CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 188|Reply: 0

[Dunia] Ukraine minta NATO hulur RM22 bilion sebulan

[Copy link]
Post time 1-7-2022 11:43 AM | Show all posts |Read mode

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berucap pada sidang kemuncak G7 melalui pautan video di Jerman pada 28 Jun lalu. - BBC

Ukraine minta NATO hulur RM22 bilion sebulan

KIEV – Presiden Volodymyr Zelenskyy  menggesa negara-negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyumbang  AS$5 bilion (RM22 bilion) setiap bulan bagi menampung defisit ekonomi Ukraine, lapor laman berita RT kelmarin.

Zelensky berkata,  NATO perlu membantu Ukraine memenangi perang menentang Russia atau berisiko berperang dengan Moscow pada masa hadapan.

Beliau membuat kenyataan tersebut ketika berucap pada sidang kemuncak NATO di Madrid, Sepanyol melalui sidang video.

“Terdapat dua pilihan dalam situasi sekarang iaitu menghulurkan bantuan mencukupi pada  kadar bagi membantu Ukraine mencapai kemenangan atau menghadapi  perang tertunda antara Russia dengan anda (blok Barat),” kata Zelensky kepada barisan pemimpin NATO.

Zelensky turut memaklumkan bahawa Ukraine memerlukan kedua-dua bantuan ketenteraan dan kewangan dengan jumlah AS$5 bilion sebulan daripada NATO.

Menurutnya,  kedua-dua bantuan kewangan adalah sama penting dan NATO menyedari bahawa bayaran bulanan tersebut adalah wajar dan munasabah.

“Hanya ini caranya untuk menamatkan perang dengan Kremlin dan ia menerusi sokongan penuh daripada  seluruh komuniti Euro-Atlantik.

“Selepas  konflik  berakhir,  Ukraine perlu diberi jaminan menganggotai kelompok Barat dan tidak lagi dilabel sebagai negara dalam ‘zon kelabu’ antara Russia dan NATO,” tegas Zelensky.

Russia menghantar pasukan tentera menceroboh Ukraine pada 24 Februari lalu dengan alasan Kiev gagal melaksanakan perjanjian Minsk untuk mengiktiraf status istimewa wilayah Donetsk dan Lugansk. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... m22-bilion-sebulan/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

13-8-2022 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.245197 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list