoh-Jodoh Annisa itu turut memberitahu, mereka berdua menjalankan tanggungjawab dengan baik dan masing-masing memainkan peranan untuk memastikan rumah tangga mereka sentiasa harmoni.


“Saya sebagai suami perlu memberi nafkah kepada isteri. Amyra pula sebagai isteri, ada tanggungjawabnya sendiri.


“Alhamdulillah, kami berdua tidak mempunyai masalah dalam isu kerja kerana kami sentiasa berbincang sebelum menerima tawaran. Anak-anak juga perlukan perhatian kami,” tambahnya lagi.




  



Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.


Menerusi drama terbaharu Biarkan Ia Pergi, Amar memegang watak sebagai Zaquan. Drama itu bersiaran menerusi slot Samarinda di TV3 mulai 11 Ogos, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.




  



  



Antara pelakon lain yang turut membintangi drama tersebut adalah Isyariana, Zaki Azeman, Idzham Ismail, Lia Natalia dan Asha Merican. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by che-cikL at 10-8-2022 01:10 PM

Pelakon - ya
Pelakon berbakat - mungkin
Pelakon berbakat besar - mungkin tidak / tidak / tidak mungkin



Ntah apa2 je wartawan buat label, memang dah takde wujud jawatan editor ke? Ke editor pun asal kelas belakang gak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 03:45 PM | Show all posts
It is very2 bad indeed when  there are other people try to judge the luck  n life of others.  Apa mereka tu tak terfikirkah bahawa rezeki setiap seseorang itu sudah diatur oleh Yg Maha Esa. Tak kiralah mcmane rezeki itu diperoleh, asalkan ianya halal, diraih drp usaha yg tidak merampas rezeki orang lain, ape sebenarnya yg dipersoalkan. Bagi suami-isteri juga, jika kelebihan rezeki itu Allah salurkan mll tuah isteri atau suami, so what's the problem. Kenapa nak diumpat keji? Maunya si tukang kata tu ape?
Hentikanlah cakap2 yg sangat tak membina, malah menolong pun tidak sebaliknya cuba mengaibkan orang.
Dah tak ade kerja lain ke sibuk menghitung2 nasib-tuah orang atau pasangan. Bilalah otak melayu ni nak berubah ye?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 03:46 PM | Show all posts
Takde masalah pun, nama pun bini sundri. Rezeki dua-dua pun enjoy. Dia pon memang pelakon bukanlah entah sapa-sapa pungut jadi pelakon tak memasal.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik dia tumpang nama bini.. Kalau dia tumpang nama bini jiran sebelah br gempak..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tumpang bini dia pun apa salahnya. Kiranya isteri pembawa rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Apo bondo la benda ni pun bole buat gosip ke
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 11:06 PM | Show all posts
Dah kali kedua dia jadi hero disisi Isyariana. Ada chemistry dah kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Couple ni tak kacau org pun. Takpe kita biarkan mereka berlalu. Nexttt
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 02:44 PM | Show all posts
Klu betul pun apa salahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yang bakat besar ..watak macam2 tapi sama ja..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 02:52 PM | Show all posts
naseb takde kontroversi sangat. so setakat tumpang rezeki bini apa la sgt
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 03:07 PM | Show all posts
suka keduanya..berlakon pun mantap je..takde la kayu sgt
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 03:18 PM | Show all posts
ok je, takda salah apa pun. Heshe sesuai watak2 kat astro oasis. Tak pastilah kalau heshe n wife dah ada channel utube sendiri. Mungkin boleh juga jana pendapatan sampingan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-2-2023 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.094936 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list