CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1736|Reply: 9

[Tempatan] Hospital Taiping kiciwa hantaran berkaitan rawatan dan kematian anak Nurul Iqa dimanipulasi

  [Copy link]
Post time 10-8-2022 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
TAIPING – Hospital Taiping kesal dengan tindakan beberapa buah portal berita serta halaman Facebook yang memanipulasi hantaran yang dimuat naik oleh seorang wanita di akaun media sosial miliknya sehingga menyebabkan pihaknya mendapat kritikan dan kecaman dari netizen.

Pengarah Hospital Taiping, Dr. Narimah Yusof berkata, perkongsian penceritaan peribadi bertajuk Simpan Kenangan Anak Syurga Ibu dan Ayah yang dimuat naik oleh pemilik Facebook Nurul Iqa pada 2 Ogos lalu telah tular di media sosial.

“Hasil siasatan awal mendapati, perkongsian peribadi pemiliknya telah disalah guna oleh beberapa pemilik blog termasuk beberapa halaman Facebook yang memetik tajuk dengan tujuan menyalahkan pihak tertentu sehingga menyebabkan kematian anak kepada penulis (Nurul Iqa).

“Susulan itu, Hospital Taiping mengambil inisiatif berjumpa dengan waris bayi berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan aduan mengenai Unit Kejururawatan di Jabatan Perubatan Pediatrik bagi tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, pihak Hospital Taiping berharap agar tidak ada lagi mana-mana pihak yang mengambil isu itu bagi tujuan tular dan memberi ruang kepada siasatan yang dilakukan secara wajarnya.

Tinjauan ke laman Facebook Nurul Iqa mendapati, wanita tersebut telah memuat naik hantaran sebanyak 21 perenggan itu pada 2 Ogos lalu pada pukul 3.34 petang bagi menceritakan keadaan bayi lelakinya, Putera Muhammad Fayyaz Muhammad Jiman berusia 40 hari yang diletakkan di Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU) bermula dari tarikh lahirnya pada 23 Jun hingga 1 Ogos lalu.

“Start (mula) dia sakit hari Rabu, oksigen dia mula drop (turun) dan susah sangat-sangat nak naik sebab dia dah penat, disebabkan kecuaian segelintir nurse (jururawat) yang menjaga dia, tak semua nurse cuai, hanya segelintir,” katanya pada perenggan ke-13 dalam penulisan tersebut.

Wanita itu juga turut memuat naik sebuah lagi hantaran pada 3 Ogos lalu dengan menyatakan terdapat banyak lagi kecuaian dari pihak tak bertanggungjawab sehingga membuatkan arwah anaknya menderita. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ek eleh nak damage kontrol la tu.

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 07:44 AM | Show all posts
be responsible lah......
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
innalillahiwainnailaihirrajioun
Kesian parents, anak 1st ke utk pasangan ni
Moga dikurniakan anak2 yg comel lg
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
ospital sentiasa benar
mana mungkin salah
xsuka kalu jgn gi ospital
gi jumpa bomo

- phm fan club -
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 09:02 AM | Show all posts
sebab tu tak bagi waris masuk tunggu, takut kena rakam perangai busuk staff spital, pastu buat arahan takleh rakam pulak. teringat satu tiktok omputeh neh, Dr guna jarum recycle, dah tego jenis Dr perasan bagus takleh ditego, sekarang selamat cacat dah dia, masih dlm proses saman
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 12:35 PM | Show all posts
klu baca mmg sedih pn. dah la anak tgh mcm tu. nurse boleh sedap tido plak dgn bby nanges2 tu. pas tu kau bangun kau marah plak parents tu kata jgn kacau baby tu.. wehh mak pak mane sanggup tgk anak dia dgn wayar2 mcm tu. takde common sense btol nurse yg jge nicu ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 10-8-2022 12:41 AM
Ek eleh nak damage kontrol la tu.

Aku tgok ko mcm ada komen nurse ni mcm ada x belajar apa2 masa amek diploma etc.

Aku pon teringat ada satu nurse ni buat konten tiktok suami dia tk pecaya result semester paling rendah dia around 3.6

Aku pon komen result masa belajar gempak, bila kerja semua tk reti . Amek darah budak x reti, buat prosedur itu tak reti ini tak reti.

Haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Aii kan kalau ank ni selagi dia tak pandai nak rate skali sakit xkn sesekali aii lepaskan dia ke spital gomen..taaakuuut jadi mcm ni la.rela lagi p private dari GH..sampai org question la xkn la takat kuning pun nk private..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 10-8-2022 07:37 AM
Aku tgok ko mcm ada komen nurse ni mcm ada x belajar apa2 masa amek diploma etc.

Aku pon teringa ...

A'ah ada tapi aku delete. Aku pernah nampak nurse kat NICU kasik masuk catheter masuk lubang idung anak aku pehtu yang horrornya sheol jolok sampai keluar dekat mulut. Anak aku baru 2 bulan masa tu. Trauma terus aku. Aku tahan2 lagik maki. Terus buat aduan rasmi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-12-2022 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.093940 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list