CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 140|Reply: 1

[Dunia] Penduduk dunia makan 214 juta tan produk akuatik

[Copy link]
Post time 1-7-2022 11:41 AM | Show all posts |Read mode

Jumlah ikan, kerang-kerangan dan alga yang ditangkap di habitat liar dan ternakan akuatik mencatat rekod 214 juta tan pada tahun 2020. - AFP

Penduduk dunia makan 214 juta tan produk akuatik

LISBON, Portugal – Jumlah ikan, kerang-kerangan dan alga yang ditangkap di habitat liar dan ternakan akuatik mencatat rekod 214 juta tan pada tahun 2020, kata Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) kelmarin.

Didorong peningkatan sektor akuakultur, rekod baharu itu membawa berita baik ketika dunia berdepan lonjakan harga dan kekurangan bekalan makanan yang antara lain disebabkan oleh perang Ukraine, gangguan rangkaian bekalan dan inflasi.

“Pertumbuhan sektor perikanan dan akuakultur amat penting dalam usaha untuk menghapuskan kelaparan dan kekurangan zat di peringkat global, kata pengarahnya, Qu Dongyu.

Bagaimanapun, masalah seperti  tangkapan melampau di laut, perubahan iklim dan pencemaran mengancam potensi itu sekiranya tidak ditangani, demikian menurut  FAO  dalam laporan perikanan dunia 2022.

“Pertumbuhan pesat akuakultur kerap kali merosakkan alam sekitar. Namun, pembangunan akuakultur  yang lestari adalah kritikal untuk memenuhi peningkatan permintaan makanan,” kata laporan itu.

Pengeluaran haiwan akuatik dalam tahun 2020 berjumlah 178 juta tan dengan  sektor perikanan dan akuakultur menyumbang sama rata.

Baki 36 juta tan lagi datang daripada pengeluaran alga.

Secara keseluruhan, penduduk  dunia mengambil lebih 20 kilogram makanan akuatik setahun pada masa ini, meningkat lebih dua kali ganda berbanding 50 tahun lalu.

Di peringkat global pula, 17 peratus sumber protein datang daripada sumber akuatik, manakala di  Asia dan Afrika, angka tersebut meningkat kepada lebih 50 peratus.

“Peranan makanan akuatik dalam keselamatan makanan dan nutrisi semakin diiktiraf,” kata Qu.

Negara Asia membekalkan 70 peratus ikan dan ternakan akuakultur pada 2020.

China kekal pengeluar perikanan terbesar diikuti oleh Indonesia,  Peru, Russia, Amerika Syarikat (AS) dan Vietnam. – AFP

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... tan-produk-akuatik/

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 1-7-2022 03:07 PM | Show all posts
Lamanya x makan ikan patin tempoyak kt Temerloh. Kt ctu je iols mkn. Klu jmp tmpt lain mmg x mkn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-8-2022 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.073006 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list