CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 764|Reply: 15

[Dunia] Bukti 4,300 tulang

[Copy link]
Post time 1-7-2022 07:56 AM | Show all posts |Read mode
Bukti 4,300 tulang


POLIS menggali semula ruangan bawah tanah yang dipercayai menempatkan timbunan tulang manusia. FOTO Agensi

Mexico City: Satu longgokan besar tulang manusia ditemukan di ruang bawah tanah rumah seorang pembunuh kanibal.

Portal Daily Star melaporkan polis di Mexico menemui penemuan menakutkan itu di rumah Andres Filomeno Mendoza, 73, atau digelar Kanibal Atizapan.

Dia ditahan tahun lalu oleh polis yang menyiasat kehilangan salah seorang mangsanya.

Di dalam rumah lelaki itu, penyiasat terkejut apabila menemui mayat wanita yang 'dicacatkan' di atas meja.

Lelaki itu juga mengaku membunuh kira-kira 30 wanita sejak 1990 dan mencatatkan semua nama mangsa di dalam buku nota serta mengaku memakan sebahagian daripada mereka juga.

Polis tempatan menemui 4,300 tulang dan serpihan di rumah itu sejak tahun lalu, kebanyakannya tertimbus di bawah konkrit di ruang bawah tanah dengan 300 lagi ditemukan dalam tempoh empat bulan lalu.

Media tempatan melaporkan, tulang itu kemungkinan milik 19 mangsa, terdiri daripada 17 wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak.

Mendoza dipenjara seumur hidup pada Mac lalu kerana membunuh seorang mangsa yang hanya dikenali sebagai Reyna N.

Mangsa itu kali terakhir dilihat hidup pada 14 Mei 2021, ketika pergi membeli-belah dan dilaporkan terserempak dengan suspek yang tinggal berdekatan.

Dia dipercayai adalah wanita yang anggota badannya ditemui di atas meja oleh pegawai.

Pendakwa raya Dilsya Garcia berkata, pihaknya menemui ruang bawah tanah yang dibuat oleh suspek dengan mayat manusia.

Media tempatan berkata, Mendoza bertemu dengan ramai mangsanya di kelab malam, sebelum memperdayakan mereka untuk pulang bersamanya.

Dia kemudian menikam jantung, memotong badan mangsa dan menanamnya di ruangan bawah tanah.

Pembunuh bersiri berkenaan kemudian melemparkan garam ke atas mayat mangsa.

Sumber;https://www.hmetro.com.my/utama/2022/07/857183/bukti-4300-tulang

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 1-7-2022 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Farah Mendosa  tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni yang kes, laki mangsa tu aka pegawai polis, jumpa sendiri mayat wife dia yang dah decapitated atas meja tu ka? Then barulah terbongkar rahsia pembunuhan bersiri berpuluh tahun?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 1-7-2022 07:59 AM
Ni yang kes, laki mangsa tu aka pegawai polis, jumpa sendiri mayat wife dia yang dah decapitated ata ...

Kat mana nak cari cerita penuh ye?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 10:25 AM | Show all posts
Ramai jugak serial killer dekat mexico ni..
Kat Malaysia ni, rasanya mesti ada jugak kan cuma belum ditangkap
serammmm
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 10:30 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 1-7-2022 07:59 AM
Ni yang kes, laki mangsa tu aka pegawai polis, jumpa sendiri mayat wife dia yang dah decapitated ata ...

kesiannya kalau mcm tu.. mcm plot drama selalu.. husband pergi siasat kes, rupa-rupanya isteri sendiri yang jadi mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 10:31 AM | Show all posts
bukan bukti teori evolusi itu benerrrr kah??

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Sadisnya..korea byk cite camni..aku sejnis x boleh tgk nanti teringat ingat...mmg takkan tgk atau baca sbb x sanggup nak bayangkan kesakitan mangsa semasa didera
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 1-7-2022 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Mooverine replied at 1-7-2022 02:30 AM
kesiannya kalau mcm tu.. mcm plot drama selalu.. husband pergi siasat kes, rupa-rupanya isteri sen ...

Kalau betul kes tu adalah kes ni, husband tu memang tau isteri dia hilang. Dia pi cari di rumah suspek sebab dapat lead heols orang terakhir yang dilihat bercakap dengan wife. Tengok2 dah jadi mayat. Suspek tu katanya baik peramah etc dengan orang. Sebab tu takda sorang pun bersangka buruk kat heols.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
akumakanhati replied at 1-7-2022 02:24 AM
Kat mana nak cari cerita penuh ye?

Cer google nama2 yang ada dalam artikel. Ai tengok kes ni kat Youtube.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 11:31 AM | Show all posts
Buat Drama thriller bersiri best ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
makan orang ke? manusia ni makan macam macam mengalahkan babi.mesti daging manusia sedap dari daging babi kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 1-7-2022 11:28 AM
Cer google nama2 yang ada dalam artikel. Ai tengok kes ni kat Youtube.

Okehhh tennnkiuuu. ????
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 04:39 PM | Show all posts
sebab tu ada hari akhirat

kt sni balasan cume dpt hidup free /mkn minum berak tanggung , ko bunuh/makan org pun dpt hidup free gomen tanggung..

kt sana, abisla azab
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam movie bertajuk Fresh
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 05:05 PM | Show all posts
batmana replied at 3-7-2022 04:39 PM
sebab tu ada hari akhirat

kt sni balasan cume dpt hidup free /mkn minum berak tanggung , ko bunuh/m ...

bangsa etis perati je ko ni man

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-8-2022 10:26 PM GMT+8 , Processed in 3.823951 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list