CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 319|Reply: 4

[Politik] Keputusan kes solar Rosmah dijadualkan semula 1 September

[Copy link]
Post time 1-7-2022 11:40 AM | Show all posts |Read mode
Keputusan kes solar Rosmah dijadualkan semula 1 September


Datin Seri Rosmah Mansor. -Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh baharu iaitu pada 1 September ini bagi keputusan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Pada 12 Mei lalu, Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan untuk memberikan keputusannya pada 7 Julai ini bagaimanapun, pada pengurusan kes dalam kamar di hadapan Timbalan Pendaftar Catherine Nicholas hari ini, tarikh berkenaan dilapang dan dijadualkan semula.

Peguam Rosmah, Datuk Akberdin Abdul Kader yang ditemui selepas prosiding pengurusan kes berkenaan, berkata, mahkamah memaklumkan kedua-dua belah pihak untuk hadir pengurusan kes hari ini melalui surat pada 29 Jun lalu, dengan kehadiran isteri bekas perdana menteri itu dikecualikan.

Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yih Tinn, mengesahkan perkara itu dan memberitahu, hakim mahu memberikan keputusan pada Ogos ini tetapi pihak pendakwaan dan pembelaan hanya bersetuju bagi tarikh September.

Pada 23 Februari lalu, pihak pembelaan menutup kesnya selepas memanggil dua saksi iaitu Rosmah dan bekas Pengarah Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM), Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod.

Rosmah diperintah membela diri pada 18 Februari tahun lalu terhadap tiga tuduhan rasuah selepas Mohamed Zaini memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Rosmah mengaku tidak bersalah atas satu tuduhan meminta RM187.5 juta dan dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd ketika itu, Saidi Abang Samsuddin.

Rasuah itu didakwa diterima melalui bekas Pegawai Khas beliau, Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Dalam pada itu, pada 24 Jun lalu, Rosmah memfailkan permohonankebenaran semakan kehakiman untuk mencabar pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam kes berkenaan dan memohon perbicaraan penuh kes itu yang berlangsung sejak tahun 2018 terbatal dan tidak sah.

Permohonan terbabit akan didengar pada 6 Julai ini.

Sebelum ini, Rosmah memfailkan permohonan sama di Mahkamah Tinggi, bagaimanapun permohonannya ditolak dan rayuannya terhadap permohonan itu juga ditolak Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Dalam permohonan terbaharunya, Rosmah memohon deklarasi bahawa pelantikan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan melalui tiga surat pelantikan (fiat), masing-masing bertarikh 8 Julai 2020, 11 Mei dan 21 Mei 2021 adalah salah di sisi undang-undang.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... -semula-1-september

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 1-7-2022 09:56 PM | Show all posts
lepas pru ke tuuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadual PRU15 tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 05:54 AM | Show all posts
nak PRU ler tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-8-2022 10:26 PM GMT+8 , Processed in 5.152087 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list