CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
View: 881|Reply: 3

Aiman Hakim tidak mahu terlalu selesa

  [Copy link]
Post time 1-7-2022 07:55 AM | Show all posts |Read mode




AIMAN galas watak Park Seo Joon dalam drama She Was Pretty versi Malaysia. FOTO Shahril Badri



TUGAS pelakon Aiman Hakim Ridza, 33, bagi menjayakan watak yang pernah dibawa pelakon popular Korea Selatan iaitu Park Seo Joon menerusi drama popular Korea Selatan berjudul She Was Pretty membuatkannya tidak senang duduk.

Apa tidaknya, jika sebut saja nama Seo Joon pasti peminat akan terbayang-bayang kelibatnya di hadapan kamera yang sangat cemerlang dalam apa jua genre dilakonkan.

Rentetan itu, tugas besar menanti Aiman apabila dia perlu memastikan impak lakonannya setaraf atau mungkin lebih baik berbanding bintang Korea Selatan itu menerusi drama She Was Pretty yang dihasilkan semula oleh platform penstriman video, Viu dalam She Was Pretty versi Malaysia.

Sekalipun dia dapat menghidu bahawa lakonannya menerusi watak Haniff itu akan dinilai serta dibandingkan dengan pelakon asal, namun dia tetap mahu mengisi kelompongan yang ditinggalkan pelakon asal dan menambah baik mengikut 'resipi' sendiri walaupun ia agak mencabar.

"Apabila saya tahu betapa besarnya nama dia, di situ ada sedikit tekanan. Jadi, saya fikir apa yang boleh ditambah baik sebab dia sudah buat (berlakon) dulu. Mungkin ada kekurangan dan kekosongan yang dia tak dapat isi. Jadi, saya perlu lebih menjiwai watak itu dan mengisi kekosongan yang ada.

"Sebenarnya saya ada berbincang perkara ini dengan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim dan dia beritahu ada beberapa perkara yang perlu dan boleh diperbaiki. Pada saya ia agak mencabar untuk menambah baik lakonan daripada pelakon yang hebat," katanya.

Menurut Aiman, walaupun dia sudah membintangi pelbagai drama sebelum ini, namun corak lakonan serta pembawaan watak yang perlu ditampilkan menerusi drama adaptasi sebegini mempunyai kelainan serta cabaran tersendiri.

"Ada sedikit perbezaan dalam drama yang berkonsepkan adaptasi seperti ini. Pada saya perbezaannya dari segi perincian watak dalam drama itu sendiri. Sebab ini templat daripada versi Korea.

"Pada saya dia punya watak, plot dan semua yang berkaitan perlu perincian yang mendalam. Macam watak saya sendiri dia takut hujan sebab trauma daripada tragedi kehilangan ibunya dan dalam masa sama dia ada masalah dalam pemakanannya.


AIMAN tidak mahu terlalu selesa apatah lagi mengambil mudah ketika sesi penggambaran. FOTO Shahril Badri

"Jadi, ia memerlukan perincian yang sangat teliti dan itu yang akan membuatkan watak lebih 'hidup' berbanding dengan drama yang saya pernah lakonkan sebelum ini," katanya.

Menurutnya, perincian serta pembinaan watak dalam drama ini sangat teliti berbanding siri drama lakonannya sebelum ini selain menyifatkan tunjuk ajar daripada 'otai' berpengalaman menambah lagi seri drama itu.

"Saya pernah bawa watak 'playboy', tapi sebab apa? Macam mana dia jadi macam itu? Tak diperincikan. Jadi, terlalu banyak kelompongannya disitu. Ibaratnya kalau 'luggage' itu kosong.

"Namun, drama She Was Pretty ini 'luggage' itu penuh isi dan bila buka kita akan jumpa pelbagai perkara yang menceritakan seseorang itu.

"Bila saya dapat pengarah seperti DatukYusry dan diajar juga oleh Fatimah Abu Bakar, ia menjadikan 'luggage' itu penuh. Ia sangat jelas dan memudahkan.


BERSAMA barisan pelakon She Was Pretty, Daniella (dari kiri), Alvin dan Diana. FOTO Shahril Badri

"Jadi, bagi saya itu adalah satu kelainannya iaitu daripada segi watak yang sangat terperinci. Disebabkan watak dalam drama itu diperincikan, jadi bila masuk set penggambaran saya dah tak perlu fikir mengenainya," katanya.

Bagaimanapun, Aiman menegaskan dia tetap memberikan yang terbaik ketika sesi penggambaran sebelum ini dan tidak mahu terlalu selesa apatah lagi mengambil mudah kerana sikap sebegitu akan merencatkan lakonannya.

"Kerisauan saya ialah bila perasaan gementar itu hilang dalam diri sebab saya perlukannya untuk menyokong lakonan saya.

"Kadang-kadang kalau saya terlalu selesa, saya akan rasa terlebih yakin menyebabkan watak itu tak dapat dibawa dengan baik.

"Saya juga tak mahu terlalu selesa, saya mesti buat yang terbaik setiap masa dan babak. Sebab kadang-kadang perkara yang mudah pun tak boleh bawa dengan baik.

She Was Pretty adalah sebuah drama romantik komedi berlatarbelakangkan sebuah syarikat majalah fesyen yang menceritakan kisah dua sahabat lama iaitu Nadia (Diana Dianelle) dan Haniff (Aiman Hakim Ridza). Mereka bertemu semula selepas bertahun terputus hubungan dan menjalani perubahan besar dari segi nasib hidup dan penampilan diri mereka.

Tiga episod pertama sudah ditayangkan di platform penstriman video,Viu bermula 23 Jun lalu dengan dua episod baharu boleh ditonton setiap minggu pada Khamis. Manakala tiga episod akhir boleh ditonton pada 4 Ogos depan. Ia turut dibintangi beberapa pelakon hebat lain antaranya Alvin Chong, Daniella Sya dan ramai lagi.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -watak-ramuan-aiman

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2022 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
kata drama. melayu je klise…drama ni pun sama…
aiman cam x hensem jeh dlm drama ni…walaupun pun ber suite bgai…masa wedding reception hensem gle
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
KDrama punya dah tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 09:55 PM | Show all posts
Kancilkering replied at 4-7-2022 08:36 AM
kata drama. melayu je klise…drama ni pun sama…
aiman cam x hensem jeh dlm drama ni…walaupun pun b ...

memang klise jah drama2 adaptasi korea... tapi cikki bbnu kpop muka penuh jerawat selalu rate drama2 korea ni 15 dari 10 bintang, tak masuk akal sungguh rating deorang semata2 sebab rembes kat hero jah...
tapi sejujurnya nampak ada jugak la kualiti drama ni sebab viu yang produce kan...
takde la rasa nak kalih ke channel animal planet macam drama tv3 yang asyik letak hero muka kucing kurap tu

yang tu kalau kaka nampak wajah heshe memang terus kalih tengok animal planet jah... lagi berair tengok ikan lumba2 melompat...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-9-2022 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.072750 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list