CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 6347|Reply: 93

[Tempatan] Belia Melayu aktif seks

  [Copy link]
Post time 9-8-2022 06:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ultra78 at 9-8-2022 06:21 PM

KUALA LUMPUR: Semakin ramai belia di negara ini melakukan hubungan seks secara aktif, termasuk mereka berusia di bawah 22 tahun, berbanding enam tahun lalu.

Hasil kajian mendapati 35.4 peratus belia mengakui pernah melakukan hubungan seks. - Foto hiasan


Tinjauan Kesihatan Seksual dan Kesejahteraan Hubungan Intim Durex Malaysia mendedahkan, kajian secara atas talian membabitkan 1,089 responden berusia di antara 18 hingga 30 tahun dengan 51 peratus ialah belia Melayu, dijalankan pada April dan Mei lalu.

Hasil kajian mendapati 35.4 peratus belia mengakui pernah melakukan hubungan seks, iaitu meningkat hampir 20 peratus, berbanding kajian pada 2016.

Berdasarkan kajian sama pada 2016, hanya 18.8 peratus belia mengakui pernah melakukan hubungan seks.

Sementara 62 peratus belia pula mengakui pertama kali melakukan hubungan seks pada usia 22 tahun ke bawah, berbanding 42 peratus pada 2016.

Pengarah Pemasaran Reckitt Benckiser, Tiffany Tang, berkata hasil kajian juga mengesan salah faham yang meluas terhadap jangkitan seksual dan kehamilan.

Beliau berkata, ini terbukti apabila 31 peratus responden mengakui tidak mengetahui perempuan boleh mengandung pada kali pertama melakukan hubungan seks.

"Selain itu, peratusan sama juga masih percaya mitos wanita tidak boleh hamil sewaktu tempoh haid.

"Kajian ini juga mendedahkan tahap pemahaman masyarakat mengenai cegah hamil, jangkitan seksual serta stigma dan persepsi berkaitan seks," katanya pada sidang media, di sini.


Kira-kira 31 peratus responden mengakui tidak mengetahui perempuan boleh mengandung pada kali pertama melakukan hubungan seks. - Foto hiasan



Tiffany berkata, rentetan dapatan itu, pihaknya mengharapkan lebih banyak perbincangan secara terbuka berkaitan seksualiti dalam mewujudkan ruang selamat kepada golongan muda.

Beliau berkata, ini penting supaya mereka tidak takut berkongsi pengalaman, mendidik diri untuk bertanya soalan berhubung seks.

"Durex juga melancarkan kempen #COMETOGETHER, bagi memberikan nasihat, maklumat bersesuaian dengan usia dan kemahiran yang diperlukan mereka supaya lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan.

"Lebih banyak maklumat diperoleh, lebih matanglah golongan muda untuk membuat pilihan lebih baik," katanya.




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2022 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Calling setajah kentot faraj..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kemain durex buat kempen mengkondom. Lobai pas ok ka tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang penting, practice safe sex.

Giatkan mengrsex, kurangkan buang anak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ridhuan Tee yang bilang 100% pompuan Cina takda dara sebelum menikah terkulat2 membaca berita.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 06:33 PM | Show all posts
seronoknya mencelup     
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 06:45 PM | Show all posts
Mengapa gambar di atas gambar orang mambaca buku saja?

mengapa tiada gambar yang berkaitan?

resign saja lah dari menjadi wartawan
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
msia semakin maju
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2022 06:52 PM | Show all posts
kalo dilakukan secara halal apa salahnya
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada faraj dan zakat apa lagi nak buat.. guna je lah
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Asalkan menutup aurat..
walaupun kau birah or baru buang anak kat longkang.. org xkan kutuk..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
@greentea tersenyum farajj sesambil buat inventory shipment DIY toys.....


Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 9-8-2022 06:47 PM
msia semakin maju

Anak ko jaga elok elok...supaya tak jadi penyumbang 'kemajuan' that you are referring to....
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 9-8-2022 07:09 PM
Asalkan menutup aurat..
walaupun kau birah or baru buang anak kat longkang.. org xkan kutuk..

Bener sis..setujuuu..paling penting berkatup litup
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 08:19 PM | Show all posts
statement kat atas salah, dah tua nak mampus pun masih aktif belia yes sbb apps. apps sejak 6 tahun lepas menggantikan facebook tempat gelek tunjuk lurah semua demi dapat coint.

kaka respect jozan sbb didik anak tanpa smartphone. smartphone banyak menentukan anak menjadi manusia atau orang.

kalau ada anak2 tak perlu bg smartphone just guna smartphone parent.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 08:20 PM | Show all posts
Thunderclouds replied at 9-8-2022 07:57 PM
Bener sis..setujuuu..paling penting berkatup litup

minta dijauhkan dari diri kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2022 08:21 PM | Show all posts
biar kuat sex asal halal...no wonder banyak ubat berkenaan dengan sex dan sebagainya banyak
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 08:23 PM | Show all posts
Memang ar. Terutamanya yang dah nikah. Apadehal?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat seks aku tak hairan sebab kalau dah nikah X salah. Yg salah bila luar perkahwinan atau seks sejenis.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa pkp ritu je sbb menjeling ko menjeling mata kita sama memandang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-9-2022 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.100642 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list